Liverpool 1 - QPR 0 dan 7 persoalan

Ultras Malaya kering tekak kerana sifat patriotik mereka. Menyokong skuad bolasepak negara dengan menyanyi, melalak dan berbondong-bondong meraikan harimau malaya tidak kira menang atau kalah sambil menutup separuh muka mereka.

Soalan pertama: Adakah mereka tak kacak?

Saya tak tahu. Ini mungkin stail atau 'trademark'.

Soalan kedua: Apakah pulangan yang ultras inginkan?

Menaikkan kembali maruah bolasepak Malaysia dengan meniup irama-irama sokongan, bersorak menuju dan dari dalam stadium.

Dan apabila kelab bolasepak luar negara yang dipergunakan untuk mengeksploitasi hak negara kita, yang secara lahirnya tampak korporat tetapi dari segi zahirnya keparat sampai ke hujung kaki, Ultras Malaya buat tak tahu.

Soalan ketiga: Kenapa?

Kononnya bolasepak luar negara tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Mungkin kerana Ultras Malaya tidak tahu dan tidak tercapai oleh akal mereka. Mungkin juga mereka tak kesah.

Tapi saya kesah.

Logo Malaysia Airlines gah dijersi QPR bagi sesetengah orang manakala ada juga yang 'naïve' mengganggap ia ialah lambang kebanggaan negara.

Bagi saya, logo itu ialah lambang kebangangan mereka2 yang membiarkan syarikat nasional diperkotak-katikkan dihadapan berbillion manusia.

Soalan keempat: Bagaimana sebuah syarikat yang baru 10 tahun didalam bidang penerbangan tambang murah, mempunyai beban hutang yang banyak, sukar membayar hutang kepada pembekal dan perlu beroperasi dengan 'revenue' sebanyak RM5billion setiap tahun selama 15 tahun hanya untuk menjelaskan hutang banknya boleh menguasai Malaysia Airlines yang jauh kurang peratusan hutangnya, penghutang yang senang menjelaskan hutang kepada pembekal, rizab wang yang banyak, mempunyai pengalaman menerajui pelbagai jenis laluan udara dan cukup terkenal didunia?

Dengan tahap hutang tinggi, etika perniagaan Airasia juga agak buruk. Airasia tidak pernah membayar apa-apa ('airport tax') kepada Malaysia Airport Berhad (MAB) yang membina dan menguruskan LCCT walaupun Airasia sudah bertahun-tahun beroperasi sepenuhnya dari sana.

Jangan saya mulakan isu LCCT 2 pula.

Ada yang mengatakan Airasia bijak berniaga dan cerdik dalam selok belok perniagaan. Untuk mereka2 ini, jawapan saya mudah. Airasia ialah bakal perosak negara kerana mereka sedang beroperasi pada kadar hutang yang amat tinggi didalam senario industri penerbangan yang sangat nipis, seperti Amerika Syarikat. Satu lagi 'September 11', Airasia mungkin terus kojol.

Airasia dibiarkan memilih destinasi yang menguntungkan sahaja dan berhenti operasi di laluan merugikan walhal sepatutnya mereka harus dihukum kerana melanggar syarat hak laluan yang diluluskan oleh Kementerian. Sebaliknya Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan yang membawa bendera dan nama baik negara terpaksa beroperasi di semua laluan tidak kira untung atau rugi atas arahan Kementerian yang sama.

Bank-bank peminjam Airasia pula rata-rata ialah bank Malaysia dan jika Airasia gulung tikar, bank-bank ini juga mungkin gulung tikar dan seterusnya membawa Malaysia ke arah aksi menggulung tikar juga.

Risiko menggulung tikar beramai-ramai ini diakui wujud dan ironinya, bank-bank ini sanggup memberi RM54billion hutang baru kepada Airasia untuk membeli 200 pesawat baru atas nama menaik taraf perkhidmatan dan menambah laluan penerbangan yang menjanjikan keuntungan yang lebih tinggi. Meningkatkan lagi 'exposure' beban hutang Airasia.

Soalan kelima: Tapi harga saham Airasia mantap, takkan Airasia tak power?

Soalan ini saya malas nak jawap secara mendalam cuma fahamilah bahawa Lehmann Brothers yang tiba2 terlungkup di USA dulu tu pun nampak mantap dipasaran saham Wall Street beberapa minggu sebelum kaunter itu mampus.

Walaupun untung di laluan 'premium' dan berjarak jauh, Malaysia Airlines sedar mereka kerugian di 40% laluan mereka yang berjarak sederhana dan pendek. Seperti yang telah saya jelaskan diatas kerana tidak seperti Airasia, Malaysia Airlines tiada pilihan. Kini mereka terpaksa pula bersaing dengan tangan terikat dibelakang, di laluan yang dulunya mereka kuasai tetapi "diberikan" kepada Airasia. Tidak pula diketahui samada "pemberian" itu secara paksa atau sukarela. Laluan yang secara umumnya memerlukan pemberian perkhidmatan paling minimum untuk kekal untung dan persaingan yang lebih memihak kepada Airasia.

Soalan keenam: Saya hairan mengapa pihak pengurusan Malaysia Airlines tidak memulakan satu syarikat tambang murah sendiri sama seperti Airasia sebelum adanya Airasia?

Persoalan yang kekal wujud hingga kehari ini.

Kini seperti sejenis parasit, Airasia yang mulanya hidup dibawah payung Malaysia Airlines telah berjaya melumpuhkan Malaysia Airlines dan secara rasminya telah menguasai hosnya itu. Malaysia Airlines pula yang nampak goyah, hilang punca dan terpaksa mengikut telunjuk Airasia.

Soalan ketujuh: Apa ada hal? Dua-dua syarikat milik orang Malaysia.

Yer, benar tetapi Airasia milik swasta manakala Malaysia Airlines milik negara. Kalau Airasia mahu gulung tikar, lantaklah. Kalau Malaysia Airlines yang gulung tikar, harta negara hangus.

Saya tidak gemar politik dimana ia tidak sepatutnya dipolitikkan tetapi tindakan pemilik QPR meletakkan logo Malaysia Airlines pada jersi QPR ialah ibarat melekatkan kertas bertulis "Loser" dibelakang baju orang-orang Malaysia. Kenapa tidak meletakkan logo "Airasia" saja dijersi QPR?

Liverpool memanglah sudah pasti menang tetapi kerana semua perkara yang telah saya suarakan diatas, Liverpool sepatutnya menang 100-0 Sabtu lepas.

Sementara itu Ultras Malaya sebok menyanyi riang walaupun harimau malaya kalah tanpa menyedari negara yang dicintai ini sedang dikelentong hidup2 dengan sebahagian dari aksi kelentong ahli silap mata itu dipentas bolasepak eropah yang jauh dari Malaysia. Dibawah paras kesedaran mereka, kelentong jarak jauh ini lebih kronik dan boleh memudaratkan kita semua, termasuklah Ultras Malaya sendiri.

#YNWA ./

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews