Hola! - Copa America 2011 (Tamat Perlawanan Pertama)

Baru perlawanan pertama dan semua tilikan sebelum ini sudah boleh ditong sampahkan. Dan edisi 2011 kini berdepan risiko menjadi kejohanan paling kurang gol dalam sejarah 95 tahun Copa America.


KUMPULAN A


Argentina 1 - 1 Bolivia

Evo Morales bersama potret Che Guevara yang dibuat dari daun koka

Kali terakhir maruah Argentina dicalar oleh Bolivia ialah pada tanggal 9 Oktober 1967, apabila tentera Bolivia membenam 9 butir peluru dalam tubuh anak jati Argentina dan revolusioner tersohor dunia, Ernesto Che Guevara. 1 Julai yang lepas sekali lagi Bolivia menjadi duri dalam daging kepada La Albiceleste.

Edivaldo Rojas (Naval), pemain kelahiran Brazil tetapi memilih untuk menyarung jersi La Verde merobek gawang Argentina seawal minit ke-47 melalui back heel bersahaja hasil dari tendangan sudut. Namun tuan rumah bernasib baik untuk tidak dimalukan. Menantunya Diego Maradona (eksport kedua terbaik Argentina selepas Che Guevara pastinya), Sergio Aguero (Atletico Madrid) menyelamatkan maruah Argentina dari dicalar Bolivia melalui gol penyamaan pada minit ke-75.

Argentina bernasib baik tidak dimalukan Bolivia, yang walaupun 44 tahun dulu pernah membunuh Che Guevara tetapi hari ini menjadi negara sosialis dengan presidennya Evo Morales menjadikan Che Guevara sebagai idola.

Colombia 1 - 0 Costa Rica

Falcao who?

Antara samseng jalanan Costa Rica dan kartel dadah Colombia, pastinya kartel lebih berkuasa. Walaupun sekadar menang tipis 1-0 ke atas sekumpulan hijueputa ia tetap 3 mata berharga buat Colombia dan jaminan hidup buat para pemainnya dari ditembak mati oleh kartel dadah.

Bukan Radamel Falcao yang menjadi wira, tetapi Adrian Ramos (Hertha BSC) melalui gol berkualiti pada minit ke-44. Berita baik pastinya buat Hertha BSC yang bakal kembali bersaing dalam Bundesliga musim depan.

Colombia sepatutnya boleh menyumbat lebih banyak gol, tapi striker bintang seperti Falcao dan Hugo Rodallega nampak kekok. Mungkinkah buat Falcao, fikirannya menerawang ke Stamford Bridge?

Perlawanan berikut:
Argentina - Colombia (Argentina)
Bolivia - Costa Rica (Bolivia)


KUMPULAN B

Brazil 0 - 0 Venezuela

Elvis Robinho

A Selecao, ranking ke-5 dunia dan juara bertahan Copa America diikat oleh La Vinotinto, ranking ke-68 dunia dan di mana di negara mereka sendiri bola lisut adalah sukan nombor satu sebelum bolasepak.

Bagi Brazil, lawan Venezuela adalah seperti jaminan buah dada dalam bra bikini gadis di Ipanema. Buah dada itu sudah pasti yang belum pasti adalah saiz, sama seperti lawan Venezuela 3 mata itu pasti yang belum pasti berapa ribu gol hendak disumbat masuk. Tapi bukan gol yang dapat kita tonton, sebaliknya keganjilan fesyen rambut Neymar, Robinho dan rakan-rakan.

Bagi Venezuela, seri dengan Brazil sudah kira sama hebatnya seperti Hugo Chavez berani bangun melawan Uncle Sam. Patria o Muerte, venceremos!

Paraguay 0 - 0 Ecuador

Kamon Paraguay! Sikit je lagi dia nak dedah semua!

Bila Larissa Riquelme bersumpah mahu berbogel jika Paraguay menang Piala Dunia, kita tahu itu cakap-cakap kosong. Gila apa Paraguay menang Piala Dunia?

Tapi bila sekali lagi Larissa Riquelme bersumpah mahu berbogel jika Paraguay menang Copa America, kita tahu ada sinar pelangi selepas ribut. Paraguay menang Copa America? Tidak mustahil walaupun still a long shot, tidaklah ibarat menunggu kucing bertanduk.

Namun selepas seri tanpa jaringan bertemu Ecuador kita semua tertanya-tanya, mungkinkah satu-satunya benda bulat yang dapat kita lihat dalam Copa America ialah bola dan bukannya buah dada Larissa Riquelme. Mungkinkah Lucas Barrios, Roque Santa Cruz dan Nelson Valdez sebenarnya sudah puas tengok Larissa Riquelme berbogel sampaikan mereka tidak hairan dengan tawaran yang diberikan?

Apakah nasib?

Perlawanan berikut:
Brazil - Paraguay (seri)
Venezuela - Ecuador (Venezuela)


KUMPULAN C

Uruguay 1 - 1 Peru

Machu Pichu FC - Selamba mengikat Uruguay

Kalau Argentina dan Brazil sudah seri, maka tidak hairanlah Big 3 Amerika Selatan yang terakhir iaitu Uruguay juga turut mendapat seri. Senasib dengan Argentina, Uruguay ketinggalan di belakang terlebih dulu apabila Paolo Guerrero (Hamburger SV) meletak Peru di depan pada minit ke-23.

Nasib baik Kop hero, Luis Suarez yang bergigi arnab muncul penyelamat maruah 3.5 juta rakyat Uruguay apabila merembat masuk bola pada minit ke-45 hasil lorongan through ball dari rakan lama beliau di Ajax, Nicolas Lodeiro.

Brader otai Diego Forlan bagaimanapun masih belum mahu mengganas.

Chile 2 - 1 Mexico

Bukan bendera Texas mahu pun Melaka

Mexico sebagai pasukan jemputan membawa skuad bawah 23 mereka, di mana 8 dari pemain skuad terpaksa ditukar pada saat akhir kerana insiden membawa pelacur masuk ke hotel penginapan. Bawah 23 dah pandai bawa anak gadis orang masuk bilik.

Maka dengan itu ia sepatutnya tugas mudah buat Chile yang sejak kebelakangan ini juga kurang kick jika dibandingkan dengan cili padi. Pun begitu El Tri yang terlebih dulu di depan, hasil jaringan pemain berusia 19 tahun Nestor Araujo (Cruz Azul).

Tetapi Chile bangkit pada separuh masa kedua. Terima kasih kepada lebih 10,000 penyokong La Roja yang menyeberangi sempadan Chile-Argentina bersama bendera gergasi (perlawanan diadakan di San Juan yang berdekatan sempadan) untuk menyorak pasukan mereka. Esteban Paredes (Colo-Colo) menyamakan kedudukan pada minit ke-66 dan kemudiannya pemain tengah Arturo Vidal (Bayer Leverkusen) menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72.

Perlawanan berikut:
Uruguay - Chile (Uruguay)
Peru - Mexico (Mexico)

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews