Senang ada Twitter ni, nak check result bola follow sahaja akaun twitter surat khabar @staronline, kompak dan jitu. Translasi: Liverpool pukul 10 pemain Arsenal 2-0; gol sendiri oleh Ramsey (78') dan lempangan dari Suarez (90'). Frimpong dihantar pulang (68') kerna cabaran lewat.
Aku tengok bola secara live di asrama sekolah. Ada Astro. Nasib baik tak hujan tadi, kalau hujan confirm service not available. Ada juga bebudak asrama join tengok sekali. Aku siap pesan kat mereka doa-doalah untuk kemenangan Liverpool. Pastu ada dua tiga pelajar buat kiut kata GO ARSENAL.
Ada dua orang pakai jersey Liverpool rupanya
Menonton buat pertama kalinya permainan Liverpool tadi membuatkan aku terasa malu sekejap. Malu pada Kopites sekalian. Ini kerna terdapat beberapa pemain Liverpool yang aku sendiri tidak tahu kewujudan mereka sehinggalah tadi.
Siapa José Enrique Sánchez ni? Kenapa dia ada iras Fabregas? Bila masa kita beli dia? Carian di Google sebentar tadi rupanya kita beli dia dari Newcastle United pada 17 Ogos lepas. Oh baru lagi. Bau kedai. Aku rasa mungkin Andy Carroll ada pakat cucuk ex team mate dia ni meh la mai Liverpool, seronok kat sini kali.
José Enrique Sánchez
Bukan José Enrique Sánchez
Selain itu, Liverpool turut membeli Stewart Downing dari Aston Villa dengan harga 20 juta pound. Pada permainan tadi beliau menunjukkan semangat yang menyegarkan. Saya harap beliau dapat bermain dengan lebih baik lagi di permainan-permainan akan datang.
Stewart Downing
Andy Carroll, unknown lady, Stewart Downing
Liverpool turut mendapat Doniéber Alexander Marangon aka Doni, penjaga gol dari AS Roma, merangkap penjaga gol Brazil, on a free transfer. Jadi backup Pepe Reina. Bagus juga ni, bagi Pepe gerun sikit, biar Pepe kerja keras lagi bersungguh untuk jadi keeper nombor satu. Reverse psikologi.
Doni
Liverpool turut membeli dari Sunderland, Jordon Henderson, berumur 21 tahun pada harga yang tidak dinyatakan (tapi katanya 16 juta pound) seorang pemain England yang dikatakan berpotensi untuk menyinar lagi. Beliau diberi jersey No 14, bekas nombor Xavi Alonso. Berat nombor tu dik, harap kau tak pressure sangatlah.
Jordan Henderson
Arsenal pula tadi menurunkan skuad jambu comels mereka. Ada sorang tu, nama dia Ignasi Miquel. Umur dia 19 tahun. Berasal dari Barcelona, Spain.
Ignasi Miquel - Besday: September 28, 1992
Aku tengok dia main tadi, rasa macam ada something special about him. One thing pasal Arsene Wenger ni, dia memang ada ilmu mencari anak-anak ikan dan membimbing mereka menjadi superstar. Lepas dah jadi superstar kena jual. Repeat cycle. Kau masih ingat pada Thierry Henry? Dan kini Fabregas.
Lepas tu kalau nampak gambar macam ni aku rasa sedih sikit. Mungkin sebab Arsene Wenger nampak fragile, sudah tua. Jangan macam gini bah kau. Harus tunjuk macho selalu, baru anak-anak muda Arsenal semangat.
Arsene Wenger sedih
Anyway, thanks Ramsey for the own goal. And thanks Arshavin sebab tak skor lawan Liverpool. Sebab selalu Arshavin ni rajin skor lawan Liverpool. Aku bila Arshavin kena tukar keluar aku rasa lega pun ada. Yes, mungkin ada chance nak menang ni. Elok pula sebelum itu Frimpong kena second yellow card, merah terus.
And then Liverpool bawa masuk Meireles dan Suarez. Lepas tu three. Eh two goals.
Ola Suarez!
Overall permainan tadi Liverpool bermain dengan hati-hati. Mungkin sebab baru nak ngam antara pemain. Aku betul-betul harap lepas ni akan bertambah ngam lagi dan seperti minggu lepas aku katakan, harap season ni dapatlah kita merasa top 4 balik. Rindu Champions League weh!
#YNWA!
No comments:
Post a Comment