1) Siaran langsung di dua saluran, TV2 dan Star Sports. Di TV2 macam biasa Haji Hasbullah Awang sementara di Star Sports ianya Dez Corkhill sama satu orang lagi mat salleh. Kalau nak ulasan bola tipikal Malaysia yang syok sendiri, ada fakta luar biasa dan gelak-gelak mestilah layan TV2. Kalau mahu ulasan bola gaya EPL, berinformasi dan penuh kritikan tajam maka boleh layan Star Sports. Aku layan dua-dua sekali.
2) Dah lebih 20 tahun Tun Dr Mahathir kenalkan Dasar Pandang Ke Timur, kita masih lagi pandang tapi setakat pandang sajalah, buatnya tidak. Perlawanan semalam dimainkan di stadium sebuah kelab J. League Division 2, Sagan Tosu. Stadium bernama Best Amenity Stadium (atau Tosu Stadium) ini hanya berkapasiti 24,490, jauh lebih kecil dari Stadium Nasional Bukit Jalil tapi dia punya padang 10 kali lebih kelas dari yang kita ada. Hanya tiga minit berjalan kaki dari stadium ini ialah Stesen Tosu yang menyediakan perkhidmatan keretapi JR Kyushu dan secara purata mengurus sejumlah 13,000 penumpang sehari. Kita punya stadium boleh muat maksimum 100,000 tapi kalau baru 10,000 datang Stesen LRT Bukit Jalil dah huru-hara. Kat sini dah nampak negara mana yang efisien dan mana yang akal pendek.
Best Amenity Stadium - Memang best! |
3) Dah lebih 20 tahun juga semenjak para pegawai FA Jepun bertandang ke Malaysia untuk belajar dan tengok bagaimana kita mengadakan Liga Semi-Pro dulu, tengok pasukan negeri, tengok stadium, tengok perlawanan liga kita dan tengok Sultan Bola. Sekarang jumlah kelab profesional dan amatur mereka berjumlah lebih 200, stadium khusus bolasepak berterabur, J. League diberi penarafan Gred A oleh AFC, layak ke Piala Dunia dan Olimpik itu hal biasa dan pemain profesional Jepun bersepah di Eropah. Malaysia? Tanya Sultan Bola.
4) Malaysia memang juara bolasepak Sukan SEA tapi gelaran ini lebih kurang sama saja dengan Bangladesh jadi juara bolasepak Sukan Asia Selatan. Dalam erti kata lain jaguh kampung, jadi bila keluar dari kampung baru tahu langit tinggi atau rendah. Senario yang sama juga boleh diguna pakai ke atas skuad senior yang jadi juara Piala AFC. (okay yang sebenarnya Piala AFF)
5) Corak permainan anak buah Ong Kim Swee semalam seperti biasa ialah tendang ikut arah telor. Pemain tengah nampaknya rajin turun ke bawah membantu pertahanan tetapi sebaik bola berjaya dirampas semua lebih suka berlari-lari anak naik ke atas. Berat telor gamaknya. Barisan serangan pula nampaknya lebih mengambil sikap tunggu dan lihat. Jawabnya entah sampai ke bila setakat tunggu dan lihat bola sajalah kerja mereka.
6) Jepun kelihatan bermain dengan 22 pemain di atas padang. Tapi itu kerana mereka bermain dengan memberi tekanan serta membuat hantaran kepada kawan bukannya lawan atau mengikut arah telor. Keigo Higashi banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Malaysia. Pada minit ke-10 Higashi meledak gol pertama. Gol kedua datang dari Ryohei Yamazaki yang menggantikan Higashi. Kensuke Nagai yang dikatakan bintang utama bagaimana pun tidak berapa menyinar kali ini.
Gambar Kosmo! semalam - Dia punya warning, kehkehkeh! |
7) Kalau tak kerana Khairul Fahmi Che Mat, Malaysia mungkin bolos 4 atau 5 biji gol. Itu pun aku rasa bolos 2 biji ini sudah cukup buat Jejari Runcing sengih sikit-sikit sambil kata 'pade muko mu ado tino lain lagi!" Tapi aku bagi jugalah Apek sebagai pemain terbaik Malaysia semalam.
8) Satu-satunya peluang Malaysia datang pada minit ke-60 melalui Fandi Othman tapi mamat ni gentel bola banyak sangat macam Nando Torres.
9) Nampak gaya kalau betul nak ke Olimpik, Malaysia kena pastikan menang ke atas Syria dan Bahrain serta cuba mencatat keputusan seri lawan Jepun di Bukit Jalil. Tapi kalau dapat nombor 2 dalam Kumpulan C, kita berkemungkinan terpaksa bersaing pula dengan lawan seperti Arab Saudi atau Uzbekistan.
10) Jadi kesimpulannya memanglah peluang kita ke Olimpik itu kurang 10%. Main dalam kelayakan Olimpik ini lebih kepada menimba pengalaman dan menguji keupayaan kita. Oleh itu paling busuk pun kita mesti menang 2 perlawanan dalam Kumpulan C ini. Tak akan nak kalah semua ye tak? Nanti kena gelak dengan Indonesia dan Singapura pula.
11) Awek Jepun yang datang stadium malam tadi aku bagi A.
Sekadar gambar hiasan - Bukan semalam punya |
No comments:
Post a Comment