Amerika Kalah Tapi Hope Solo Memenangi Hatiku (10 Gambar)


Piala Dunia Wanita Berakhir

Pagi tadi pasukan bolasepak wanita USA kecundang kepada Jepun dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita. Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan, Jepun akhirnya berjaya mengalahkan pasukan favourite USA buat pertama kali dalam 25 kali percubaan. Aku layan game ini dikedai mamak pagi tadi. Walaupun ianya bolasepak wanita aku rasa game pagi tadi adalah exciting. Exciting kerana USA banyak kali kena tiang dan mensia-siakan peluang yang diberikan. Wambach dan Alex Morgan kerap membuatkan barisan pertahanan Jepun goyah. Walaubagaimanapun Jepun bertahan, Banzai sehingga akhir sungguhpun bermain dengan 10 orang pemain sahaja diakhir-akhir perlawanan.

Walaupun USA kalah aku rasa ada seorang pemainnya yang memenangi hati aku. Hope Solo, penjaga gawang berambut perang kini brunette secara tiba-tiba sememangnya hot. Holy shit. Takpelah Hope cuba lagi ok.








No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews