Namun sejarah bolasepak kita tidak terhenti di situ, kesinambungannya masih membakar dengan tahun tahun berikutnya muncul pula legenda SuperMokh - Mokhtar Dahari, yang menerajui pasukan Harimau Malaya membenam Arsenal, juga membawa pasukan Malaysia seri dengan pasukan England B. Negara juga pada masa yang lebih kurang sama turut memiliki permata bolasepak lain seperti K Rajagopal, Yip Chee Keong, K. Kanaraju dan Abdullah Ali.
Bukan setakat itu, di suatu masa dahulu, pemain kelahiran Malaysia seperti Wong Kam Fook, Chow Chee Keong dan Lim Fung Kee turut bermain dalam liga professional Hong Kong!. Perlukan kita sebut juga tentang Lim Teong Kim yang bermain di Hertha Berlin??.
Semuanya Power!!
Masa menganjak ke hadapan dan seterusnya teraju bolasepak negara diambil alih pula oleh wira sukan SEA 1989, Wong Hung Nung, Zainal Abidin Hassan, Serbegeth Singh dan Rashid hassan antaranya.
Sekarang mari kita anjak pula masa terus ke belakang,
Bermula dari era 1950'an dan awal 1960'an.
Ketika ini barisan Harimau Malaya megah dibarisi oleh Edwin Dutton, Robert Choe, G. Govindaraju, Stanley Gabriel, Arthur Koh dan seorang manusia power bernama Abdul Ghani Minhat. Abdul Ghani, yang memegang gelaran Raja Bola bersama rakan sepasukan ketika itu adalah Harimau sebenar yang ngauman mereka di atas padang sangat ditunggu oleh rakyat Malaysia di corong corong radio.
Lapis ke dua pemain negara menyaksikan kehebatan Abdullah bersaudara - Namat dan Shaharudin, N.Thanabalan, Zulkifli Norbit, Wong Fook Chuan bersama ketua pasukan berwibawa Abdullah Nordin, mereka membawa negara ke penanda aras dan mercu kehebatan bolasepak Malaysia dengan memenangi kejuaran Piala Merdeka pada tahun 1968. Perlawanan akhir antara pasukan Malaysia menentang Burma yang ketika itu diterajui oleh the imfamous Suk Bahadur, menyaksikan kita menang selesa dengan jaringan 3-0.
Bersama momentum yang masih membara, perjalanan bolasepak Malaysia sekali lagi menempa sejarah dengan melayakkan diri ke sukan olimpik Munich 1972. Ketika ini gua boleh gerenti abah abah kita sangat konfiden yang 10 atau paling lama pun 20 tahun lagi Malaysia akan tampil memberi saingan di pusingan akhir Piala Dunia. Pity to you abah!
Di Munich, kita dibarisi pula oleh Lim Fung Kee, Wan Zawawi, Soh Chin Aun, Dell Akhbar, Wong Choon Wah, Bahwandi Hiralal dan seorang lagi manusia power M.Chandran. Kepoweran pasukan Malaysia masa ni dibuktikan apabila kita boleh tapau Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Filipina yang seterusnya melayakkan kita beraksi di sukan Olimpik Munich 1972. Dan tahukah anda, walaupun kita tak menang Olimpik 1972 tapi kita dapat tapau USA 3-0?, Puas hati ke tak puas hati??,
Persoalan paling besar sekarang, apa benda mesej yang gua nak sampaikan ni?, adakah mesej supaya kita mengenang sejarah macam Liverpool?, atau mesej supaya kita sedar yang dulu bola kita pernah power gila macam Manchester United sekarang?, Yaa..antara mesejnya benda benda tu lah, tapi itu bukan mesej sebenar.
Mesej sebenar yang gua cuba sampaikan ialah MUNGKINKAH...untuk membina pasukan Malaysia sekarang supaya setara, atau lebih dihormati dari pasukan Malaysia terdahlu, kita perlu memiliki semula pemain pemain pelbagai bangsa dan agama dalam satu pasukan seimbang terdiri dari Melayu, Cina, India, Sikh, Eurasian, atau Gurkha sekalipun??
The Truly 1Malaysia line up.
Bukan seperti pasukan sekarang yang terdiri dari pasukan Melayu dan S.Kunalan semata mata.
MUNGKINKAH?
Racist kah gua?,
No comments:
Post a Comment