Where Are They, Wednesday - Eric Cantona


Siapa tak kenal Eric Cantona sila tampal 'stick-it-note I'M A FOOTBALL POSER' atas dahi. Nama penuh beliau ialah Eric Daniel Pierre Cantona. Ek ellehhh, ada 'Pierre' yang saya tak tahan tu.

Seperti Dalglish, Cantona juga mendapat gelaran 'King' dari penyokong ManUtd kerana berjaya membawa kelab dari England itu dari lembah yang hina ke puncak kejayaan (*bluwekkkk).

Cantona ialah seorang yang sangat art. Korang tengok lah gambar diatas. Se art-art pipiyapong pun rasanya tak dapat nak lawan art Cantona. Sebagai seorang yang art, Cantona ada macam-macam perangai diatas dan diluar padang. Gambar dibawah menunjukkan art Cantona diatas padang.


Art bola part 1 Cantona ialah art suka bergaduh. Atas padang bergaduh dengan pasukan dan penyokong lawan, dengan pengadil bergaduh, dengan rakan sepasukan bergaduh, dengan coach bergaduh dan dengan owner kelab bergaduh.

Art bola part 2 Cantona ialah art bagus main bola. Memang celaka. Sebagai peminat Liverpool, saya amat membenci Cantona sebab dia bagus. Dia ada 'flair' yang tiada didalam diri pemain-pemain EPL ketika itu khususnya. Dari tahun 1992-1997, Cantona telah menjaringkan 82 gol untuk ManUtd dan membawa ManUtd memenangi EPL sebanyak 4 kali dari 5 musim bersama kelab ini. FYI sebelum kemenangan EPL musim 1992-1993 ManUtd (musim pertama Cantona bersama ManUtd), kali terakhir mereka memenangi divisyen pertama liga inggeris ialah pada musim 1966-67. Penantian selama lebih kurang 22 tahun (sebelum tahun 1992, 'Premier League' dikenali sebagai First Division). Pendek kata, Eric Cantona ialah hero ManUtd.

Sekarang, art Cantona lebih kepada layar perak. Kadang-kadang ada nampak dia main bola pantai (beach soccer) dalam astro tapi secara formal, Cantona suka berlakon. Wayang dan teater, semua Cantona lanyak berlakon. Cerita wayang sudah rilis lakonan beliau yang paling baru ialah "Looking For Eric" dan yang sedang shooting ialah 'De Force'.

Cantona bukan sahaja art berlakon tapi art cinta beliau juga adalah dengan seorang pelakon Perancis berdarah Algerian, Rachida Brakni (lihat gambar bawah).

Cantona ni memang art gila babi.


King Eric - lights... camera... action!

(Sumber - wiki, ericcantona.com)

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews