Maaf, hari ini tak ada gambar 'photoshop'.
Ada dua perkara yang ingin saya sentuh selepas 'merseyside derby' semalam:
1) Referee semakin lama, semakin kayu.
2) Adat menyokong.
Isu pertama.
-----------------
Pengadil bolasepak sekarang memang kayu. Jack Rodwell tidak sepatutnya menerima kad merah. Terjahan dia agak kasar tetapi ada terjahan yang jauh lebih kasar dari itu dilepaskan tanpa dihukum langsung. Kad kuning mungkin tapi tidak merah.
Saya tambah kecewa dengan kad merah ini kerana anda semua lebih arif, Liverpool dah sah-sah akan menang semalam. Tetapi bila kad merah itu dilayangkan, fakta dan persepsi ini terus dipersoal. Malah selepas insiden kad itu, setiap kali Martin Atkinson menghukum pemain Everton ianya dianggap berat sebelah walhal kekasaran memang benar berlaku.
Walau bagaimana pun anda harus ingat disebalik segala kepincangan mutu pengadilan semalam, ada kalanya Liverpool juga menanggung kebebalan pengadil yang macam sampah begini didalam perlawanan-perlawanan terdahulu.
Kesimpulannya, pengadil kayu.
Isu kedua.
--------------
Nampaknya ramai yang pedih anu dengan apa yang saya tulis di Sokernet. Kononnya saya suka cakap besarlah, saya bongkaklah.
Sebenarnya, apa yang saya tulis itu semuanya adat menyokong.
Saya malas nak ajar anda tentang erti adat menyokong. Anda dah besar panjang dan bijak bistari. Ada yang bersekolah sampai seberang laut tapi ironinya menyokong team tadika dan ada yang belajar sampai planet marikh macam Abdul Sokernet, menyokong pasukan....pasukan....entah pasukan apa si Abdul ni sokong.
Sebelum saya terlupa, kepada mereka-mereka yang membenci Abdul Sokernet tak perlulah sampai mencarut-carut diruangan komen. Tak macho. Biarlah Abdul Sokernet sahaja yang berperangai macam monyet, tapi bukan kita. Awek tak suka orang perangai macam monyet.
Sebagai penutup kata, saya bagi pihak kesemua penyokong Liverpool ingin mengucapkan:
"Hai Missus Vidic! Kita jumpa 15 Oktober tau. XoXOxo ;-)"
#YNWA ./
No comments:
Post a Comment