Bola sepak Isnin : Penyokong dan John F Kennedy.

Aku ada point utama kat sini. Tapi, nanti aku jelaskannya sebab aku nak cakap sesuatu dulu. Ok, begini, ada satu trend yang sedang berkembang sekarang, kalau kau perasaan, orang yang beli jersi ori sangat bangga dengan jersi mereka. Kata mereka, mereka adalah penyokong sejati, dan kau kau dan kau yang beli jersi siam, jangan nak cakap banyak. Hanya mereka yang boleh cakap banyak.

Ok, pointnya di sini, bukan nak persoalkan sokongan mereka yang banyak duit dan ada kad kredit nak tempah jersi, tetapi adakah mereka yang beli jersi siam itu tidak banyak sokongan seperti golongan yang banyak duit tadi?

Dari satu segi, memang kita boleh cakap, kalau kau betul2 penyokong setakat 200 ringgit tu takkan nak berkira. Walau kau perlu makan mi sebulan pun, walau kau kena pinjam duit kawan2 pastu tak bayar sekalipun, dah kalau memang penyokong sejati, jersi ori mesti kau beli.

Dari satu segi pula, kita boleh nampak, mudahnya nak jadi penyokong, setakat ada duit 200 lebih, kau dah boleh claim kau penyokong sejati. Dan yes, mereka boleh cakap, itu satu cara nak tunjukkan sokongan. Sebab, nak pergi stadium selalu tak boleh nak pergi, jadi beli jersi ori pun ok.

Sekali lagi, pointnya, adakah itu adil untuk mereka yang beli jersi siam AAA? Lalu mungkin kata-kata John F. Kennedy ini boleh kita renungkan, “Keistimewaan kita tidaklah lebih besar daripada kewajipan kita. Usaha melindungi hak kita tidaklah harus membayangi keupayaan kita melaksanakan tanggungjawab.”

Jadi, adakah membeli jersi ori itu dianggap satu tanggungjawab wajib kepada penyokong ataupun ia hanya satu keistimewaan? Jangan sampai, perkara jersi ori itu membayangi keupayaan kita dalam melaksanakan tanggungjawab. Dalam bolasepak tanggungjawab utama kau adalah sederhana, iaitu gembira apabila pasukan kau menang dan bersedih apabila pasukan kau kalah, dan bukan marah-marah macam pasukan kau dah pukul bapak kau. Tanggungjawab itu, sangat adil kerana dari budak kecik yang sokong Malaysia tetapi pakai jersi tulis Park Ju Song, sampai ke orang tua yang guna polidane pun boleh laksanakan.

Namun, point utama yang aku nak cakap kat sini adalah, Liverpool memang power. YNWA!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews