Salam Lebaran Dari Munich

Oktoberfest yang ditunggu tiba lagi. Meneruskan tradisi Bavaria yang diamalkan sekian lama, Bayern Munich telah memberikan peluang kepada para pemainnya untuk meraikan hari yang mulia ini. Ini pun nasib baik kerana Bayern Munich berada di puncak klasemen Bundesliga sekarang, berbeza dengan musim lepas di mana mereka berkelakuan 'Arsenal' sehingga para pemain diharamkan dari meraikan Oktoberfest.

Seperti lazimnya kita menyambut hari raya di sini, para pemain Bayern Munich mengenakan pakaian tradisi Bavaria sementara pasangan masing-masing tampil anggun berkebaya Bavaria. Para pemain dan pasangan mereka berkumpul menikmati juadah yang dihidangkan seperti Schweinebraten dan Braunschweiger sambil menonggak bergelen-gelen beer. Kunjung-mengunjung menjadi amalan murni mengikat tali silaturrahim dan memupuk persefahaman dalam satu pasukan bola.

Pasangan bola nombor 1 Jerman, Bastian Schweinsteiger dan awek kesayangan Sarah Brandner
Turut tidak ketinggalan ialah Arjen Robben bersama isteri kesayangan, Bernadien
Ayam tambatan Mario Gomez bersama pasangannya Silvia Meichel ceria di pagi Oktoberfest
Thomas Mueller bersama segelas beer dan teman wanita Lisa
Kapitan Philipp Lahm bersama orang rumahnya, Claudia Lahm

Pemain berusia 19 tahun yang dipinjam dari Osaka Gamba, Takashi Usami bersama aweknya Ran
Bak pinang dibelah dua, Manuel Neuer dan Kathrin Gilch
"Kami para pemain Bayern Munich bersama pasangan mengucapkan Selamat Hari Oktoberfest dan Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca Sokernet!"


P/S: Heh, seronok ye? Tunggu Borussia Dortmund dan WAGS mereka datang baru kau tahu langit tinggi ke rendah!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews