Showing posts with label bundesliga. Show all posts
Showing posts with label bundesliga. Show all posts

Salam Lebaran Dari Munich

Oktoberfest yang ditunggu tiba lagi. Meneruskan tradisi Bavaria yang diamalkan sekian lama, Bayern Munich telah memberikan peluang kepada para pemainnya untuk meraikan hari yang mulia ini. Ini pun nasib baik kerana Bayern Munich berada di puncak klasemen Bundesliga sekarang, berbeza dengan musim lepas di mana mereka berkelakuan 'Arsenal' sehingga para pemain diharamkan dari meraikan Oktoberfest.

Seperti lazimnya kita menyambut hari raya di sini, para pemain Bayern Munich mengenakan pakaian tradisi Bavaria sementara pasangan masing-masing tampil anggun berkebaya Bavaria. Para pemain dan pasangan mereka berkumpul menikmati juadah yang dihidangkan seperti Schweinebraten dan Braunschweiger sambil menonggak bergelen-gelen beer. Kunjung-mengunjung menjadi amalan murni mengikat tali silaturrahim dan memupuk persefahaman dalam satu pasukan bola.

Pasangan bola nombor 1 Jerman, Bastian Schweinsteiger dan awek kesayangan Sarah Brandner
Turut tidak ketinggalan ialah Arjen Robben bersama isteri kesayangan, Bernadien
Ayam tambatan Mario Gomez bersama pasangannya Silvia Meichel ceria di pagi Oktoberfest
Thomas Mueller bersama segelas beer dan teman wanita Lisa
Kapitan Philipp Lahm bersama orang rumahnya, Claudia Lahm

Pemain berusia 19 tahun yang dipinjam dari Osaka Gamba, Takashi Usami bersama aweknya Ran
Bak pinang dibelah dua, Manuel Neuer dan Kathrin Gilch
"Kami para pemain Bayern Munich bersama pasangan mengucapkan Selamat Hari Oktoberfest dan Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca Sokernet!"


P/S: Heh, seronok ye? Tunggu Borussia Dortmund dan WAGS mereka datang baru kau tahu langit tinggi ke rendah!

Safee Sali Ke Bundesliga? Kau Biar Betul!




Gokhan Tore lawan Chris Lowe, dua pendatang baru Bundesliga yang dah rasa peritnya minggu sudah





Semalam kecoh bila pecah berita bahawa penyerang paling power dalam Harimau Malaya, Safee Sali dilaporkan telah mendapat tawaran dari sebuah kelab Bundesliga. Astro Arena telah pun mendedahkan berita ini yang dikatakan turut diakui Safee Sali sendiri. Bagaimanapun tawaran yang dikatakan itu masih di peringkat awal, katanya.



Kalau betul Safee Sali mendapat tawaran bermain di Bundesliga ini memang satu berita baik. Baik untuk Safee Sali sendiri dan bolasepak Malaysia secara umumnya. Cuma aku berharap Presiden FAM tak keluar TV buat kenyataan bijak berharap pemain Malaysia kekal di Malaysia untuk menyumbang kepada liga bolasepak tempatan macam yang pernah dibuatnya masa Safee Sali hendak ke Pelita Jaya dulu.



Macam biasa selepas pecahnya berita ini maka ramailah yang sudah mula mencongak-congak kelab Bundesliga mana yang bakal disertai Safee Sali (kalau betul berita ini). Ada yang meramal Bayern Munich, atau Borussia Dortmund, VfB Stuttgart, Bayer Leverkusen atau Schalke 04. Pendek kata semua kelab-kelab Bundesliga yang power. Tak ada siapa pula kot yang terfikir kalau tawaran itu datang dari FC Augsburg, SC Freiburg atau Borussia Monchengladbach pun sudah kira cukup kuar biasa sebenarnya.



Namun kelab yang paling disebut-sebut bakal menjadi destinasi buat Safee Sali ialah FC Koln, kelab Bundesliga berpengkalan di Cologne yang juga merupakan kelab penyerang kebangsaan Jerman, Lukas Podolski (tapi Podolski ini dah menghampiri ambang senja dalam skuad Die Mannschaft). Jika benar bagai dikata, bolehlah agaknya Safee Sali bergandingan dengan Lukas Podolski di bahagian serangan ye tak?



Tapi itu semua belum pasti lagi. Dan walaupun Bundesliga merupakan liga di mana banyak pemain luar Eropah tidak ternama diberikan tawaran bermain, ia bagaimanapun bukanlah liga cap ayam. Bundesliga memang terkenal sebagai salah satu liga yang banyak menghasilkan bintang baru bolasepak dari pemain yang langsung tidak dikenali sebelumnya. Dan siapa-siapa yang rajin layan Bundesliga pasti tahu betapa pantasnya permainan mereka. Purata pemain Bundesliga akan berlari lebih dari 10km dalam 90 minit permainan dengan corak permainan menyerang dan pesta gol yang merupakan perkara normal.



Setakat ini, kebanyakan pemain Asia dalam Bundesliga berasal dari Jepun. Antara yang paling berjaya ialah Shinji Kagawa, pemain tengah berusia 22 tahun yang Borussia Dortmund beli pada harga ciput sekitar EUR300,000 tahun lepas. Sekarang nilai Kagawa paling busuk pun EUR3,000,000 agaknya.



Aku sebenarnya kurang yakin Safee Sali ini 'Bundesliga material'. Ya kat dalam Asia Tenggara memang dia gempak tapi Asia Tenggara ni tahap mana je? Pemain Jepun boleh kot main Bundesliga tapi pemain Malaysia seekor pun tak ada yang main di J-League.



Mungkin betul Safee Sali bakal ke Bundesliga. Mungkin juga betul-betul bakal menyertai FC Koln. Atau mungkin yang sebenarnya Safee Sali dapat tawaran dari kelab 2. Bundesliga, yakni divisyen ke-2 bolasepak Jerman.



Bukan apa, Astro Arena ni duk pulun cakap 'tawaran dari kelab Bundesliga' tapi kena ingat Bundesliga ini ada 2 jenis juga.



Tapi, kalau dapat tawaran dari kelab 2. Bundesliga pun dah gempak habis sebenarnya. Suka hati engkaulah Safee Sali, yang penting kau glamer sebab benda yang bagus, bukan sebab Jejari Runcing atau Dahlia Teteck.

D-Day Ialah Dortmund's Day



Okay, Chelsea tidak menang EPL musim ini. Tahniah Manchester United!

Tapi di Jerman, Borussia Dortmund langsung tidak mengecewakan. Kejuaraan Bundesliga ke-7 secara rasmi telah menjadi milik Die Schwarzgelben pada 14 Mei lepas apabila Bundesliga melabuhkan tirai. Borussia Dortmund muncul sebagai Deutscher Meister 2010/11 dengan sejumlah 75 mata, 7 mata mengatasi pencabar terdekat Bayer Leverkusen di tempat kedua. 'Manchester United Jerman', Bayern Munich menduduki tangga ke-3 Bundesliga.

Berikut lagi gambar-gambar keraian Borussia Dortmund. Bukan selalu katakan, silap-silap musim depan dapat kat Bayern Munich balik.

Melakar tatoo kenangan berupa Mangkuk Salad dan wajah Juergen Klopp


Open top bus!


Dede dan rakan-rakan kali ini dengan Mangkuk Salad yang sebenar


Satu Sudtribune berkongsi satu replika Mangkuk Salad


Budaya bakar flare ni katanya terikut dengan Ultras Harimau Malaya


Pesta jalanan di kotaraya Dortmund


Upacara merembat rumput Wesfalenstadion untuk kenang-kenangan


Pitch Invasion!


Sudtribune


Sudtribune sebelum bermulanya perlawanan terakhir menentang Eintracht Frankfurt


Dan Sudtribune melimpah selepas perlawanan


Kapten pasukan, Sebatian Kehl adalah lelaki bertuah malam itu

We Are Borussia Dortmund And We Do What We Want





Die Schwarzgelben


Aku masih ingat lagi malam keramat itu, 14 tahun dulu lamanya. Zaman itu Astro baru nak bertapak dan yang boleh pacak piring Astro atas bumbung rumah hanya orang kaya-kaya saja. Nasib baik ada stesen TV percuma yang baik hati hendak tayang siaran langsung, entah RTM entah TV3 aku tak berapa ingat.

Apa yang aku ingat, aku sanggup korbankan kaset video Paranawei bertajuk 'Only The Strong' (sorry Mark Dacascos) semata-mata untuk rakam perlawanan tersebut. Memang tidak sia-sia, malam keramat itu, Borussia Dortmund menundukkan Juventus 3-1. Borussia Dortmund muncul juara Champions League 1997, buat kali pertama dalam sejarah mereka.


Paranawei!


Siapa sangka Juventus yang dibarisi pemain seperti Didier Deschamps, Alessandro Del Piero, Zinedine Zidane, Christian Vieri dan Alen Boksic boleh tunduk kepada Borussia Dortmund. Tapi apa nak hairan, dalam perlawanan separuh akhir Borussia Dortmund rilek-rilek saja kalahkan Manchester United.

Karl-Heinz Riedle menyumbatkan 2 gol sementara Lars Ricken menambah gol ke-3 Borussia Dortmund. Juventus mendapat gol saguhati mereka melalui Alessandro Del Piero. Dengan tambahan kejuaraan Bundesliga dalam 2 musim sebelumnya, pemain Borussia Dortmund dekad 1990-an adalah generasi emas kelab dari North Rhine-Westphalia ini. Tak sia-sia aku gadaikan kaset video video Paranawei.

Setakat Schalke 04 (musuh tradisi Dortmund) apalah sangat? Warna biru macam Chelsea dan menang Champions League pun tak pernah. Memang patut kena ratah dengan Manchester United ala Chicharito makan Chikedis.

Minggu lepas, generasi pemain moden Borussia Dortmund kembali meletakkan Die Schwarzgelben di puncak klasemen Bundesliga walaupun liga masih berbaki lagi 2 perlawanan. Kemenangan ke atas FC Nuremberg 2-0 dan kekalahan pesaing terdekat Bayer Leverkusen di tangan FC Koln juga 2-0 memastikan kejuaraan ke-7 buat Borussia Dortmund (5 dalam era Bundesliga).


Sebastian Kehl - Si Kapitan bersama mini Kehl


Bundesliga memang tidak sah kalau tidak ada mandi beer


Semua ini berlaku walaupun ketika di permulaan musim 2010/11 Borussia Dortmund bermula dengan langkah kiri dalam perlawanan pembukaan apabila tewas di tangan Bayer Leverkusen juga 2-0. Tetapi anak buah Jurgen Klopp yang secara purata berusia 24 tahun tidak mudah goyah seperti remaja Arsenal. Mereka bangkit dan terus menguasai puncak klasemen, setakat ini hanya tewas 4 perlawanan dan bolos 19 gol. Makan dan minum apa agaknya bebudak Dortmund ini?

Macam biasa, pork knuckle dan beer gelas besar. Dah namanya pun kelab Jerman.


Anaknya Mohamed Zidan dalam replika mangkuk salad


Mats Hummels meraikan kejayaan dengan meratah sup lidah


Pun begitu setiap kejayaan pasti bakal mengundang cabaran baru. Dan Borussia Dortmund macam banyak kelab Jerman lain ialah sebuah kelab komuniti, bukan entiti perniagaan kapitalis macam Real Madrid dan Manchester United. Maka tidak hairanlah pemain-pemain berpotensi seperti Mario Gotze, Shinji Kagawa, Kevin Grosskreutz, Lucas Barrios dan ramai lagi kini diintai kelab gergasi Eropah. Nuri Sahin khabarnya sudah pun disamber oleh Real Madrid.


Lucas Barrios aka La Pantera bersama Borussian


Kejayaan menjulang mangkuk salad Bundesliga ini hadir selepas 9 tahun lamanya sejak mereka kali terkahir menang mangkuk salad pada musim 2001/2002. Tetapi kejayaan memenangi Bundesliga saja tidak cukup sebenarnya.


Dede - veteran Borussia Dortmund dan pernah menjuarai Bundesliga musim 2001/02


Jurgen Klopp - Deutscher Meister


Ujian sebenar buat Borussia Dortmund ialah musim depan apabila mereka bermain dalam Champions League. Jika menang Champions League barulah pemain Borussia Dortmund layak mendabik dada dan mengaku sama hebat seperti generasi emas dekad 1990-an seperti Karl-Heinz Riedle, Lars Ricken, Matthias Sammer, Stephane Chapuisat, Paulo Sousa dan selainnya.


Otai 1997

Apa pun, tahniah buat Borussia Dortmund atas kejayaan muncul juara Jerman yang baru dan semoga penguasaan Die Schwarzgelben terus berkekalan selepas ini. Inilah dia YNWA yang sebenar!

Apa cerita Bayern Munich?

Perginya Seorang Proletariat



Holger Stanislawski - kultus, sayap kiri, sosialis, punk dan proletariat


Siapa yang dah lama baca Sokernet pastinya tahu tentang kelab sayap kiri, St Pauli dan juga pengurus 'punk' mereka, Holger Stanislawski.

Dukacita dimaklumkan, Stanislawski telah mengumumkan bahawa beliau bakal mengundurkan diri dari menjadi pengurus St Pauli selepas tamatnya musim Bundesliga 2010/11 ini.

Bercakap ketika ditemui di kedai Burger Rokes malam tadi, Stanislawski menjelaskan "bahawa selepas beberapa tahun yang mencabar bateri saya sudah kehabisan, kita perlukan perubahan dan masanya sudah tiba untuk membawa masuk muka baru".

Stanislawski yang berumur 41 tahun memulakan karier bersama St Pauli sebagai pemain pertahanan pada tahun 1993. Beliau kekal bermain untuk kelab kultus dari Hamburg ini sehingga 2004 dan kemudiannya terlibat dalam kejuruatihan sehinggalah diangkat menjadi pengurus kelab. Bersama St Pauli, Stanislawski membawa kelab ini dari bermain di liga bawahan Regionalliga Nord hinggalah ke persada Bundesliga. Di Jerman beliau terkenal sebagai pengurus yang hadir ke perlawanan dengan jaket atau sweater hooded dan berseluar jeans.




Untuk sebuah kelab sosialis, sayap kiri dan punk macam St Pauli, bajet yang mereka ada buat bermain dalam Bundesliga tidak sampai separuh dari bajet yang dimiliki oleh kedua kedua miskin dalam Bundesliga. Dan itulah halangan terbesar buat St Pauli dalam liga kelab elit macam Bundesliga. Sekarang ini mereka terperosok di tangga ke-2 tercorot Bundesliga, hanya 28 mata dari 29 perlawanan. Ya bolasepak zaman sekarang bukan lagi permainan rakyat macam dulu. St Pauli memang ada semangat, nombor 2 tercorot pun stadium masih 'sold out' setiap perlawanan tapi semangat saja tidak cukup. Bolasepak zaman sekarang juga perlukan pemain bintang dan 'sugar daddy' yang kaya-raya. Macam Chelsea yang ada Dubuk Albino dan Roman Abramovich.

Serentak dengan pengumuman pengunduran diri ini, St Pauli akan memencenkan jersi nombor 21 kelab sebagai tanda penghormatan kepada Holger Stanislawski yang menekankan bahawa misi utama beliau sekarang ialah memastikan St Pauli kekal dalam Bundesliga musim depan.

Dalam pada masa yang sama khabar angin tersebar di Jerman bahawa kelab kapitalis, 1899 Hoffenheim bercadang untuk mendapatkan khidmat Stanislawski untuk musim depan.

Dari kelab sosialis ke kapitalis, tidak mustahil selepas ini Stanislawksi akan pakai tali leher dan blazer pula!


Wanna make my day, punk?

You'll Never Walk Alone



Kata orang, setiap kemenangan perlu diraikan.

Dan tiada keraian yang lebih hebat selain dari menyanyikan lagu keramat You'll Never Walk Alone bersama-sama.

Ayuh, rakan-rakan! Kita nyanyikan!




Tahukah anda, You'll Never Walk Alone dinyanyikan sebelum bermulanya setiap perlawanan Borussia Dortmund di Westfalenstadion?

Tahukah anda, walaupun hanya menduduki posisi ke-5 Bundesliga musim lepas tetapi musim ini Borussia Dortmund sedang klasemen di Bundesliga?

Tahukah anda, Borussia Dortmund sedang klasemen dengan 12 mata di depan dengan Bundesliga tinggal hanya lagi 9 perlawanan sahaja?

Tahukah anda, Borussia Dortmund telah mencetak 53 gol (terbanyak musim ini) dan bolos hanya 14 gol (paling sedikit musim ini)?

Tahukah anda, Borussia Dortmund kali terakhir menang Bundesliga ialah pada musim 2001/02 iaitu tidak sampai 20 tahun lalu?

Tahukah anda, Westfalenstadion berkapasiti 80,720 yakni hampir dua kali ganda lebih besar dari Anfield?

Tahukah anda, Sudtribune adalah free-standing grandstand terbesar di Eropah dengan kapasiti 25,000 sedangkan The Kop hanya ciput saja dengan kapasiti 12,409 hubcaps stealer?

Tahukah anda, Borussia Dortmund menang lawan FC Koln hari Jumaat lepas sebab itu mereka adalah YNWA yang sebenar?

Followers

Pageviews