__________vs Manchester United : The Preview


Liverpool la,afkos!

Aku terpaksa memendekkan cuti sabbatikal aku untuk kembali mengangkuhkan diri di sini. Kembali untuk mengingatkan mereka tentang siapa sebenarnya yang berkuasa...siapa yang berada ditakhta liga semenjak awal musim dan yang paling penting, menjuarai kejuaraan inggeris sebanyak 19 kali! Yeah! Mana pasukan yang baru menang sekali dua tu, boleh ketepi sikit dulu tak?

Sepanjang aku bercuti, aku tengok bukan main berkicau lagi The Kops dan Gooners. Keyakinan diri The Kops tiba-tiba naik semenjak kehadiran Pakkordi mereka. Mana yang selama ini tak pernah komen, beri komen. Mana yang dah insaf dulu, mula lupa diri semula dan kembali komen... dan pengomen baru pula bertambah walau rata-ratanya ARSENAL!
Punya la yakin dengan Suarez, sampai ada yang mengajak aku menonton bersama mereka hujung minggu ini! WOW!

Sementara The Gooners pula langsung tiada keyakinan diri, jauh sekali nak bertambah, ye dok? Ke'emo' an bertambah adalah. Kedudukan pun tangga ke 15 kan.. Sesuai! huhuhu --> gelak cool!



Sebenarnya perlawanan hujung minggu ini memang dinanti-nanti oleh The Kops. Seolah-olah ini hal hidup mati! Inilah tujuan mereka menyokong Liverpool. "Biar tak menang piala, janji menang 5 kali juara eropah!" macam ni ke motto mereka? salah? Sebenarnya inilah motto mereka! Biar aku ingatkan, merekalah sebenarnya The Original Gloryhunter! Menjadi penyokong Liverpool kerana Liverpool telah menjuarai divisyen 1 sebanyak 18 kali dan 5 kali juara eropah. Tapi itu sejarah la. Sekarang mereka tuduh penyokong pasukan lain pula sebagai Gloryhunter. Takpa, ini cerita saja nak kasi mental lemah penyokong Liverpool bertambah lemah sikit...itupun kalau mereka dapat mengolah apa yang aku tulis.

Selalunya mereka terus melompat!

Setan Merah rilek aje. Anggap perlawanan hujung minggu ini sebagai pelengkap jadual musim 2011/12 aje, tak lebih dari itu. Siapa main untuk Manchester United nanti tak penting. Sama aje! Kesebelasan utama Manchester United ada 22 orang! Tugas mereka hanya 1, ianya tidaklah susah tapi bukan senang juga, iaitu untuk memastikan Suarez tidak tersenyum selama 90 minit permainan. Sukar...sukar!


International break selalunya menganggu momentum banyak pasukan....kecuali Arsenal (Mereka kekal bebal walau cukup rehat) Kebanyakan pemain sedikit penat, jet lag dan sebagainya. Jadi aksi hujung minggu ini mungkin ada sedikit kelebihan..kepada Liverpool.

Aku juga menjangkakan perlawanan nanti biasa-biasa aje di pihak Manchester United sementara Liverpool bermain seperti selalu, merbahaya di hadapan dan bersedia untuk bolos di belakang.

Jadi, ramalan aku ialah, Rooney akan memastikanThe Kops berhenti berkicau dan King Kenny akan dapat hadiah istemewa dari Abdul.

Ok. Aku nak sambung cuti balik.




No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews