we are manchester united and we do what, when and how we want it!

Arghhhhhhhhhh!!!!


Harapan palsu umat manusia telah dimusnahkan. Singa Aslan kembali menjadi Singa Sarkis, dirotan dan dilibas dan dipaksa melompat ke dalam gelung api. Itulah tempat sebenar The Pride of London. Sedih dan kejam, tapi itulah nasib jika cuba menjadi harapan palsu umat manusia.

Penganut agama harapan palsu ini ialah penyokong Liverpool.

David Luiz cuba menjelmakan diri menjadi Singa Aslan dan akhirnya ditinggalkan sendirian menangis dibilik persalinan Chelsea selepas di tengking oleh Ancelloti. Bukan kerana gagal mengekang Chikadees, tapi kerana kesalahan meng'feeder' kan lagi bola untuk Chikadees menyumbat masuk gol Manchester United pada minit ke....
Minit? saat ke 30!

Baru dikenalkan dengan EPL dan Manchester United


Sementara itu, seperti dijangkakan Arsenal kalah selepas menang dengan Manchester United minggu lepas. Nampaknya pasukan seperti Arsenal, Chelsea, City dan Liverpool ini bermain di EPL hanya untuk menang lawan Manchester United aje. Lain mereka tak kisah. Baik main di liga Daerah Manchester.

Tak kesian ke kat peminat pasukan mereka kat Malaysia ini? Mereka tertekan tau tak? Mereka terpaksa pura-pura suka AF dan layan Diari AF sebab nak lupakan EPL. Lupakan kekalahan bodoh pasukan mereka. Mereka ubati hati mereka yang sakit itu dengan mengundi Erul AF9.
Apa lagi yang mereka ada bila Arsenal kalah, Liverpool kalah dan Chelsea diinsafkan?

"Bolasepak bukan hanya untuk Manchester United!!!" Jerit hati mereka!

Adakah Manchester United bakal menjulang Piala liga untuk kali ke 19 mereka seterusnya menginsafkan serta mengtongsampahkan Liverpool?

"Kami akan kembali lagi musim depan" balas King Kenny.

Manchester United tahu apa akan mereka lakukan bila mereka menang perlawanan minggu hadapan. Kau tunggu King Kenny!



The Banner

The Wankers

The Devils!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews