Kita semua tahu kelab bolasepak paling power dan bersejarah, Liverpool, mempunyai jumlah peminat yang sangat ramai di Malaysia. Bancian yang dibuat menunjukkan bahawa sekitar 20 juta dari 28 juta rakyat Malaysia menyokong Liverpool. Lagi 5 juta adalah penyokong Kelantan Red Warriors dan selebihnya adalah penyokong kelab picisan seperti Arsenal, Chelsea dan Manchester United.
Kelebihan ini selalu dibangga-banggakan oleh penyokong Liverpool. Tapi walaupun mempunyai peminat paling ramai di Malaysia, Liverpool tidak pernah bertandang ke sini. Kunjungan ke Malaysia pada 16 Julai nanti sebenarnya adalah kali pertama buat Liverpool. Sedangkan Arsenal, Chelsea dan Manchester United sudah banyak kali berkunjung ke Malaysia demi menghargai peminat kesayangan mereka.
Tapi macam biasa peminat Liverpool pastinya ada alasan tersendiri. Antara yang selalu digunakan ialah Liverpool tidak perlu datang ke Malaysia dengan kerap kerana sudah mempunyai fan base yang besar di sini. Tak macam Arsenal, Chelsea dan Manchester United yang perlu selalu datang kerana tujuan pemasaran dan publisiti.
Biasalah, tipikal Liverpool selalu saja ada alasan. Tak menang liga dah 20 tahun pun masih ada alasan nak diberi inikan pula benda kecil macam isu kenapa tak pernah ke Malaysia sebelum ini.
Dasar.
Namun pada 16 Julai ini, Liverpool buat pertama kalinya bakal menjejak kaki di Malaysia. Barulah mahu berjumpa dan bermain di depan puluhan juta peminat setianya selama ini (belum kira peminat setia yang berusia dan kebanyakannya dah masuk kubur), itu pun lepas sudah tidak menjadi Big 4 dalam EPL. Ramailah peminat yang berharap dapat jumpa idola Kop macam Steven Gerrard atau bintang baru Liverpool, Luis Suarez.
Tapi Luis Suarez sekarang sedang sibuk di Argentina bermain dalam Copa America. Mamat gigi arnab ini tidak ada masa nak layan peminat setia Liverpool di Malaysia. Begitu juga dengan Lucas Leiva.
Sementara Steven Gerrard, kapten kesayangan pula baru mengesahkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana masalah kecederaan. "I'd really been looking forward to travelling out to China, Malaysia and Singapore and meeting first-hand as many of our fans as possible," kata Gerrard kepada stesen TV rasmi Liverpool, The History Channel (Astro 555). "I'm really sorry that I won’t now be able to do that," tambahnya lagi.
Apa nak buat, kapten kesayangan sendiri pun tak berkenan nak jumpa peminat setia di Malaysia. Kalau pun cedera apa salahnya datang salam dan bertanya khabar pada peminat seperti Dingin dan Jannah? Tapi mungkin bagi Gerrard benda ini small matter. Kalau peminat setia boleh terima 20 tahun tak menang liga, apalah sangat kalau buat tahi tak datang Malaysia dalam kunjungan sulung Liverpool ke sini?
Nampaknya Gerrard lebih suka berehabilitasi di Melwood. Jangan kantoi keluar gambar tengah clubbing di London atau berjemur di Ibiza sudahlah.
Walaupun tiada Gerrard, para kipas-susah-mati Liverpool semuanya masih yakin sambutan luar biasa bakal menanti kedatangan kelab kesayangan mereka. Ya lah kelab paling ramai peminat di Malaysia, apa ada hal?
Tapi mitos sambutan luar biasa itu hancur apabila Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Razak mengumumkan di laman Twitter beliau mahu memberi 100 tiket percuma perlawanan Malaysia dan Liverpool nanti melalui stesen radio Hot FM.
Harap duit peruntukan tiket percuma ini tak guna wang rakyat, kalau tak nanti apa kata pembayar cukai yang sokong Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Kelantan Red Warriors?
Kita tidak tahu sama ada ini bantuan wang ehsan atau sebenarnya berniat mahu menganjing. Siapa yang boleh lupa bahawa Perdana Menteri 1Malaysia selaku peminat Manchester United (dan juga peminat nombor 1 Red Warriors) pernah menganjing Liverpool di Hot FM dengan mengatakan bahawa Manchester United dan Chelsea mempunyai stesen TV sendiri dan Liverpool pula mempunyai History Channel.
Tapi itulah, baru kali pertama datang Malaysia dah nak kena harap kerajaan bagi tiket percuma. Biasalah kelab nombor 6 EPL!
No comments:
Post a Comment