Chelsea 2 - 0 Bayer Leverkusen



Nando Torres tidak menjaringkan sebarang gol. Apa ada hal?


Dari Januari lagi semenjak dubuk albino ini berpindah ke Stamford Bridge, ramai penyokong Liverpool yang menggelarnya judas. Bila si dubuk albino gagal menjaringkan gol secara rutin macam di Anfield dulu, lebih ramai yang bertepuk sorak gembira. Ini sangat tipikal untuk peminat Liverpool. Hanya ada 2 perkara yang menggembirakan mereka, yakni Liverpool menang ke atas Manchester United dan Nando Torres gagal menjaringkan gol untuk Chelsea. Perkara lebih penting seperti menjuarai EPL atau layak ke Eropah dilupakan begitu saja. Apa nak jadi agaknya?

Malam tadi dalam perlawanan Champions League sekali lagi Nando Torres gagal menjaringkan sebarang gol. Untuk mana-mana peminat Liverpool ini berita baik buat mereka melupakan hakikat bahawa untuk Liverpool musim ini tidak ada bolasepak Eropah pertengahan minggu. Mereka cukup gembira bila seorang pemain berharga 50 juta tidak menjaringkan 50 gol semusim.

Memang dulu Nando Torres banyak menjaringkan gol. Itu perkara biasa untuk seorang penyerang berbisa apabila bermain di sebuah kelab biasa-biasa. Masa di Liverpool dulu memanglah dia yang paling power. Pipiyapong pun kalau diletak dalam skuad Torpedo Lipis akan memegang status ayam tambatan. Tapi cuba kalau kita letak Pipiyapong di dalam barisan Arsenal, ayam tambatan akan bertukar kepada sekadar anak ayam.

Jadi bila Nando Torres berhijrah ke Chelsea, beliau menyertai barisan serangan yang luar biasa, bukan lagi jenis yang biasa-biasa. Barisan serangan yang terdiri dari Didier Drogba, Nicolas Anelka, Salomon Kalou, Daniel Sturridge dan Romelu Lukaku (ya Lukaku ni power juga sebenarnya). Dari berstatus penyerang handalan untuk sebuah kelab biasa-biasa macam Liverpool, Nando Torres bertukar kepada penyerang biasa-biasa untuk kelab handalan macam Chelsea. Simple.

Benda macam ini pun penyokong Liverpool susah nak nampak. Taksub sangat dengan sejarah rekaan sendiri, perangai macam orang UMNGOK.

Jadi malam tadi Nando Torres tidak menjaringkan gol, seperti biasa. Apa nak heran? Dalam kelab handalan seperti Chelsea tugas menjaringkan gol dipikul sama rata oleh semua pihak, dari Petr Cech ke Andre Villas-Boas. Kalau tugas menjaringkan gol ini diserahkan hanya pada satu susuk tubuh kita akan berdepan situasi seperti Liverpool minggu sudah masa kalah dengan Stoke City. Semua nak harapkan pada Luis Suarez yang meroyan pada pengadil kerana gagal menjaringkan gol.

Pun begitu, 2 gol Chelsea datang dari bantuan Nando Torres, yang disempurnakan oleh David 'Sang Singa' Luiz dan Juan 'Mata' Mata. Apa ada hal?

Nando!

Nando lagi!

2-0 kalahkan kelab bekas pemain Chelsea, Michael 'Ubermensch' Ballack.

Return of the Ubermensch

Raul Meireles turun tetapi gagal menjaringkan sebarang gol. Berita baik buat Liverpool!

Sementara itu...

Kata orang, bila Arsenal berpindah dari Highbury ke Emirates, mereka terlupa membawa bersama roh Gunners di stadium lama.

Emirates besar, tapi jiwanya kosong. Ia akan lebih kosong bila mana Arsenal ketinggalan 2 atau 3 gol seawal separuh masa pertama dalam mana-mana perlawanan kerana peminat Arsenal sangat terkenal dengan perangai pulang awal bila ada petanda akan kalah.

Malam tadi Arsenal bertandang ke Westfalenstadion, The Temple of the Yellow Wall, stadium bolasepak paling power di seluruh cakerawala. Lawan mereka bukan kecil anak, tapi Borussia Dortmund, kelab bolasepak paling ART di seluruh Deutschland.

Robin van Persie membuka jaringan pertama buat Arsenal. Tetapi kemudian dinafikan oleh gol penyamaan hasil jaringan Tomas Rosicky, maaf, maksud aku Ivan Perisic.

Ini bukan Tomas Rosicky

Ini bukan Ivan Perisic

Di barisan tempat duduk penonton, Arsene Wenger hanya mampu melihat dan berharap alangkah bagus kalau Emirates ada jiwa bolasepak macam Wesfalenstadion. Nasib baik Wenger tak duduk di Sudtribune.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews