Aku tak boleh tidur.
Tak sampai hati aku nak biarkan penyokong kelab Liverpool dibiarkan tanpa dibelai dengan info dan kebenaran. Walau ramai dari mereka sudah lelap atau buat-buat tidur tapi aku sangat berharap mereka akan 'sedar' semula disiang hari.
Liverpool bukan kalah mengejut kepada Stoke. Bukan, wahai saudara seliverpool sekelian. Stoke team power.Mereka main Eropah! Liverpool hanya target untuk main eropah,itupun musim depan. Jadi apa terkejutnya bila kalah pada satu pasukan yang bertanding diperingkat eropah? Stoke pula top 4 sementara Liverpool ditempat ke 5...dan Arsenal ke 11.
Manchester United? Tahukah anda, menyaksikan Manchester United main bola langsung tak berdebar? Gol dah tentu lebih dari 3. Bersorak setiap kali gol dijaringkan dah jadi boring. Oklah, ada jugak la masa-masa cemas dan mengujakan, seperti ketika De Gea cuba diuji dan ketika United nyaris menjaringkan gol. Manchester United nyaris menjaringkan gol? Ianya agak 'rare'!
Missed goal lebih mengujakan dari gol? Bila menonton pasukan Manchester United bermain sudah tidak berapa mendebarkan, apa lagi keseronokan menyokong Manchester United?
Berdebar lagi tengok Stoke vs Liverpool tadi. Tengok Suarez mencuba beberapa kali tetapi digagalkan oleh pemain Stoke yang power! Kalaulah Meireles masih ada.... ataupun, kalaulah John Barnes masih ada... sigh!
Sementara itu, Arsenal akhirnya mencapai impian mereka untuk menang NASIB! Gila Art gol yang dijaringkan oleh Arshavin. Lebih art lagi gaya beliau ketika 'celebrate' gol nasib tersebut. Boleh dikatakan juga agak 'berbaloi' pembelian 5 pemain baru Arsenal. Beli 5 menang 1. Art-eta!
tahap ke 8 dah ni!
Walaupun Arsenal dan Liverpool dapat pengulas baru yang power, kenapa aku masih nak ulas hal pasukan mereka hah?
Ini semua salah Rudeboy Rooney! Mari kita saksikan!
Taktik keji yang bakal digunapakai oleh kelab lain nanti.
Sementara itu, Chelsea diharap dapat memberikan sedikit debaran kepada semua Red Devils minggu depan. Mohon debar.
Apa yang aku nampak (dan The Kops tak nampak) ialah, Pak Alex sebenarnya membentuk sebuah pasukan amat dashyat ini untuk melenyapkan nama Barcelona diperingkat Eropah. Pak Alex mahu Manchester United menjadi pasukan yang sangat powerful sampaikan nak sebut pun tak berani. Gilalah pak Alex. Tapi, janganlah tunjuk sangat EPL ini sebagai tempat berlatih aje. Jagalah hati dan air muka pasukan lain.
Cukuplah Arsenel diinsafkan.
Apa yang aku nampak (dan The Kops tak nampak) ialah, Pak Alex sebenarnya membentuk sebuah pasukan amat dashyat ini untuk melenyapkan nama Barcelona diperingkat Eropah. Pak Alex mahu Manchester United menjadi pasukan yang sangat powerful sampaikan nak sebut pun tak berani. Gilalah pak Alex. Tapi, janganlah tunjuk sangat EPL ini sebagai tempat berlatih aje. Jagalah hati dan air muka pasukan lain.
Cukuplah Arsenel diinsafkan.
No comments:
Post a Comment