Safee Sali Ke Bundesliga? Kau Biar Betul!
Semalam kecoh bila pecah berita bahawa penyerang paling power dalam Harimau Malaya, Safee Sali dilaporkan telah mendapat tawaran dari sebuah kelab Bundesliga. Astro Arena telah pun mendedahkan berita ini yang dikatakan turut diakui Safee Sali sendiri. Bagaimanapun tawaran yang dikatakan itu masih di peringkat awal, katanya.
Kalau betul Safee Sali mendapat tawaran bermain di Bundesliga ini memang satu berita baik. Baik untuk Safee Sali sendiri dan bolasepak Malaysia secara umumnya. Cuma aku berharap Presiden FAM tak keluar TV buat kenyataan bijak berharap pemain Malaysia kekal di Malaysia untuk menyumbang kepada liga bolasepak tempatan macam yang pernah dibuatnya masa Safee Sali hendak ke Pelita Jaya dulu.
Macam biasa selepas pecahnya berita ini maka ramailah yang sudah mula mencongak-congak kelab Bundesliga mana yang bakal disertai Safee Sali (kalau betul berita ini). Ada yang meramal Bayern Munich, atau Borussia Dortmund, VfB Stuttgart, Bayer Leverkusen atau Schalke 04. Pendek kata semua kelab-kelab Bundesliga yang power. Tak ada siapa pula kot yang terfikir kalau tawaran itu datang dari FC Augsburg, SC Freiburg atau Borussia Monchengladbach pun sudah kira cukup kuar biasa sebenarnya.
Namun kelab yang paling disebut-sebut bakal menjadi destinasi buat Safee Sali ialah FC Koln, kelab Bundesliga berpengkalan di Cologne yang juga merupakan kelab penyerang kebangsaan Jerman, Lukas Podolski (tapi Podolski ini dah menghampiri ambang senja dalam skuad Die Mannschaft). Jika benar bagai dikata, bolehlah agaknya Safee Sali bergandingan dengan Lukas Podolski di bahagian serangan ye tak?
Tapi itu semua belum pasti lagi. Dan walaupun Bundesliga merupakan liga di mana banyak pemain luar Eropah tidak ternama diberikan tawaran bermain, ia bagaimanapun bukanlah liga cap ayam. Bundesliga memang terkenal sebagai salah satu liga yang banyak menghasilkan bintang baru bolasepak dari pemain yang langsung tidak dikenali sebelumnya. Dan siapa-siapa yang rajin layan Bundesliga pasti tahu betapa pantasnya permainan mereka. Purata pemain Bundesliga akan berlari lebih dari 10km dalam 90 minit permainan dengan corak permainan menyerang dan pesta gol yang merupakan perkara normal.
Setakat ini, kebanyakan pemain Asia dalam Bundesliga berasal dari Jepun. Antara yang paling berjaya ialah Shinji Kagawa, pemain tengah berusia 22 tahun yang Borussia Dortmund beli pada harga ciput sekitar EUR300,000 tahun lepas. Sekarang nilai Kagawa paling busuk pun EUR3,000,000 agaknya.
Aku sebenarnya kurang yakin Safee Sali ini 'Bundesliga material'. Ya kat dalam Asia Tenggara memang dia gempak tapi Asia Tenggara ni tahap mana je? Pemain Jepun boleh kot main Bundesliga tapi pemain Malaysia seekor pun tak ada yang main di J-League.
Mungkin betul Safee Sali bakal ke Bundesliga. Mungkin juga betul-betul bakal menyertai FC Koln. Atau mungkin yang sebenarnya Safee Sali dapat tawaran dari kelab 2. Bundesliga, yakni divisyen ke-2 bolasepak Jerman.
Bukan apa, Astro Arena ni duk pulun cakap 'tawaran dari kelab Bundesliga' tapi kena ingat Bundesliga ini ada 2 jenis juga.
Tapi, kalau dapat tawaran dari kelab 2. Bundesliga pun dah gempak habis sebenarnya. Suka hati engkaulah Safee Sali, yang penting kau glamer sebab benda yang bagus, bukan sebab Jejari Runcing atau Dahlia Teteck.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment