We Are Borussia Dortmund And We Do What We Want





Die Schwarzgelben


Aku masih ingat lagi malam keramat itu, 14 tahun dulu lamanya. Zaman itu Astro baru nak bertapak dan yang boleh pacak piring Astro atas bumbung rumah hanya orang kaya-kaya saja. Nasib baik ada stesen TV percuma yang baik hati hendak tayang siaran langsung, entah RTM entah TV3 aku tak berapa ingat.

Apa yang aku ingat, aku sanggup korbankan kaset video Paranawei bertajuk 'Only The Strong' (sorry Mark Dacascos) semata-mata untuk rakam perlawanan tersebut. Memang tidak sia-sia, malam keramat itu, Borussia Dortmund menundukkan Juventus 3-1. Borussia Dortmund muncul juara Champions League 1997, buat kali pertama dalam sejarah mereka.


Paranawei!


Siapa sangka Juventus yang dibarisi pemain seperti Didier Deschamps, Alessandro Del Piero, Zinedine Zidane, Christian Vieri dan Alen Boksic boleh tunduk kepada Borussia Dortmund. Tapi apa nak hairan, dalam perlawanan separuh akhir Borussia Dortmund rilek-rilek saja kalahkan Manchester United.

Karl-Heinz Riedle menyumbatkan 2 gol sementara Lars Ricken menambah gol ke-3 Borussia Dortmund. Juventus mendapat gol saguhati mereka melalui Alessandro Del Piero. Dengan tambahan kejuaraan Bundesliga dalam 2 musim sebelumnya, pemain Borussia Dortmund dekad 1990-an adalah generasi emas kelab dari North Rhine-Westphalia ini. Tak sia-sia aku gadaikan kaset video video Paranawei.

Setakat Schalke 04 (musuh tradisi Dortmund) apalah sangat? Warna biru macam Chelsea dan menang Champions League pun tak pernah. Memang patut kena ratah dengan Manchester United ala Chicharito makan Chikedis.

Minggu lepas, generasi pemain moden Borussia Dortmund kembali meletakkan Die Schwarzgelben di puncak klasemen Bundesliga walaupun liga masih berbaki lagi 2 perlawanan. Kemenangan ke atas FC Nuremberg 2-0 dan kekalahan pesaing terdekat Bayer Leverkusen di tangan FC Koln juga 2-0 memastikan kejuaraan ke-7 buat Borussia Dortmund (5 dalam era Bundesliga).


Sebastian Kehl - Si Kapitan bersama mini Kehl


Bundesliga memang tidak sah kalau tidak ada mandi beer


Semua ini berlaku walaupun ketika di permulaan musim 2010/11 Borussia Dortmund bermula dengan langkah kiri dalam perlawanan pembukaan apabila tewas di tangan Bayer Leverkusen juga 2-0. Tetapi anak buah Jurgen Klopp yang secara purata berusia 24 tahun tidak mudah goyah seperti remaja Arsenal. Mereka bangkit dan terus menguasai puncak klasemen, setakat ini hanya tewas 4 perlawanan dan bolos 19 gol. Makan dan minum apa agaknya bebudak Dortmund ini?

Macam biasa, pork knuckle dan beer gelas besar. Dah namanya pun kelab Jerman.


Anaknya Mohamed Zidan dalam replika mangkuk salad


Mats Hummels meraikan kejayaan dengan meratah sup lidah


Pun begitu setiap kejayaan pasti bakal mengundang cabaran baru. Dan Borussia Dortmund macam banyak kelab Jerman lain ialah sebuah kelab komuniti, bukan entiti perniagaan kapitalis macam Real Madrid dan Manchester United. Maka tidak hairanlah pemain-pemain berpotensi seperti Mario Gotze, Shinji Kagawa, Kevin Grosskreutz, Lucas Barrios dan ramai lagi kini diintai kelab gergasi Eropah. Nuri Sahin khabarnya sudah pun disamber oleh Real Madrid.


Lucas Barrios aka La Pantera bersama Borussian


Kejayaan menjulang mangkuk salad Bundesliga ini hadir selepas 9 tahun lamanya sejak mereka kali terkahir menang mangkuk salad pada musim 2001/2002. Tetapi kejayaan memenangi Bundesliga saja tidak cukup sebenarnya.


Dede - veteran Borussia Dortmund dan pernah menjuarai Bundesliga musim 2001/02


Jurgen Klopp - Deutscher Meister


Ujian sebenar buat Borussia Dortmund ialah musim depan apabila mereka bermain dalam Champions League. Jika menang Champions League barulah pemain Borussia Dortmund layak mendabik dada dan mengaku sama hebat seperti generasi emas dekad 1990-an seperti Karl-Heinz Riedle, Lars Ricken, Matthias Sammer, Stephane Chapuisat, Paulo Sousa dan selainnya.


Otai 1997

Apa pun, tahniah buat Borussia Dortmund atas kejayaan muncul juara Jerman yang baru dan semoga penguasaan Die Schwarzgelben terus berkekalan selepas ini. Inilah dia YNWA yang sebenar!

Apa cerita Bayern Munich?

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews