Hola! - Copa America 2011 Menjelang Separuh Akhir



Pergh! Ramalan aku untuk suku akhir Copa America semuanya benar belaka. Siapa yang kata salah dia memang bangang. Mana ada aku cakap pasukan dalam kurungan ialah pemenang. Tak ada kan? Siapa tak setuju, pergi mampus.

Colombia 0 - 2 Peru

Los Cafeteros yang nampak mantap ketika perlawanan peringkat kumpulan akhirnya tunduk kepada La Blanquirroja melalui 2 gol pada masa tambahan.

Carlos Lobaton dari Sporting Cristal terlebih dulu menjaringkan gol pertama pada minit ke-101. Sporting Cristal adalah salah satu kelab Big 3 dalam Primera Division del Peru (selain Universitario de Desportes dan Alianza Lima). Gol kedua menyusul dari Juan Manuel Vargas, kapten pasukan dan pemain Fiorentina yang mendapat umpanan cantik dari Paolo Guerrero melalui serangan balas minit ke-111.


You don't mess with Machu Picchu


Colombia walaupun menjadi pilihan utama gagal menyaingi Peru. Falcao tersasar tendangan penalti minit ke-66 sementara cubaan lain dinafikan oleh penjaga gol Peru, Raul Fernandez yang cemerlang di gawang. Sia-sia saja turun Copa America dengan pemain berpengkalan di Eropah tapi hampas kebanyakannya. Memang patut balik Bogota dan kena tembak dengan kartel dadah Colombia.

Bagi Peru layak ke separuh akhir sudah dikira melebihi jangkauan. Apa lagi bila dikira bahawa barisan pemain Peru yang ada ini kebanyakannya bukan pilihan utama. Tak perlu Jefferson Farfan, Claudio Pizarro atau Luis Ramirez pun. Pakai pemain liga tempatan pun dah cukup.

Argentina 1 - 1 Uruguay (4-5 penalti)

Vamos Argentina? Macam tahi. Tapi tahi yang paling tahi dari segala tahi dalam La Albiceleste ialah Carlos Tevez. Orang suruh main Copa America dia masih sibuk dengan cerita nak berambus dari Manchester City. Lepas tu bila penentuan sepakan penalti sepak tak masuk. Tahi!

Yang terlebih dulu di depan ialah Uruguay. Diego Perez (Bologna) terus membuktikan kenapa penjaga gol Argentina Sergio Romero layak dipanggil hampas. Gonzalo Higuain (Real Madrid) bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-17. Selepas dari itu perlawanan berubah menjadi acara melihat cat basah di dinding menjadi kering.

Setelah 120 minit dan Luis Suarez serta Lionel Messi tiba-tiba jadi bengap dan tak tahu menjaringkan gol, tibalah masanya untuk penentuan sepakan penalti. Sembilan dari 10 pemain yang melakukan sepakan penalti berjaya kecuali seorang. Yang seorang ini namanya Carlos Tevez. Mungkin masa nak menyepak bola fikiran dia melayang berapa juta gaji seminggu boleh dapat kalau berjaya cabut lari dari Manchester City. Ceh tenang penalti pun ke laut.


Carlos Tahi -harap lompat je tinggi


Kekalahan Argentina di tangan Uruguay apa lagi selaku tuan rumah Copa America 2011 sama hina macam kalah perang kepada Uruguay pada tahun 1851 dan perlawanan akhir Piala Dunia 1930. Vamos-lah sangat!

Brazil 0 - 0 Paraguay (0-2 penalti)

Kalau Argentina itu tahi, maka Brazil adalah taik. Tapi dalam kes Brazil kita boleh faham kenapa Elano, Thiago Silva, Andre Santos dan Fred gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila fokus mereka diganggu oleh dua pemain Paraguay berikut.






Paraguay pula melangkah ke separuh akhir setelah ayam tambatan Larissa Riquelme dan bintang baru Patty Orue menyempurnakan sepakan penalti mereka. Yes!


Chile 1 - 2 Venezuela


Kita bakor, kita ratakan lot ni, kita tanam cili


Hugo Chavez yang khabarnya sedang menjalani rawatan kemoterapi di Cuba pasti tersenyum gembira sambil menghisap cerut Havana. Belum pernah dalam sejarah bolasepak Venezuela mereka melangkah ke separuh akhir Copa America. Setakat separuh akhir besbol Piala Dunia itu dah biasa.

Chile yang merupakan pilihan rupanya senasib dengan pasukan pilihan yang lain. Pilihan untuk bungkus dan pulang awal. Oswaldo Vizcarrondo (Deportivo Anzoategui) meletak Venezuela di depan minit ke-34 tetapi Humberto Suazo (Monterrey) kembali mengikat kedudukan pada minit ke-69.

Sedang perlawanan dilihat bakal berakhir dengan seri dan perlu ke masa tambahan, Gabriel Cichero (Newell's Old Boys) muncul wira dengan gol kemenangan Venezuela minit ke-81.

Separuh Akhir

Copa America 2011 kali ini nampaknya memang di luar jangkaan. Dua gergasi Argentina dan Brazil akhirnya bungkus walaupun dibarisi pemain kelab-kelab Eropah. Sebaliknya pasukan kurang ternama seperti Peru dan Venezuela yang membuat kejutan dan melangkah ke separuh akhir.

Peru ditemukan dengan Uruguay sementara Paraguay pula berdepan underdog Venezuela. Atas kertas nampaknya perlawanan akhir Copa America 2011 bakal menemukan Uruguay dan Paraguay. Tapi itu pun kalau tidak berlaku sebarang kejutan lagi.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews