Arsenal Kelab Bebudak Emo






Arsenal Kelab Bebudak Emo adalah satu label dan kepercayaan yang telah bersemadi kukuh dalam sejarah kewujudan Sokernet. Label atau kepercayaan ini bukan direka-reka, tetapi wujud kerana sikap Arsenal sendiri yang memang selalu berperangai kebudak-budakan dan emo sentiasa.

Apakah dosa saya kepada Arsenal?

Yang terbaru, Emmanuel Adebayor sekali lagi dikatakan telah menjadi mangsa perangai bebudak emo Arsenal ini. Dalam perlawanan North London Derby hari Ahad sudah, cacian dilemparkan ke atas Adebayor yang menyentuh mengenai tragedi serangan hendap ke atas bas pasukan bolasepak Togo pada Januari 2010. Adebayor terselamat dari kejadian serangan hendap tersebut tetapi menanggung trauma melihat rakan-rakannya yang maut.

Adebayor - Diserang hendap komunis sama seperti yang pernah dialami polis Bukit Kepong

"Lagu yang mereka nyanyikan ke atas saya memang satu penghinaan tetapi adakah saya terkejut? Sama sekali tidak. Saya sedih dan kecewa tetapi tidak hairan dengan perangai penyokong Arsenal yang macam bebudak emo," jelas Adebayor sewaktu dihubungi Sokernet.

Emmanuel Adebayor pernah bermain untuk Arsenal selama 3 musim bermula dari 2006. Tetapi oleh kerana Arsene Wenger dan Arsenal berperangai Haji Bakhil Bin Haji Kedekut, mereka enggan menaikkan gaji Adebayor walaupun mamat Togo ini banyak menyumbangkan gol untuk Arsenal. Ini memaksa Adebayor memberi kata dua kepada si kedekut Arsene Wenger, "Ade bayor ke takde bayor? Kalau takde bayor gua blah pergi Manchester City". Seperti biasa Arsene Wenger 'takde bayor' gaji lebih sikit memaksa Adebayor blah ke Manchester City yang 'ade bayor' gaji lebih.

Jasa kepada Arsenal dibalas dengan kerusi makcik basuh kain

Perpindahan Adebayor ke Manchester City telah dicop Judas oleh para bebudak emo Arsenal. Mereka menghina Adebayor kerana mengejar kemewahan sama seperti mereka pernah menghina Ashley Cole yang blah ke Chelsea sebelum ini. Tapi bebudak emo Arsenal tidak sedar pemain macam Adebayor dan Cole bukan mahu mengejar kemewahan semata-mata tetapi juga mengejar piala. Sebab yang sama juga kenapa Kolo Toure, Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Gael Clichy blah. Mereka tidak berminat duduk di Emirates dan tengok Arsene Wenger melakukan The Mighty Transition tapi piala haram tak pernah menang dah nak masuk 7 tahun!

Gael Clichy - Hidup lebih ceria setelah meninggalkan Tadika Emirates
Ashley Cole - Tidak percaya pada ajaran sesat The Mighty Transition

Tetapi bagi bebudak emo Arsenal semua pemain ini tetap dicop Judas kerana tidak mempercayai tuhan Arsene Wenger dan berpegang pada akidah In Arsene We Trust. Dan sebagai sebuah kelab bebudak emo selama-lamanyalah para pemain ini akan dimaki hamun dan dihina bila mereka bermain menentang Arsenal. Tengok sajalah pada Ashley Cole, dah berapa tahun punya cerita sampai sekarang tak habis lagi. Padahal sejak Cole blah dari Arsenal, mamat ni dah menang 1 EPL, 3 FA Cup dan 1 League Cup (satu Cup saja Cole terlepas iaitu Cheryl Tweedy). Tapi Arsenal sejak Ashley Cole blah haram tak pernah menang apa-ap Cup pun.

Satu-satunya Cup yang terlepas dari tangan Ashley Cole - Rugi, rugi...

Sebab itulah dalam Sokernet, label Arsenal Kelab Bebudak Emo sentiasa digunakan bagi memberikan sedikit cahaya keinsafan buat penyokong Arsenal yang sudah tidak lagi menemui jalan pulang. Pun begitu, walaupun sudah berbuih mulut aku dan pengulas Sokernet lain dalam menginsafkan bebudak emo Arsenal, ianya tetap tidak akan berjaya selagi Arsene Wenger terus memimpin Arsenal kerana perangai emo ini menurun dari si kedekut lagi gila ini!

Bermula dari perangai berak tepi padang

Membawa kepada perangai baling botol air
Kemudian perangai menghempas bola

Udoh ghope orang gila talak

Sifat merajuk tak tentu hala

Baik di Manchester atau di White Hart Lane

Alex Ferguson: Sudah-sudahlah tu, orang tua buat perangai merajuk buruk rupanya!

Dipersilakan adik Adijaya untuk emo di ruangan komen!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews