Masihkah Anda Ingat, Sam Hutchinson?

Lebih setahun lalu, tanggal 20 Ogos 2010 aku ada menulis tentang Sam Hutchinson dalam pos Sayonara Sam!

Bersama abang Terry ketika lutut masih tip-top

Sam Hutchinson yang ketika itu baru berusia 21 tahun terpaksa bersara awal kerana kecederaan lutut yang kronik. Pernah dilabel oleh Jose Mourinho sebagai bakal pengganti John Terry, Hutchinson terpaksa melupakan karier bolasepak profesional setelah pakar perubatan merumuskan adalah mustahil untuk kecederaan lutut beliau pulih sepenuhnya. Namun Hutchinson kekal bersama Chelsea dan diambil bekerja sebagai mentor di Akademi Chelsea sambil beliau sendiri melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi di sebuah universiti.

Setahun telah berlalu sejak persaraan awal beliau dan hari ini, percaya atau tidak Sam Hutchinson sebenarnya telah kembali bermain bolasepak untuk Chelsea Reserve. Masalah kecederaan lutut beliau dilaporkan kini beransur pulih dan Hutchinson boleh bermain selama 90 minit tanpa masalah.

Kini kembali bermain bola bersama pasukan simpanan

Pihak Akademi Chelsea kini sedang memerhatikan perkembangan Hutchinson dan masih terlalu awal untuk memutuskan jika beliau boleh diserap balik ke pasukan utama. Oleh kerana kecederaan lutut sebelum ini, Hutchinson juga tidak layak mendapatkan insurans dan terpaksa bermain atas risiko sendiri. Tetapi semangat anak muda ini sangat kental dan kita hanya dapat berharap beliau dapat kembali bermain bersama skuad utama Chelsea.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews