The Real Deal - Malaysia XI VS Chelsea FC



Selepas disajikan dengan aksi perlawanan dari kelab Geng Bas Sekolah dan kelab History Channel, peminat bolasepak Malaysia akhirnya bakal menjadi saksi pertarungan buku dengan ruas malam ini apabila Malaysia bertemu Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan terakhir antara Malaysia dan kelab EPL tahun ini adalah ibarat icing on the cake, coup de grace, battle royale atau the real deal. Yang sebelum-sebelum ini hanyalah sarkis semata-mata (termasuk perlawnan menentang Manchester United tahun 2009).

Ramai yang mempertikaikan kenapa Chelsea bertemu dengan skuad Malaysia XI yang rata-rata dibarisi oleh pemain Harimau Muda. Kenapa Arsenal dan Liverpool dapat lawan Harimau Malaya tapi Chelsea dapat Harimau Muda? Adakah kerana Chelsea tidak power?

Macam yang kita tahu Harimau Malaya bakal berdepan dengan Singa Temasek beberapa hari lagi. Maka sebab itulah Harimau Muda dipilih untuk melayan Chelsea di Bukit Jalil.

Tapi sesiapa yang berfikiran bahawa Chelsea berdepan dengan lawan yang mudah, mereka silap. Mereka ini juga pastinya jenis makhluk yang hanya mula kenal bolasepak Malaysia lepas tengok Khairul Fahmi dan Safee Sali julang Piala AFF tahun lepas. Sebelum menang Piala AFF bukan tahu apa pun.

Meminjam kata-kata Haji Hasbullah Awang, harus diingat, bahawa kebangkitan bolasepak Malaysia berpunca dari anak muda. Harimau Malaya yang ada hari ini pun sebenarnya dibentuk dari skuad Harimau Muda yang menang pingat emas Sukan SEA 2009. Dari situlah kebanyakan pemain termasuk jurulatih K Rajagopal diserap masuk ke Harimau Malaya. Dan eksperimen ini berjaya bila mana Harimau Malaya pula menjulang Piala AFF 2010, melengkapkan hegemoni bolasepak Malaysia dalam ASEAN selama 2 tahun.

Sekarang Harimau Muda yang ada dikemudi pula oleh Ong Kim Swee, bekas pemain Projek Barcelona 1992, juara Piala FA 1995 dan Liga-M 1996 bersama Sabah dan antara pemain yang bermain dalam tahun 1995 untuk Malaysia menentang Flamengo yang berkesudahan 1-1. Pada tahun 2009 Ong Kim Swee mengambil alih tugas K Rajagopal untuk menjadi jurulatih Harimau Muda dan seterusnya menjuarai Liga Premier tahun tersebut.

Ong Kim Swee meneruskan legasi yang ditinggalkan K Rajagopal dan hari ini percaya atau tidak Harimau Muda adalah antara 12 pasukan bawah 23 tahun terkuat Asia. Kita boleh katakan antara 12 terkuat Asia kerana sekarang Harimau Muda berada dalam Pusingan 3 Kelayakan Olimpik yang hanya menempatkan 12 pasukan. Tak ke power namanya tu?

Harimau Muda mungkin tidak ada Safee Sali, Safiq Rahim atau Khairul Fahmi yang menjadi pujaan ramai wanita serta Aidil Zafuan yang menjadi pujaan Rita Rudaini seorang. Tetapi untuk malam ini bermain selaku Malaysia XI, Ong Kim Swee telah memanggil beberapa old guards dan otai yang walaupun berusia dan tidak lagi menyarung jersi kebangsaan tetapi masih mantap dan power. Sokernet melihat 5 old guards terpilih yang dijangka bakal memberi impak malam ini:


Norhafiz Zamani - Pertarungan udara tahun 2008 ini yang menjadi punca Joe Cole berpindah ke Liverpool dan terus tak reti main bola


Norhafiz Zamani Misbah
Pertahanan, 62 caps, 2 gol
30 tahun, Negeri Sembilan

Steve Bruce khabarnya pernah terpesona dengan kepoweran Norhafiz Zamani Misbah hingga hampir menandatangani pemain ini untuk Birmingham City. Ini cerita tahun 2003 dulu ketika Trofi EPL Asia 2003 di mana Malaysia berentap lawan Chelsea dan Birmingham City. Sebelum itu kerja Norhafiz ialah mengekang Ronaldo dan Ronaldinho ketika Brazil datang berguru dengan Harimau Malaya pada tahun 2002. Jadi kerja-kerja mengekang bintang antarabangsa ini lebih kurang macam makan roti canai saja buat Norhafiz. Pada Piala Asia 2007 beliau menggalas tugas sebagai kapitan. Walaupun Malaysia kalah teruk semua 3 perlawanan ketika itu, Norhafiz antara pemain yang pertama bersuara menuntut perubahan drastik dalam pembangunan bolasepak Malaysia.


Daudsu - mengubati luka sumbak gol sendiri hok ganah belako dengan sebotol budu

Daudsu Jamaluddin
Pertahanan, 10 caps, 0 gol
26 tahun, Kelantan

Peribahasa purba Kelantan ada menyebut bahawa 'Kelantan itu Daudsu dan Daudsu pula adalah Kelate'. Ya sememangya Red Warriors tidak dapat dipisahkan dengan Daudsu, ibarat lagu dan irama. Anak jati Kelantan ini merupakan antara pemain dalam skuad Harimau Malaya yang menjuarai Pestabola Merdeka 2007. Seterusnya beliau diserap ke skuad senior tetapi sehingga hari ini sekadar mengumpul hanya 10 caps. Mungkin bagi Daudsu, the only country for him is Islamic Republic of Kelantan. Namun malam ini beliau bakal melakukan tugas amal untuk Malaysia berdepan Chelsea. Daudsu juga pemegang rekod pemain bolasepak tempatan yang paling banyak ada page dalam Facebook, terima kasih kerana gol sendiri yang disumbatnya dalam perlawanan akhir Piala FA 2011. Ganah Daudsu sumbak gol sendiri!


Joseph Kalang Tie - Sarawak, Ngap Sayot, Bujang Senang dan Awang Mahyan; FAM jangan cari pasal!

Joseph Kalang Tie
Tengah, 0 caps, 0 gol
24 tahun, Terengganu

Joseph Kalang Tie boleh dikira antara pemain paling underrated di Malaysia. Walaupun berfungsi baik sebagai pemain sayap dan mempunyai kebolehan menyumbat gol dari jarak jauh, entah kenapa beliau masih belum menyarung jersi Harimau Malaya. Kalau tahu dek Awang Mahyan mesti K Rajagopal dan FAM kena tuduh mendiskriminasi anak jati Sarawak ini dan semangat Ngap Sayot. Tapi bermain untuk Terengganu, Joseph adalah ibarat keropok lekor, tak ada memang bukan Terengganu namanya. Pernah menimba ilmu selama 2 bulan di Hartlepool United, malam ini mungkin peluang terbaik Joseph membuktikan semangat Ngap Sayot dan kemahiran main bola beliau.


Hai-O - Bab terbang di udara apa ada hal kalau sudah dilengkapi dengan teknologi nano

Hairuddin Omar
Penyerang, 63 caps, 13 gol
31 tahun, Negeri Sembilan

Siapakah pemain Malaysia pertama yang merobek gawang Chelsea? Siapakah pemain Malaysia yang mengakhir ketandusan gol Malaysia selama 12 tahun menentang lawan dari England sejak Matlan Marjan kali terakhir melakukannya pada 1991? Hairuddin Omar ialah orangnya wahai adik-adik, turut popular dengan nama Hai-O. Tinggi lampai, bernafsu buaya dan pandai melompat, beliau pernah menumpaskan John Terry dalam pertarungan udara pada tahun 2003 untuk menyumbat gol Malaysia ketika bertemu Chelsea. Malam ini sekali lagi Hai-O bakal berdepan John Terry dan bagi beliau selaku Hai-O, apa ada hal? Kejayaan Hairuddin Omar menjulang Piala Malaysia 3 kali bersama 3 pasukan berlainan (Terengganu, Neger Sembilan & Kelantan) bagaimanapun tidak ada sangkut paut dengan amalan minum air tapisan berteknologi nano keluaran Hai-O Marketing.


Amri Yahyah - Igauan buruk pertahanan Menyu yang menjadi punca mereka gagal menjuarai EPL musim 2009/10

Amri Yahyah
Penyerang, 68 caps, 25 gol
30 tahun, Selangor

Dalam dunia hanya ada satu Amri Yahyah. Satu-satunya pemain bolasepak yang menumpaskan 2 penjaga gol Menyu (Edwin van der Sar & Ben Foster) dalam 90 minit permainan. Satu pencapaian yang hanya menjadi impian tak kesampaian buat Nando Torres atau Si Dubuk Liar bernama Didier Drogba. Pemusnah Red Devils ini walaupun sudah agak berusia tetapi mempunyai pengalaman yang berharga menentang kelab-kelab EPL. Mengamalkan pemakanan tempe secara sihat, gandingan beliau dengan Hai-O malam ini tidak mustahil bakal menggentarkan John Terry & Co. asalkan adik-adik Harimau Muda yang turut serta dapat memastikan bekalan amunisi dihantar ke barisan depan. Like they said in Tanjung Karang, you don't mess with tempe eater.

Ada beberapa lagi pemain senior yang turut diserap Ong Kim Swee. Antaranya Farizal Marlias, penjaga gawang Negeri Sembilan; bekas kapitan Yob yang kini masuk Red Warriors, S Subramaniam; Shahrulnizam Mustapa, Yob yang pernah bermain dalam Piala Asia 2007 dan akhir sekali Badri Radzi atau popular sebagai Piya, jentera tengah dan playmaker Red Warriors.

Ya, sekalipun bukan Harimau Malaya yang sebenar tetapi skuad Malaysia XI malam ini bukan juga calang-calang barisan. Perlawanan bermula pada 8.45 malam dan tidak mustahil akan ada siaran langsung kerana tiket 84,000 keping khabarnya sold out!

Apa? Tak ada cerita pasal Chelsea?

Cerita Chelsea in detail kita tunggu EPL start la okay?

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews