Persiapan pasukan Harimau Malaya dalam kelayakan ke Piala Dunia terganggu dengan kehadiran 3 kelab lemah dan tidak berpotensi dari England.
Arsenal, Liverpool dan Chelsea.
Apakah yang FAM dapat sehingga sanggup memperjudikan stamina serta kekuatan pasukan Harimau Malaya ini? Bagaimana jika mereka tercedera? Adakah perlawanaan kelayakan ke Piala Dunia tidak penting? Adakah mereka terlalu yakin mampu mengatasi Singapura? Mungkinkah terdapat unsur-unsur mementingkan keuntungan atau rasuah disitu? Adakah FAM minta di BERSIH kan?
Boleh jadi juga bukan salah FAM?
Kedatangan 3 kelab lemah itu tadi lebih kepada marketing. Bukan untuk pemanas badan, jauh sekali mahu menguji cakaran Harimau Malaya atau berkongsi skil. Mereka datang sambung cuti aje. Cuma kali ini secara berkumpulan. Yang banyak buat kerja dan berpeluh lebih ialah team marketing mereka. Memasarkan jenama kelab mereka sebagai satu brand pilihan peminat bolasepak di Asia.
Harimau Malaya dapat apa?
Dapat letih! Nanti tak cukup cergas ketika tenaga benar-benar diperlukan ketika menentang Singapura.
FAM tidak tegas! Tidak proaktif bertindak dalam memastikan pasukan Harimau Malaya benar-benar berada dalam keadaan cukup rehat serta moral tinggi untuk menentang Singapura nanti. Dilaporkan juga penyokong Arsenal mem-boo pasukan Harimau Malaya! Itulah sikap penyokong pasukan lemah yang dah 6 tahun tak orgasm! KEJI! Memuja penjajah! Budaya Kuning dan tiada rasa cinta pada tanahair sendiri. Rais Yatim tolong tengok-tengok la sikit hal ni.
Itu baru pasukan lemah yang berada di kedudukan ke 4 liga, yang dah 6 tahun tak menang piala. Sabtu ini Harimau Malaya terpaksa merendahkan lagi mutu permainan mereka, merendahkan lagi moral serta kelas mereka apabila terpaksa melayan pula pasukan Liverpool!!
Astaga! FAM! Bangun la! Liverpool bukan standard Harimau Malaya! Layak ke pasukan yang berada di kedudukan ke 6 liga menguji ngauman Harimau Malaya? Arghhh! Tekanan aku! Berhenti la menghina pasukan sendiri. Ikut sejarah, Harimau Malaya hanya melayan Big 4 sahaja! FAM sepatutnya menghantar pasukan Melaka pada Sabtu ini menggantikan Harimau Malaya. Masih belum terlambat untuk membuat perubahan itu. Go Melaka Go!
Apa punca semua pasukan EPL nak datang panas badan di Malaysia ini? Panas sangat ke Malaysia ni? Arab Saudi lagi panas rasanya? Apa ingat tahun lepas Manchester United datang panas badan kat sini terus jadi juara ke 19 dengan menghumban Liverpool dan final UCL, pasukan lain ingat boleh buat benda sama? Interlok hang!
Manchester United melayan Harimau Malaya dengan penuh professional dan mereka datang bukan tujuan marketing. Lebih membanggakan, penyokong Manchester United memberi sokongan padu sama rata kepada pasukan Harimau Malaya juga semasa perlawanan berlangsung. Mereka tidak boo pemain tempatan. Mereka tidak keji malah Malaysia tetap dihati.
Aku dengan ini melancarkan 2 page di fesbuk iaitu;
1. Mencari 000,003 orang menentang kehadiran kelab lemah dari EPL merosakkan persiapan Harimau Malaya ke saingan Piala Dunia, dan
2. 1Melaka minta FAM gantikan Harimau Malaya dengan pasukan Melaka untuk menentang Liverpool sabtu ini.
Korang carik dan tolong 'LIKE'.
Kehkehekehjekehe...
No comments:
Post a Comment