Wales Rugby Union


Cymru ialah 'Wales' didalam bahasa Wales. Pasukan ini akan menentang Perancis didalam separuh akhir pertama Rugby World Cup 2011 esok petang, jam 3.30 di Astro.

Berkedudukan ranking ke-6 dunia sebelum bermulanya pertandingan ragbi piala dunia di New Zealand kali ini, Wales kini naik 2 anak tangga ke kedudukan ke-4 dengan Perancis rapat ditempat ke-5.

Ketika belajar dahulu, saya amat dan masih menggemari sukan ragbi. Malah saya pernah beberapa kali ke Arms Park, Cardiff untuk menyaksikan perlawanan ragbi pasukan kebangsaan Wales.




Dulu Wales lemah tapi semangat juang pemain2 mereka membuatkan saya tertarik dengan pasukan ini dan esok mereka akan berentap dengan satu lagi kuasa ragbi benua eropah. Beberapa pertembungan diantara kedua-dua pasukan sebelum ini memihak kepada Perancis tetapi tidak kali ini. Diketuai oleh ketua pasukan ragbi yang termuda dalam sejarah ragbi piala dunia, Sam Warburton (gambar atas), pasukan 'Welsh Dragons' yang mempamerkan aksi terbaik di kejohanan ini pasti berjaya.



Shane Williams (gambar atas) mungkin sudah agak berusia namun pada ketinggian hanya 5'7", Shane Williams membuktikan bahawa saiz bukan menjadi masalah jika hati dan jiwa kita tinggi melangit.



Dua pemain Wales yang amat menarik perhatian saya kali ini ialah Mike Phillips (gambar atas) dibahagian 'scrum-half' dan Jamie Roberts (gambar bawah) dibahagian 'center'. Dua pemain yang cukup mantap.



Semoga mereka berjaya membawa Wales ke pertandingan akhir ragbi piala dunia edisi kali ini dan saya jangkakan akan bertemu New Zealand All Blacks. Pada edisi 1987 yang juga di New Zealand, All Blacks yang dikepalai oleh seorang lagenda ragbi, Grant Fox telah meranapkan Wales pada peringkat separuh akhir.

This is the time of the red dragons.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews