Showing posts with label Di mana sebenarnya salah dan silap Liverpool yang masih tidak dapat dimaafkan?. Show all posts
Showing posts with label Di mana sebenarnya salah dan silap Liverpool yang masih tidak dapat dimaafkan?. Show all posts

You can take Liverpool out of Owen, Barnes and Rush..



Taktik keji untuk menang perlawanan..mereka sanggup lakukan apa saja!


...but you just cant take Racist The Rabbit Diver out of Liverpool.

Mohon Sedar

Abang akui, abang sedar siapa diri abang di sisi King Kenny dan Liverpool.

King Kenny orang lama, lebih banyak makan garam dan minum arak dari abang. Tengok gambar pun dah tau ada ciri-ciri orang tua pencuri hubcaps kat Merseyside.


Itu belum kira lagi kebijaksanaan King Kenny dalam selok-belok pengurusan bola ni.

Hanya king bola macam King Kenny saja yang tahu beli pemain harga 35 juta untuk skor 4 biji gol adalah lagi baik dari beli pemain 50 juta tapi skor 3 biji je.


Abang sedar siapa diri abang. Jadi dari hari ni, abang tak mau asyik kutuk King Kenny ni King Konek je.

Abang nak kutuk Andy Carroll ni sama. Kalau lepas ni dia tak skor abang panggil dia Andy Konek.

Amacam?

Tahukah King Konek, Karma?




Minggu lepas:

"It's important to respect referees but it's more important that referees respect my football club, the owners' football club, Liverpool football club."


Minggu ini:


Tottenham Hotspur - 4
Liverpool - 0

'Bodoh ini satu penyakit keturunan' - Prof. Zainal Keling



Profesor Zainal Keling dari Majlis Profesor Negara (MKN) hari ini mengesahkan bodoh ini satu penyakit keturunan.

"Kita boleh tengok contoh dari kes Kenny Dalglish yang bodohnya menjangkit kat anak perempuan dia."


Malam tadi selepas perlawanan Benfica-Manchester United, anak perempuan Kenny Dalglish, Kelly Cates telah menemubual Sir Alex Ferguson dan bertanya soalan bodoh kenapa David de Gea tidak bermain.

Sir Alex Ferguson dengan pantas menjawab, "David de Gea will play on Sunday against Chelsea. I don't know why you ask these questions, you're just looking for stupid little things."


Minggu lepas Kenny Dalglish telah memberi kenyataan bodoh berikut selepas kalah dengan Stoke.


"It's important to respect referees but it's more important that referees respect my football club, the owners' football club, Liverpool football club."

Profesor Zainal Keling dalam merumuskan kajian beliau menyimpulkan bahawa penyakit bodoh ini penyakit keturunan, bapak bagi kenyataan bodoh anak pula tanya soalan bodoh, nanti satu Liverpool berjangkit bodohnya.

Diari Ramadhan Liverpool








"You must believe you are the best and then make sure you are" - Bill Shankly

Guangdong Sunray Cave 3 - 4 Liverpool

*Guangdong Sunray Cave mendapat nombor ke-11 dalam China League One musim 2010, yang merupakan divisyen ke-2 liga bolasepak China (divisyen 1 ialah China Super League)

Malaysia XI 3 - 6 Liverpool

*Malaysia XI ini proksi pasukan kebangsaan Malaysia, ranking FIFA ke-146 dan tak layak bermain dalam Piala Dunia 2014

Hull City 3 - 0 Liverpool

*Hull City mendapat nombor ke-11 dalam Football League Championship musim 2010/11, juga merupakan divisyen ke-2 liga bolasepak England

Galatasaray 3 - 0 Liverpool

*Galatasaray mendapat nombor ke-8 dalam Turkish Super League musim 2010/11

Valerenga 3 - 3 Liverpool

*Valerenga kelab Norway yang mendapat nombor ke-2 dalam Tippeligaen musim 2010

Pre-season kelab lain setakat ini:

Manchester United - 5 perlawanan, menang 5
Chelsea - 5 perlawanan, menang 5
Arsenal - 5 perlawanan, menang 2 seri 3

Macam kata Bill Shankly, you must believe you are the best and then make sure you are. Tapi tengok gaya Liverpool ni tak nampak pun diorang make sure they are the best?

You'll Never Walk Alone? Pungkok!





Menjapa? Menjapa kau khianati peminat Liverpool di Malaysia wahai Gerrard?


Kita semua tahu kelab bolasepak paling power dan bersejarah, Liverpool, mempunyai jumlah peminat yang sangat ramai di Malaysia. Bancian yang dibuat menunjukkan bahawa sekitar 20 juta dari 28 juta rakyat Malaysia menyokong Liverpool. Lagi 5 juta adalah penyokong Kelantan Red Warriors dan selebihnya adalah penyokong kelab picisan seperti Arsenal, Chelsea dan Manchester United.

Kelebihan ini selalu dibangga-banggakan oleh penyokong Liverpool. Tapi walaupun mempunyai peminat paling ramai di Malaysia, Liverpool tidak pernah bertandang ke sini. Kunjungan ke Malaysia pada 16 Julai nanti sebenarnya adalah kali pertama buat Liverpool. Sedangkan Arsenal, Chelsea dan Manchester United sudah banyak kali berkunjung ke Malaysia demi menghargai peminat kesayangan mereka.

Tapi macam biasa peminat Liverpool pastinya ada alasan tersendiri. Antara yang selalu digunakan ialah Liverpool tidak perlu datang ke Malaysia dengan kerap kerana sudah mempunyai fan base yang besar di sini. Tak macam Arsenal, Chelsea dan Manchester United yang perlu selalu datang kerana tujuan pemasaran dan publisiti.

Biasalah, tipikal Liverpool selalu saja ada alasan. Tak menang liga dah 20 tahun pun masih ada alasan nak diberi inikan pula benda kecil macam isu kenapa tak pernah ke Malaysia sebelum ini.

Dasar.

Namun pada 16 Julai ini, Liverpool buat pertama kalinya bakal menjejak kaki di Malaysia. Barulah mahu berjumpa dan bermain di depan puluhan juta peminat setianya selama ini (belum kira peminat setia yang berusia dan kebanyakannya dah masuk kubur), itu pun lepas sudah tidak menjadi Big 4 dalam EPL. Ramailah peminat yang berharap dapat jumpa idola Kop macam Steven Gerrard atau bintang baru Liverpool, Luis Suarez.

Tapi Luis Suarez sekarang sedang sibuk di Argentina bermain dalam Copa America. Mamat gigi arnab ini tidak ada masa nak layan peminat setia Liverpool di Malaysia. Begitu juga dengan Lucas Leiva.

Sementara Steven Gerrard, kapten kesayangan pula baru mengesahkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana masalah kecederaan. "I'd really been looking forward to travelling out to China, Malaysia and Singapore and meeting first-hand as many of our fans as possible," kata Gerrard kepada stesen TV rasmi Liverpool, The History Channel (Astro 555). "I'm really sorry that I won’t now be able to do that," tambahnya lagi.

Apa nak buat, kapten kesayangan sendiri pun tak berkenan nak jumpa peminat setia di Malaysia. Kalau pun cedera apa salahnya datang salam dan bertanya khabar pada peminat seperti Dingin dan Jannah? Tapi mungkin bagi Gerrard benda ini small matter. Kalau peminat setia boleh terima 20 tahun tak menang liga, apalah sangat kalau buat tahi tak datang Malaysia dalam kunjungan sulung Liverpool ke sini?

Nampaknya Gerrard lebih suka berehabilitasi di Melwood. Jangan kantoi keluar gambar tengah clubbing di London atau berjemur di Ibiza sudahlah.

Walaupun tiada Gerrard, para kipas-susah-mati Liverpool semuanya masih yakin sambutan luar biasa bakal menanti kedatangan kelab kesayangan mereka. Ya lah kelab paling ramai peminat di Malaysia, apa ada hal?

Tapi mitos sambutan luar biasa itu hancur apabila Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Razak mengumumkan di laman Twitter beliau mahu memberi 100 tiket percuma perlawanan Malaysia dan Liverpool nanti melalui stesen radio Hot FM.


Harap duit peruntukan tiket percuma ini tak guna wang rakyat, kalau tak nanti apa kata pembayar cukai yang sokong Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Kelantan Red Warriors?

Kita tidak tahu sama ada ini bantuan wang ehsan atau sebenarnya berniat mahu menganjing. Siapa yang boleh lupa bahawa Perdana Menteri 1Malaysia selaku peminat Manchester United (dan juga peminat nombor 1 Red Warriors) pernah menganjing Liverpool di Hot FM dengan mengatakan bahawa Manchester United dan Chelsea mempunyai stesen TV sendiri dan Liverpool pula mempunyai History Channel.

Tapi itulah, baru kali pertama datang Malaysia dah nak kena harap kerajaan bagi tiket percuma. Biasalah kelab nombor 6 EPL!

YNWA!




"Kita tahukah M.U ada TV channel sendiri, M.U TV ya, Chelsea pun ada kan? Chelsea pun ada. Tapi bagi Liverpool, channelnya History Channel." - Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia

Permohonan maaf terbuka kepada Sardin Ayam Brand




Saya Abdul Sokernet, wakil dari Sokernet, ingin meminta maaf kepada Sardin Ayam Brand kerana selama ini telah menyamakan mereka dengan pasukan Liverpool.

Kini kami telah sedar bahawa sesungguhnya Sardin Ayam Brand ni adalah bagus dari Liverpool kerana sardin ini mengandungi Omega 3 dan Kalsium berbanding dengan Liverpool yang hanya ada taik semata-mata, dengan team ex-coach pun boleh kalah. King konon..

Kami berharap pihak Sardin Ayam Brand menerima permohonan maaf ini kerana kami juga manusia biasa yang sering membuat kesilapan.

This Is A Field






Sporting Clube de Braga bem-vindos! Este é um campo!


Tahukah anda, SC Braga sebenarnya tidak kaya sejarah di Portugal sama seperti Chelsea yang selalu dihina penyokong Liverpool kerana tidak kaya sejarah di England?

Tahukah anda, SC Braga menang Primeira Liga pun tak pernah tapi Liverpool pernah menang liga 18 kali di England?

Tahukah anda, dengan kekalahan pagi tadi bermakna Liverpool tidak akan menang apa-apa piala tahun ini dan ianya genap 5 tahun sejak mereka kali terakhir menjulang FA Cup 2006?

Tahukah anda, Liverpool sebenarnya bersaing dengan Arsenal untuk mencatat kemarau piala paling lama?

Tahukah anda, sekalipun kalah pagi tadi tapi Liverpool masih tetap akan bermain di Europa League musim depan?

Bertuahnya!

Ini lawak lame paling best, percayalah!





Mula-mula, suruh datang balik bila menang 18 kali EPL. O.k, sekarang dah 18, nak masuk 19 dah ni.

Lepas tu, tukar pulak, datang balik bila menang 5 kali UCL pulak? Mesti la boleh, ye dok?

Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Kings Of Nothing





Harapkan rambut je bertocang tapi main macam gampang



Harapkan kepala je botak tapi main takde otak




Apakah persamaan antara Liverpool dan Manchester City?

Kedua-duanya sudah terkeluar dari Europa League.

Apakah perbezaan antara Liverpool dan Manchester City?

Manchester City musim depan belum tentu lagi dapat main Europa League tapi Liverpool lebih bertuah, musim depan pasti main dalam Europa League dan boleh cuba menang sekali lagi (dan lagi, dan lagi, dan lagi...)

Di Mana Liverpool? - Satu Penghinaan Terancang!








Gambarajah di atas diambil dari Daily Mail dan hari ini turut dicetak dalam mukasurat 39 akhbar tempatan iaitu New Straits Times.

Abdul merasa kecewa dan tersinggung dengan tindakan Daily Mail dan New Straits Times yang langsung tidak mengambil kira sensitiviti para peminat Liverpool sehingga mengabaikan kelab bersejarah itu dari gambarajah The Title Run-in ini. Kenapa kedua-dua Manchester dimasukkan berserta Arsenal, Chelsea dan Spurs tetapi tidak Liverpool? Kenapa?!

Dengan itu Abdul telah bertindak pantas membuat laporan polis dan berharap pihak polis boleh mengambil tindakan segera ke atas Daily Mail dan New Straits Times! Abdul juga akan mengemukakan saman berjumlah RM500 JUTA kepada kedua-dua akhbar tersebut kerana telah mendatangkan kemaluan yang amat besar buat Liverpool dan penyokongnya!

UPDATE - 11:36AM 4th March 2010

Latest police report that I lodged is:

JTRAZAK/001895/11

Lodged the above police report today, against Daily Mail and New Straits Times for embarrassing Liverpool and its fans.

To Papa @ King Abdullah of Saudi Arabia

Please help me to sue this two newspapers and don't forget to bank in USD1 billion to my Al-Rajhi Bank account number.

Prince Abdul Sokernet

Mari kita nyanyi sama-sama!



His armband proved he was a red, Torres, Torres,
A Russian wallet turned his head, Torres, Torres,
The scousers cried cause' Torres lied,
He ran with pound signs on his eyes,
Fer-nan-do Torres, Chelsea's Number Nine

***********************************************

Gelangnya membuktikan bahawa dia adalah merah, Torres, Torres,
Sebuah dompet Rusia memainkan kepalanya, Torres, Torres,
The Scousers menangis kerana 'Torres berbohong,
Dia berlari dengan tanda-tanda pound pada matanya,
Fer-nan-do Torres, Nombor Chelsea Sembilan


YNWA!

Sila respek Liverpool!!





Abdul Sokernet nampaknya tak hormat Liverpool langsung menyamakan Liverpool dengan Kenny "World Greatest Chicken" dan Ayam Brand since 1892. Itu jelah di ulang-ulang dari dulu. Memang lame gila entry.

Respek la Liverpool sikit. Janganlah main tulis je tak buat research. Abdul Sokernet ni tak tau ke yang Liverpool ni:

1. Menang Champs League 2005.

2. Final Champs League 2007.

3. FA Cup 2006.

Respek sikit tau. Blackpool pernah menang apa-apa cup ke?

YNWA!

Teka teki teka tekuk - No. 2

Hi semua,

Abang Abdul kembali lagi dengan soalan teka tekinya..

Teka teki teka tekuk.

Apa persamaan antara 3 benda di bawah ini?



P/s: Menurut kata Abang Jarr "Korang bernasib baik idop zaman Liverpool tgh crisis..kalau tak takde bahan nak buat nganjing."

Jawapan dari I: Abang Jarr, sejak dari I lahir sampaikanlah ke hari ini, I tak pernah pun tengok Liverpool power tau. Tak pernah, tak pernah, tak pernah... Abang cakap zaman bila nie?

Followers

Pageviews