Showing posts with label chelsea. Show all posts
Showing posts with label chelsea. Show all posts

CHEL53A!





Untuk brader-brader Chelsea semua, boleh baca artikel berikut ini untuk sedapkan hati:



Yang mana Arsenal tu tukar Chelsea, Arsene Wenger tukar Andre Villas-Boas dan seterusnya.

Jangan gelabah. Rilek dan buat-buat biasa je. Ada orang lain dah kena sampai 6 biji, yang 8 biji pun ada.

Apa ada hal?

Masihkah Anda Ingat, Sam Hutchinson?

Lebih setahun lalu, tanggal 20 Ogos 2010 aku ada menulis tentang Sam Hutchinson dalam pos Sayonara Sam!

Bersama abang Terry ketika lutut masih tip-top

Sam Hutchinson yang ketika itu baru berusia 21 tahun terpaksa bersara awal kerana kecederaan lutut yang kronik. Pernah dilabel oleh Jose Mourinho sebagai bakal pengganti John Terry, Hutchinson terpaksa melupakan karier bolasepak profesional setelah pakar perubatan merumuskan adalah mustahil untuk kecederaan lutut beliau pulih sepenuhnya. Namun Hutchinson kekal bersama Chelsea dan diambil bekerja sebagai mentor di Akademi Chelsea sambil beliau sendiri melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi di sebuah universiti.

Setahun telah berlalu sejak persaraan awal beliau dan hari ini, percaya atau tidak Sam Hutchinson sebenarnya telah kembali bermain bolasepak untuk Chelsea Reserve. Masalah kecederaan lutut beliau dilaporkan kini beransur pulih dan Hutchinson boleh bermain selama 90 minit tanpa masalah.

Kini kembali bermain bola bersama pasukan simpanan

Pihak Akademi Chelsea kini sedang memerhatikan perkembangan Hutchinson dan masih terlalu awal untuk memutuskan jika beliau boleh diserap balik ke pasukan utama. Oleh kerana kecederaan lutut sebelum ini, Hutchinson juga tidak layak mendapatkan insurans dan terpaksa bermain atas risiko sendiri. Tetapi semangat anak muda ini sangat kental dan kita hanya dapat berharap beliau dapat kembali bermain bersama skuad utama Chelsea.

Mencapai Kemenangan Dengan 10 Pemain





Laksana ayam peri-peri

Semenjak berpindah ke Chelsea, kerja Nando Torres memang mudah. Jaringkan gol dan kemudian sudah boleh berehat.

Sebab itulah dalam perlawanan menentang Swansea, Nando Torres diberikan kebenaran untuk keluar padang dan mandi awal selepas menjaringkan gol.

Kalau dulu-dulu kat Liverpool, nak kena main dari mula sampai habis, setiap perlawanan pula tu. Macam manalah kawan tak cedera selalu.

Nasib baik sekarang merangkap Dubuk Albino, Nando Torres boleh rilek-rilek macam Dubuk Liar yang sekarang dah jadi 'peacemaker'.

Dubuk Liar bersama mantan Perdana Menteri Pantai Gading, Charles Konan The Barbarian

Tenang Menongkah Arus Deras



Perlawanan EPL hujung minggu yang sudah ini sebenarnya memang telah dirancang supaya menemukan juara-juara EPL. Blackburn Rovers lawan Arsenal dan Manchester United lawan Chelsea. Mereka semua ini adalah juara-juara EPL. Lain-lain perlawanan sekadar melukut di tepi gantang.

Dalam pertemuan di Ewood Park, Blackburn Rovers (juara EPL musim 1994/95 dan suatu masa dulu pernah mempunyai ramai penyokong di Malaysia) bertemu dengan Arsenal (yang menduduki tangga ke-12 pada musim 1994/95).

Dengan hanya bersenjatakan Yakubu Aiyegbeni dan semangat Yak, terlalu mudah buat Blackburn Rovers menundukkan Arsenal 4-3. Art ni memang benda halus, dan benda halus ini hanya memerlukan kekuatan fizikal laksana seekor Yak untuk diletakkan di ambang relegasi.

Pengembala Yak dari Hindustan

Tapi bagi kem Arsenal, In Arsene We Trust tetap menjadi pedoman hidup seni mereka.

Lain ceritanya dalam pertemuan antara lagi dua juara EPL. Ya, inilah pertemuan yang akan menjadi topik perbincangan kita hari ini.

Minggu sudah kem Manchester United telah memohon debar dari kem Chelsea setelah semua 4 perlawanan mereka sebelum ini langsung tidak mendebarkan!

The Blues seperti biasa tidak menghampakan pihak lawan. Jika debaran yang dipinta maka debaranlah yang diberikan. Nasib baik Manchester United tak mohon kalah, kalau tak memang kalah kot dengan Chelsea.

Mohon debar

Separuh masa pertama  macam biasa Chelsea memberi peluang kepada anak buah Pak Alex untuk mempamerkan persembahan bergaya mereka. Seawal 8 minit lagi Chelsea membuka ruang buat Chris Smalling untuk meletak Red Devils di depan. Offside? Ah persetankan, Chelsea tahu bermain di neraka kita kena ikut peraturan setan, yakni tidak ada peraturan sebenarnya.

Pun begitu, untuk mengatakan Chelsea sekadar datang ke Old Trafford dan dilauk seperti Tottenham Hotspur dan Arsenal dulu adalah satu kesilapan besar. Beberapa kali The Blues cuba menguji penjaga gawang musuh David de Gea. Ramires tampil dengan beberapa rembatan manja untuk memberi sedikit debaran di Old Trafford. Sementara Nando Torres juga tidak ketinggalan dalam melakukan cubaan tersasar buat menghibur hati lara penyokong Liverpool di kedai mamak.

Gol Manchester United berganda pada minit ke-37 melalui rembatan peluru berpandu oleh Anak Rusa Nani yang dibiarkan masuk oleh Petr Cech. Macam biasa Nani melakukan aksi akrobatik beliau buat menghibur hati peminat Manchester United seperti FdausAmad dan Nazri. Turut tidak melupakan J Or Ji yang pastinya sedang menonton di rumah, Rudeboy Rooney diberi peluang menjaringkan gol mudah supaya J Or Ji dapat melakukan satu tumbukan padu ke udara!

Ini semua ibarat CSR buat Chelsea. Tidak apa.

Separuh masa kedua bermula dan dilaporkan AVB ketika dalam bilik persalinan tadi telah berpesan afar para pemain mula memberikan debaran yang ditagih Manchester United. Sebagai permulaan Super Frank dikeluarkan dan Nicolas 'Bilal' Anelka dimasukkan. Melihat kepala botak Anelka yang bersinar dengan 'nur' sudah cukup buat memberi debaran kepada semua setan di Old Trafford.

Sebagai buktinya, tidak lama sepak mula separuh masa kedua Anelka melorong bola buat Nando Torres memperdaya de Gea untuk gol pertama Chelsea. Jaringan Torres memberi debaran buat peminat Manchester United dan sakit hati pastinya buat penyokong Liverpool.

Doing a John Terry

Persembahan menarik disajikan dalam separuh masa kedua dengan Manchester United dan Chelsea saling berbalas serangan. Rudeboy Rooney mendapat peluang sepakan penalti tetapi melakukan aksi John Terry untuk hiburan bersama. Nando Torres juga tidak mahu ketinggalan apabila berjaya mengelak dari menyumbatkan gol ke gawang Manchester United yang ternganga bagi menghiburkan hati penyokong Liverpool.

Hiburan buat Liverpool

Tetapi apa yang pasti, sehingga wisel ditiup tidak ada tambahan gol untuk kedua pasukan. Chelsea bertandang ke Old Trafford di saat Manchester United tersangatlah powernya tetapi tidak mengikut jejak Tottenham Hotspur dan Arsenal yang disayurkan. Macam biasa, Chelsea tenang menongkah arus deras.

3 mata untuk Manchester United tetapi untuk Chelsea perjuangan jihad menentang kuasa setan demi menyelamatkan umat manusia masih belum berakhir.

Mohon debar pula nanti di Stamford Bridge.

Penyelamat Terakhir Umat Manusia



"You relaks je! Menang tu belum tentu, tapi yang penting jangan kalah macam Spurs dengan Arsenal"

Chelsea 2 - 0 Bayer Leverkusen



Nando Torres tidak menjaringkan sebarang gol. Apa ada hal?


Dari Januari lagi semenjak dubuk albino ini berpindah ke Stamford Bridge, ramai penyokong Liverpool yang menggelarnya judas. Bila si dubuk albino gagal menjaringkan gol secara rutin macam di Anfield dulu, lebih ramai yang bertepuk sorak gembira. Ini sangat tipikal untuk peminat Liverpool. Hanya ada 2 perkara yang menggembirakan mereka, yakni Liverpool menang ke atas Manchester United dan Nando Torres gagal menjaringkan gol untuk Chelsea. Perkara lebih penting seperti menjuarai EPL atau layak ke Eropah dilupakan begitu saja. Apa nak jadi agaknya?

Malam tadi dalam perlawanan Champions League sekali lagi Nando Torres gagal menjaringkan sebarang gol. Untuk mana-mana peminat Liverpool ini berita baik buat mereka melupakan hakikat bahawa untuk Liverpool musim ini tidak ada bolasepak Eropah pertengahan minggu. Mereka cukup gembira bila seorang pemain berharga 50 juta tidak menjaringkan 50 gol semusim.

Memang dulu Nando Torres banyak menjaringkan gol. Itu perkara biasa untuk seorang penyerang berbisa apabila bermain di sebuah kelab biasa-biasa. Masa di Liverpool dulu memanglah dia yang paling power. Pipiyapong pun kalau diletak dalam skuad Torpedo Lipis akan memegang status ayam tambatan. Tapi cuba kalau kita letak Pipiyapong di dalam barisan Arsenal, ayam tambatan akan bertukar kepada sekadar anak ayam.

Jadi bila Nando Torres berhijrah ke Chelsea, beliau menyertai barisan serangan yang luar biasa, bukan lagi jenis yang biasa-biasa. Barisan serangan yang terdiri dari Didier Drogba, Nicolas Anelka, Salomon Kalou, Daniel Sturridge dan Romelu Lukaku (ya Lukaku ni power juga sebenarnya). Dari berstatus penyerang handalan untuk sebuah kelab biasa-biasa macam Liverpool, Nando Torres bertukar kepada penyerang biasa-biasa untuk kelab handalan macam Chelsea. Simple.

Benda macam ini pun penyokong Liverpool susah nak nampak. Taksub sangat dengan sejarah rekaan sendiri, perangai macam orang UMNGOK.

Jadi malam tadi Nando Torres tidak menjaringkan gol, seperti biasa. Apa nak heran? Dalam kelab handalan seperti Chelsea tugas menjaringkan gol dipikul sama rata oleh semua pihak, dari Petr Cech ke Andre Villas-Boas. Kalau tugas menjaringkan gol ini diserahkan hanya pada satu susuk tubuh kita akan berdepan situasi seperti Liverpool minggu sudah masa kalah dengan Stoke City. Semua nak harapkan pada Luis Suarez yang meroyan pada pengadil kerana gagal menjaringkan gol.

Pun begitu, 2 gol Chelsea datang dari bantuan Nando Torres, yang disempurnakan oleh David 'Sang Singa' Luiz dan Juan 'Mata' Mata. Apa ada hal?

Nando!

Nando lagi!

2-0 kalahkan kelab bekas pemain Chelsea, Michael 'Ubermensch' Ballack.

Return of the Ubermensch

Raul Meireles turun tetapi gagal menjaringkan sebarang gol. Berita baik buat Liverpool!

Sementara itu...

Kata orang, bila Arsenal berpindah dari Highbury ke Emirates, mereka terlupa membawa bersama roh Gunners di stadium lama.

Emirates besar, tapi jiwanya kosong. Ia akan lebih kosong bila mana Arsenal ketinggalan 2 atau 3 gol seawal separuh masa pertama dalam mana-mana perlawanan kerana peminat Arsenal sangat terkenal dengan perangai pulang awal bila ada petanda akan kalah.

Malam tadi Arsenal bertandang ke Westfalenstadion, The Temple of the Yellow Wall, stadium bolasepak paling power di seluruh cakerawala. Lawan mereka bukan kecil anak, tapi Borussia Dortmund, kelab bolasepak paling ART di seluruh Deutschland.

Robin van Persie membuka jaringan pertama buat Arsenal. Tetapi kemudian dinafikan oleh gol penyamaan hasil jaringan Tomas Rosicky, maaf, maksud aku Ivan Perisic.

Ini bukan Tomas Rosicky

Ini bukan Ivan Perisic

Di barisan tempat duduk penonton, Arsene Wenger hanya mampu melihat dan berharap alangkah bagus kalau Emirates ada jiwa bolasepak macam Wesfalenstadion. Nasib baik Wenger tak duduk di Sudtribune.

Chelsea - Membangun Bersama Islam



Satu-satunya kelab yang boleh lawan Manchester-Manchester, iaitu Chelsea FC mengorak langkah positif hari ini dengan menandatangani pemain muda Scotland dan dulunya Celtic, Islam Feruz.

Andre Villas-Boas ketika dihubungi Sokernet mengesahkan bahawa Islam yang baru berusia 16 tahun kini sah sebagai pemain muda Chelsea.

"Ia adalah satu langkah positif buat Islam dan sejajar dengan dasar baru Chelsea, Membangun Bersama Islam!"



Sementara itu Chelsea macam biasa terus mengorak langkah dengan steady tanpa perlu menjaringkan banyak gol untuk menang. Bukan kerana Chelsea tidak mampu menang besar macam Manchester-Manchester, tetapi sebab sebagai sebuah kelab bolasepak yang waras, Chelsea tahu menang 25-0 pun mata yang dikutip masih tetap 3 biji sahaja. Lainlah kalau kita main Fantasy Football.

Berdepan dengan salah satu kelab Manchester-Manchester hujung minggu ini, Chelsea tahu mereka menggalas harapan besar peminat kelab-kelab lain seperti Queens Park Rangers, Swansea City dan Norwich City. Nak harapkan kelab yang lain memang tak dapat dah. Nak sandarkan harapan pada Liverpool, Arsenal dan Tottenham Hotspur? Itu kerja bangang namanya!

Kita semua tahu Manchester-Manchester sekarang sangat power. Malahan dari musim lepas lagi kepoweran mereka sudah terserlah. Dan macam biasa bila Manchester-Manchester jadi power dan kelab-kelab konon power yang lain jadi bangang, hanya Chelsea yang muncul sebagai harapan terakhir umat manusia.

Mohon debar? Bring it on!

Solidaritas Kucing



Tahukah anda, majoriti para pengulas Sokernet merupakan peminat kucing?

Jadi bila ada tragedi malang seperti insiden Petknode baru-baru ini, jiwa kucing para pengulas Sokernet memang tersentuh. Terutamanya bila tengok video macam di bawah ini.



Apa pun, akak yang pakai jersi Chelsea tu memang power.

Chelsea power! Kucing power!

Yang tak power hanya Petknode, bangang macam Arsenal!

Kesederhanaan




Salam ukhuwah





Chelsea memulakan musim EPL 2011/2012 di dalam bulan Ramadhan ini dengan penuh kesederhanaan. Tidak terlalu gelojoh mahu menjaringkan gol seperti sesetengah orang yang ke bazaar Ramadhan dan pulang dengan tangan kiri baik kanan menjinjing beg plastik. Tapi cukup sekadar sebiji kurma dan segelas susu.



Sebelum turun menentang Stoke City, wakil Sokernet sempat bertemu saudara Nicolas 'Bilal' Anelka untuk bertanya diari Ramadhan beliau di Chelsea.



"Teman jarang benor ke bazor-bazor ni. Lagi pun di UK ni yob mana mandang bazor-bazor ni kome!"



Di tanya sama ada tahun ini masih tidak berpuasa macam tahun sudah akibat faktor kecederaan, Anelka sekadar menjawab, "Hehehe..."



Tarawikh main 8 ke atau 20 lap?



"Hehehe, selalu lepaih berbuka teman main PS3 dengan yob Drogba. Agak orang mesejid udoh habis tarawikh, teman cepat-cepat turun masjid. Moreh deme sana, terlior! Hehehe..."





Bersedia untuk aktiviti moreh

Saya Dilontar Kippah , Menorah dan Bagel Semalam : Yossi Benayoun




Laporan Zainal Abidin Temerloh



Bukit Jalil - Khamis - Pemain tengan pasukan Chelsea berbangsa Israel Yossi Benayoun hari ini menyalahkan penderaan perkauman (racial abuse) keatas kesangapan permainan beliau ketika menentang pasukan negara semalam. Yossi yang hanya bermain selama 45 minit semalam mengaku tertekan dengan laungan BOO yang berpanjangan dari peminat bolasepak Malaysia. Beliau yang lebih selesa dipuji oleh peminat tak boleh terima kenyataan beliau bermain tidak baik kerana beliau sememangnya suck lalu menyalahkan ejekan kuat seluruh stadium keatas kebebalan beliau;

"Saya cuba bermain dengan sebaik mungkin tetapi tak mampu untuk perform kerana asyik kena boo. Apa yang berlaku semalam jelas sekali sebuah penderaan perkauman dari penyokong Malaysia yang sungguh Avraham Ben Ali. Ketika mengambil sepakan sudut saya dilontar Kippah , Menorah dan roti bagel! Ini adalah sama seperti melontar pisang kepada pemain yang berketurunan Afrika! Anti Semitism! Anti Semitism!"

Rakan sepasukan beliau Fernando Torres, yang juga rakan Judas Liverpool beliau turut sama menyalahkan penderaan perkauman keatas kesangapan taraf permainan beliau. Torres, seperti Yossi hanya bermain selama 45 minit sebelum digantikan oleh Didier Drogba. Dalam separuh masa pertama Torres gagal menyudahkan 3 peluang keemasan didepan gol kerana kegigihan pemain Kelantan Daudsu yang berjaya mengekang penyerang termahal liga perdana Inggeris ini. Torres ketika ditemurah oleh wakil SOKERNET menuduh dirinya dilontar Taco , Tortilla ,Paella dan Nando Chicken. Ini dari pandangan Torres adalah rasis dan terang sekali ianya Anti-Spanishism!



Tak Boleh Makan - Malaysia XI VS Chelsea FC



Bukan awek aku


Ganah Daudsu main dengan Nando Torres


Dubuk Liar punya stail pakai headphone memang macam gampang, berapa telinga binatang ni ada?


Fandi Othman kalau tak kena rasuk semangat Fandi Ahmad, mungkin kena rasuk semangat Palestin. Main macam Intifada sampai Benayoun pun goyang.


Kerja mengawal Hai-O (yang dilengkapi teknologi nano) terpaksa diserahkan kepada abang Serbia, Branislav Ivanovic. John Terry khabarnya tak berani dah.


Joseph Kalang Tie dengan semangat Ngap Sayot sentiasa membuat Frank Lampard semput.


OKS tenang di pinggiran kali.


Piya tenang menjinakkan Florent Malouda.


Bukan Stamford Bridge


Yob tidak gentar berdepan sindiket Black Money dari Nigeria.


Synchronized Flapping


MBA!


John Terry menyerah kalah



Aku tulis stail Tun Dr M.

1) Perlawanan ini sepatutnya seri. Gol Didier Drogba atau gol sendiri Izham Tarmizi tidak sah. Gampang apa penjaga garisan kata gol. Linesman buta!

2) Kalau nak kira juga, patutnya tetap masih seri. Macam mana Thamil Arasu Ambumamee boleh 'miss' aku pun tak tahu. Tapi Thamil Arasu budak Banting jadi aku tak berani kompelin lebih nanti kena bakar. Nando Torres pun tendang mencico juga kata orang Perak.

3) OKS lagi power dari AVB. Dan lebih power dari Rajawenger atau Arsenegopal.

4) Kenny Dalglish patut beli Daudsu Jamaluddin. Sama Norhafiz Zamani Misbah dan S Subramaniam.

5) Arsene Wenger patut beli Farizal Marlias.

6) Orang yang boo Yossi Benayoun memang bangang. Nak buat lagu mana dia lahir sebagai Yahudi dan jadi rakyat Israel? Kata nak 'kick racism out of football'?

7) Harimau Muda campur Old Guards ni memang power dia lain macam banding dengan Harimau Malaya. Geng K Rajagopal asyik jatuh tergolek bila bergesel badan. Tapi budak-budak OKS jatuh bergolek-golek sebab nak guna badan tahan rembatan padu.

8) Kalah 1-0 dengan gol kontroversi apa ada hal? Status pun antara 12 pasukan terkuat Asia!

9) Subkhiddin memang steady macam biasa. Dubuk Liar pun tak berani nak jelir lidah.

10) Dez Corkhill adalah jawapan kepada persoalan siapa pengulas bahasa Inggeris untuk bolasepak Malaysia. Dia punya ilmu pasal pemain Malaysia boleh buat budak Ultras Malaya dan juga Zainal Abidin Rawop tunduk insaf! Orang putih lagi reti tengok bola kita beb...

11) Akan ada komen bangang khususnya dari pencinta Geng Bas Sekolah dan History Channel yang akan membandingkan jaringan gol dan mendabik dada sebagai bukti kelab mereka power. Bangang, bangang dan bangang. Kenapa nak pandang benda tu dan bukan nak pandang dan iktiraf kehebatan anak buah OKS? Bangsa inilah yang K Rajagopal marah sangat sebab bangang tak bertempat. Patutnya makhluk bangang ini yang Ibrahim Katak Perkasa dan Mamak Reezal Patriot kempen pada kerajaan supaya dilucutkan kerakyatan Malaysia mereka.

The Real Deal - Malaysia XI VS Chelsea FC



Selepas disajikan dengan aksi perlawanan dari kelab Geng Bas Sekolah dan kelab History Channel, peminat bolasepak Malaysia akhirnya bakal menjadi saksi pertarungan buku dengan ruas malam ini apabila Malaysia bertemu Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan terakhir antara Malaysia dan kelab EPL tahun ini adalah ibarat icing on the cake, coup de grace, battle royale atau the real deal. Yang sebelum-sebelum ini hanyalah sarkis semata-mata (termasuk perlawnan menentang Manchester United tahun 2009).

Ramai yang mempertikaikan kenapa Chelsea bertemu dengan skuad Malaysia XI yang rata-rata dibarisi oleh pemain Harimau Muda. Kenapa Arsenal dan Liverpool dapat lawan Harimau Malaya tapi Chelsea dapat Harimau Muda? Adakah kerana Chelsea tidak power?

Macam yang kita tahu Harimau Malaya bakal berdepan dengan Singa Temasek beberapa hari lagi. Maka sebab itulah Harimau Muda dipilih untuk melayan Chelsea di Bukit Jalil.

Tapi sesiapa yang berfikiran bahawa Chelsea berdepan dengan lawan yang mudah, mereka silap. Mereka ini juga pastinya jenis makhluk yang hanya mula kenal bolasepak Malaysia lepas tengok Khairul Fahmi dan Safee Sali julang Piala AFF tahun lepas. Sebelum menang Piala AFF bukan tahu apa pun.

Meminjam kata-kata Haji Hasbullah Awang, harus diingat, bahawa kebangkitan bolasepak Malaysia berpunca dari anak muda. Harimau Malaya yang ada hari ini pun sebenarnya dibentuk dari skuad Harimau Muda yang menang pingat emas Sukan SEA 2009. Dari situlah kebanyakan pemain termasuk jurulatih K Rajagopal diserap masuk ke Harimau Malaya. Dan eksperimen ini berjaya bila mana Harimau Malaya pula menjulang Piala AFF 2010, melengkapkan hegemoni bolasepak Malaysia dalam ASEAN selama 2 tahun.

Sekarang Harimau Muda yang ada dikemudi pula oleh Ong Kim Swee, bekas pemain Projek Barcelona 1992, juara Piala FA 1995 dan Liga-M 1996 bersama Sabah dan antara pemain yang bermain dalam tahun 1995 untuk Malaysia menentang Flamengo yang berkesudahan 1-1. Pada tahun 2009 Ong Kim Swee mengambil alih tugas K Rajagopal untuk menjadi jurulatih Harimau Muda dan seterusnya menjuarai Liga Premier tahun tersebut.

Ong Kim Swee meneruskan legasi yang ditinggalkan K Rajagopal dan hari ini percaya atau tidak Harimau Muda adalah antara 12 pasukan bawah 23 tahun terkuat Asia. Kita boleh katakan antara 12 terkuat Asia kerana sekarang Harimau Muda berada dalam Pusingan 3 Kelayakan Olimpik yang hanya menempatkan 12 pasukan. Tak ke power namanya tu?

Harimau Muda mungkin tidak ada Safee Sali, Safiq Rahim atau Khairul Fahmi yang menjadi pujaan ramai wanita serta Aidil Zafuan yang menjadi pujaan Rita Rudaini seorang. Tetapi untuk malam ini bermain selaku Malaysia XI, Ong Kim Swee telah memanggil beberapa old guards dan otai yang walaupun berusia dan tidak lagi menyarung jersi kebangsaan tetapi masih mantap dan power. Sokernet melihat 5 old guards terpilih yang dijangka bakal memberi impak malam ini:


Norhafiz Zamani - Pertarungan udara tahun 2008 ini yang menjadi punca Joe Cole berpindah ke Liverpool dan terus tak reti main bola


Norhafiz Zamani Misbah
Pertahanan, 62 caps, 2 gol
30 tahun, Negeri Sembilan

Steve Bruce khabarnya pernah terpesona dengan kepoweran Norhafiz Zamani Misbah hingga hampir menandatangani pemain ini untuk Birmingham City. Ini cerita tahun 2003 dulu ketika Trofi EPL Asia 2003 di mana Malaysia berentap lawan Chelsea dan Birmingham City. Sebelum itu kerja Norhafiz ialah mengekang Ronaldo dan Ronaldinho ketika Brazil datang berguru dengan Harimau Malaya pada tahun 2002. Jadi kerja-kerja mengekang bintang antarabangsa ini lebih kurang macam makan roti canai saja buat Norhafiz. Pada Piala Asia 2007 beliau menggalas tugas sebagai kapitan. Walaupun Malaysia kalah teruk semua 3 perlawanan ketika itu, Norhafiz antara pemain yang pertama bersuara menuntut perubahan drastik dalam pembangunan bolasepak Malaysia.


Daudsu - mengubati luka sumbak gol sendiri hok ganah belako dengan sebotol budu

Daudsu Jamaluddin
Pertahanan, 10 caps, 0 gol
26 tahun, Kelantan

Peribahasa purba Kelantan ada menyebut bahawa 'Kelantan itu Daudsu dan Daudsu pula adalah Kelate'. Ya sememangya Red Warriors tidak dapat dipisahkan dengan Daudsu, ibarat lagu dan irama. Anak jati Kelantan ini merupakan antara pemain dalam skuad Harimau Malaya yang menjuarai Pestabola Merdeka 2007. Seterusnya beliau diserap ke skuad senior tetapi sehingga hari ini sekadar mengumpul hanya 10 caps. Mungkin bagi Daudsu, the only country for him is Islamic Republic of Kelantan. Namun malam ini beliau bakal melakukan tugas amal untuk Malaysia berdepan Chelsea. Daudsu juga pemegang rekod pemain bolasepak tempatan yang paling banyak ada page dalam Facebook, terima kasih kerana gol sendiri yang disumbatnya dalam perlawanan akhir Piala FA 2011. Ganah Daudsu sumbak gol sendiri!


Joseph Kalang Tie - Sarawak, Ngap Sayot, Bujang Senang dan Awang Mahyan; FAM jangan cari pasal!

Joseph Kalang Tie
Tengah, 0 caps, 0 gol
24 tahun, Terengganu

Joseph Kalang Tie boleh dikira antara pemain paling underrated di Malaysia. Walaupun berfungsi baik sebagai pemain sayap dan mempunyai kebolehan menyumbat gol dari jarak jauh, entah kenapa beliau masih belum menyarung jersi Harimau Malaya. Kalau tahu dek Awang Mahyan mesti K Rajagopal dan FAM kena tuduh mendiskriminasi anak jati Sarawak ini dan semangat Ngap Sayot. Tapi bermain untuk Terengganu, Joseph adalah ibarat keropok lekor, tak ada memang bukan Terengganu namanya. Pernah menimba ilmu selama 2 bulan di Hartlepool United, malam ini mungkin peluang terbaik Joseph membuktikan semangat Ngap Sayot dan kemahiran main bola beliau.


Hai-O - Bab terbang di udara apa ada hal kalau sudah dilengkapi dengan teknologi nano

Hairuddin Omar
Penyerang, 63 caps, 13 gol
31 tahun, Negeri Sembilan

Siapakah pemain Malaysia pertama yang merobek gawang Chelsea? Siapakah pemain Malaysia yang mengakhir ketandusan gol Malaysia selama 12 tahun menentang lawan dari England sejak Matlan Marjan kali terakhir melakukannya pada 1991? Hairuddin Omar ialah orangnya wahai adik-adik, turut popular dengan nama Hai-O. Tinggi lampai, bernafsu buaya dan pandai melompat, beliau pernah menumpaskan John Terry dalam pertarungan udara pada tahun 2003 untuk menyumbat gol Malaysia ketika bertemu Chelsea. Malam ini sekali lagi Hai-O bakal berdepan John Terry dan bagi beliau selaku Hai-O, apa ada hal? Kejayaan Hairuddin Omar menjulang Piala Malaysia 3 kali bersama 3 pasukan berlainan (Terengganu, Neger Sembilan & Kelantan) bagaimanapun tidak ada sangkut paut dengan amalan minum air tapisan berteknologi nano keluaran Hai-O Marketing.


Amri Yahyah - Igauan buruk pertahanan Menyu yang menjadi punca mereka gagal menjuarai EPL musim 2009/10

Amri Yahyah
Penyerang, 68 caps, 25 gol
30 tahun, Selangor

Dalam dunia hanya ada satu Amri Yahyah. Satu-satunya pemain bolasepak yang menumpaskan 2 penjaga gol Menyu (Edwin van der Sar & Ben Foster) dalam 90 minit permainan. Satu pencapaian yang hanya menjadi impian tak kesampaian buat Nando Torres atau Si Dubuk Liar bernama Didier Drogba. Pemusnah Red Devils ini walaupun sudah agak berusia tetapi mempunyai pengalaman yang berharga menentang kelab-kelab EPL. Mengamalkan pemakanan tempe secara sihat, gandingan beliau dengan Hai-O malam ini tidak mustahil bakal menggentarkan John Terry & Co. asalkan adik-adik Harimau Muda yang turut serta dapat memastikan bekalan amunisi dihantar ke barisan depan. Like they said in Tanjung Karang, you don't mess with tempe eater.

Ada beberapa lagi pemain senior yang turut diserap Ong Kim Swee. Antaranya Farizal Marlias, penjaga gawang Negeri Sembilan; bekas kapitan Yob yang kini masuk Red Warriors, S Subramaniam; Shahrulnizam Mustapa, Yob yang pernah bermain dalam Piala Asia 2007 dan akhir sekali Badri Radzi atau popular sebagai Piya, jentera tengah dan playmaker Red Warriors.

Ya, sekalipun bukan Harimau Malaya yang sebenar tetapi skuad Malaysia XI malam ini bukan juga calang-calang barisan. Perlawanan bermula pada 8.45 malam dan tidak mustahil akan ada siaran langsung kerana tiket 84,000 keping khabarnya sold out!

Apa? Tak ada cerita pasal Chelsea?

Cerita Chelsea in detail kita tunggu EPL start la okay?

Selamat Hari Kejadian, Zola!




Gianfranco Zola
5 Julai 1966
Order of the British Empire (OBE), Ordine al merito della Repubblica Italiana (OMRI)
Chelsea 1996 - 2003 (229 appearances, 59 goals)



*pesanan Zola kepada semua peminat bolasepak - "Jangan tertinggal cap anda di jamban"

Harapan Terakhir Umat Manusia (Dan Liverpool)















Adik Jack Wilshere, penggemar cekelat udang dan anak ikan Pipiyapong pernah berkata dengan penuh yakin bahawa Arsenal mempunyai peluang menjuarai EPL musim ini.

Tapi menyandarkan harapan kepada sekumpulan budak-budak berkulup samalah seperti menyandarkan kenangan pada sekumpulan pemain-pemain bersejarah.

Ya, kalau Liverpool ialah sandarkan pada kenangan maka Arsenal ialah kelab sandarkan pada harapan.

Macam biasa, untuk Chelsea memastikan Arsenal tidak menduduki tangga ke-2 EPL mereka hanya perlu hantar seorang pemain.


Sturridge - Jelmaan Dubuk Liar


Perebutan puncak klasemen seperti biasa menjadi taruhan antara dua kelab bolasepak paling power, Manchester United dan Chelsea. Manchester United macam kita tahu ialah Setan Merah yang terus mahu mengekalkan hegemoni dan daulat kerajaan syaitan di muka bumi ini. Dan Chelsea macam ialah penyelamat terakhir umat manusia.

Seluruh England sekarang mengharapkan pada Chelsea untuk menghalang Manchester United. Liverpool, Manchester City, Blakcburn Rovers dan semua kelab EPL lain kini bergantung harapan pada Chelsea. Kecuali Arsenal kerana mereka masih lagi berpegang pada 'In Arsene We Trust'.

Tetapi dengan hanya tinggal 4 perlawanan lagi ianya bukanlah mudah. Nasib baik Chelsea ada Nando Torreh, si dubuk albino.

Bring it on!



Followers

Pageviews