Where Are They, Wednesday - Tony Adams
Dimanakah Tony Alexander Adams atau lebih dikenali sebagai Tony Adams, bekas ketua pasukan Arsenal FC sekarang?
Peminat pasukan Arsenal mesti ingat sama ini brader. Orang kuat Arsenal dibahagian pertahanan. Zaman George Graham jadi pengurus Arsenal, pasukan ni memang cilakak. Lepas skor gol aje, terus berkampung depan gol sendiri. Hah, siapa lagi kalau bukan Tony Adams yang jadi ketua kampung depan gol sendiri tu. Bila Arsene Wenger ambik alih, Arsenal main style lain pulak.
Tony Adams bukan sahaja seorang pemain bolasepak yang berjaya tetapi dia juga peminum arak yang hebat. Macam-macam aksi dia pernah buat sewaktu mabuk termasuklah pandu kereta langgar dinding, bergaduh dalam bar dan juga main bola. Yes, dia pernah main bola untuk Arsenal dalam keadaan mabuk. Hah, itulah dia perangai kapten pasukan Arsenal ni. Setelah bertaubat, dia bukak klinik untuk mereka yang nak bertaubat dengan nama Sporting Chance Clinic.
FYI, tarikh lahir Tony dah dekat, 10 Oktober ni. Peminat Arsenal seperti Pipi dan Jimbo tak hantar kad selamat hari jadi ke? Bukan apa, Tony ni tak ada akaun twitter jadi susah lah nak twish (tweet-wish) kat dia. Pemain zaman dulu susah nak memeluk teknoloji. Entah-entah si Tony ni pegang 'mouse' pun pakai dua jari. Tony Adams ada di Facebook dan boleh lah Pipi dan Jimbo nak wish 'happy-birthday' tapi saya tak jamin itu akaun asli. Yer, mungkin Tony Adams tak nak cari glamour secara online seperti Justin Bieber.
Si Tony ni sekarang adalah pengurus pasukan bola di Azerbaijan. Kelab Gabala FC. Nama kelab ni mak datok punya ganas macam puak syiah bunyinya. Ketika ini Gabala FC sedang menduduki tangga kedua di Azerbaijan punya "Premier League'. Ada kemungkinan pasukan ini akan ke pentas eropah tahun hadapan.
Oleh itu bila korang nampak nama pasukan bola Gabala FC dalam Champions League ke, atau Europa League ke, jangan terkejut jika permainan mereka mungkin lebih kurang Arsenal di era awal 90an. Macam dejei... tapi itu Arsenal dulu laaa....
Tony Adams, cheers mate!
(Sumber: Wiki, twitter, facebook dan internet)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment