Where Are They, Wednesday - Ronaldo (Brazil)
Ronaldo Luís Nazário de Lima. Nama manja, Ronaldo. Selepas pemain ini jadi popular, nama ini juga jadi popular. Ramai ayah terhegeh-hegeh menamakan anak mereka Ronaldo.
Saya tak mahu bercerita tentang karier bolasepak Ronaldo kerana umum lebih tahu. Ronaldo ni pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak 3 kali. Menang Piala Dunia 2 kali bersama Brazil dan La Liga bersama Real Madrid bla bla bla.
Rupanya selain dari pandai main bolasepak, Ronaldo ni pandai tackle awek. Pehhhh! Tak pastilah berapa ramai awek yang kutu ni dah ayat tapi awek-awek kat bawah ni semua bekas makwe/bini Ronaldo (salah seorang itu ialah pondan yang hampir2 menjadi skandal Ronaldo. Cuba teka yang mana satu).
Bukan sahaja ramai makwe, anak dia bersepah. Yang dilahirkan oleh makwe/bini ada tiga orang. Anak yang lahirkan oleh skandal-sekejap-gila (Ronaldo pun tak angkat pot hinggalah minah tu claim anak dia adalah anak Ronaldo) ada sorang dan dilaporkan kini tinggal di Singapura bernama Alexander. Seronok lah orang Singapura ada peluang player keturunan Brazil main untuk skuad antarabangsa mereka nanti.
Kerana sudah tak larat nak buat anak, Ronaldo mengambil keputusan untuk memandulkan dirinya (vasectomy). Aduhhhhhh, senak perut saya bila baca ayat 'vasectomy' ini.
Ronaldo kini tinggal di Sao Paulo, gemuk, mandul dan masih menjadi salah seorang pemilik francais A1 Team Brazil yang bertanding di A1 Grand Prix (saya pun tak pasti A1 GP ni ada lagi atau tidak kerana masalah kewangan).
Ronaldo - Kerja ko bola, seks, makwe, bini, dapat anak halal, buat anak haram dan last sekali, mandul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment