Setan merah lawan helang biru
Apakah yang anda sanggup lakukan untuk menunjukkan anda seorang peminat hardcore sebuah kelab bolasepak? Di Manchester dua orang teman baik yang menyokong pasukan berbeza melakukan taruhan yang cukup bodoh. Rodney Ward dan Paul Madden kedua-duanya berumur 24 tahun berjanji akan mencacah tubuh mereka dengan logo kelab lawan masing-masing jika kelab mereka gagal memenangi Liga Perdana England. Rodney seorang penyokong Man City berkata kelab yang memenangi FA Cup tahun ini PASTI memenangi liga. Beliau melakukan taruhan ini ketika dalam keadaan mabuk Ogos tahun lalu. Paul Madden teman beliau seorang penyokong Man United bersetuju untuk menerima taruhan Paul.
Siapa kalah harus mencacah logo kelab lawan sebesar 3x3 inci diatas dada kanan masing-masing. Siapa yang kalah juga tidak boleh membuang atau melakukan perubahan pada cacah tersebut selama 3 bulan. Rodney ketika ditemuramah berkata
"Saya malu dengan cacah ini tapi apa boleh buat? Tapi selepas 3 bulan saya akan meletakkan ayat "kalah bertaruh dengan Paul Madden musim 2010-2011" dibawah logo kelan Manchester United ini"
Rodney bersetuju dicacah dadanya didepan orang ramai didalam pub kegemaran mereka di Urmston. Pada waktu yang sama mereka melakukan kutipan amal untuk kajian kenser buah dada Manchester. Wel at least there is some good that came out of this. Rodney gets a stupid tatoo. Paul gets to have a laugh and people donated to a good cause. Pengajaran hari ini ialah jangan bertaruh kerana ianya marah dan tuhan murka nanti.
Laporan asal Daily Mail
No comments:
Post a Comment