Showing posts with label jannah melapor diri. Show all posts
Showing posts with label jannah melapor diri. Show all posts

FT: Liverpool 3 - Bolton 1

Tadi aku menonton perlawanan bola sepak diantara Liverpool menentang Bolton Wanderers di Stadium Astro. Di rumah. Di Kuala Lumpur. Sekarang tengah cuti raya.

Menonton di rumah lain pula cabaran dia. Kami ada extra commentators. Ada abang-abang aku di rumah. Macam-macam cerita keluar. Paling kelakar, game Manchester United lawan Arsenal esok sempat dijadikan isu untuk perdebatan.

Seperti yang anda sudah pasti tahu, selepas membaca tajuk entri blog ini (obvious spoiler) kami menang 3-1 di Anfield.


Jordan Smooth Henderson



Martin Hard Skrtel



Charlie Accurate Adams

Kemenangan bergaya dengan jaringan daripada Jordan Henderson, Martin Skrtel dan Charlie Adam. Bolton pula membawa pulang gol konsilasi menerusi Ivan Klasnic. Untuk full statistic details, kamu boleh click sini. Oh dan gambar-gambar diambil dari sini.



Suarez bersungguh-sungguh tadi, tapi dia tak skor, monyok je muka lepas kena sub

Menonton game tadi memberikan aku harapan. Harapan untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Liverpool menunjukkan semangat ingin menang dan ini sekaligus menunjukkan konfidens pada gerak tari permainan bola sepak tadi. Smooth passing. Lovely header goal. Accuracy terlampau.

Cuma tadi banyak missed chances. Kalau pikirkan tamak haloba, boleh 6-0. Oh well.



Sexy Andy. Sayang masih tidak skor gol, tapi tidak apa,
bila tiba saatnya waktu, akan ada juga itu.

Dan kami di Sokernet ingin mengalu-alukan kedatangan Sebastian Coates, berumur 21 tahun, berasal dari Uruguay, defender mungil dari Club Nacional de Football. Adik manis, nanti kerja keras bantu Carra defence baik-baik okay?

Mata dia. Cantik.

Masih terlalu awal untuk berkata apa-apa, saya tidak mahu bongkak dan mengatakan Liga Premier milik kami. We take it one match at a time okay boys? Satu game demi satu game. Maintain sahaja permainan cantik, camaraderie semangat setiakawan dan mungkin, satu hari nanti, kita akan bawa pulang Piala Premier League.

#YNWA

FT: Arsenal 0 - Liverpool 2


Senang ada Twitter ni, nak check result bola follow sahaja akaun twitter surat khabar @staronline, kompak dan jitu. Translasi: Liverpool pukul 10 pemain Arsenal 2-0; gol sendiri oleh Ramsey (78') dan lempangan dari Suarez (90'). Frimpong dihantar pulang (68') kerna cabaran lewat.

Aku tengok bola secara live di asrama sekolah. Ada Astro. Nasib baik tak hujan tadi, kalau hujan confirm service not available. Ada juga bebudak asrama join tengok sekali. Aku siap pesan kat mereka doa-doalah untuk kemenangan Liverpool. Pastu ada dua tiga pelajar buat kiut kata GO ARSENAL.

Ada dua orang pakai jersey Liverpool rupanya

Menonton buat pertama kalinya permainan Liverpool tadi membuatkan aku terasa malu sekejap. Malu pada Kopites sekalian. Ini kerna terdapat beberapa pemain Liverpool yang aku sendiri tidak tahu kewujudan mereka sehinggalah tadi.

Siapa José Enrique Sánchez ni? Kenapa dia ada iras Fabregas? Bila masa kita beli dia? Carian di Google sebentar tadi rupanya kita beli dia dari Newcastle United pada 17 Ogos lepas. Oh baru lagi. Bau kedai. Aku rasa mungkin Andy Carroll ada pakat cucuk ex team mate dia ni meh la mai Liverpool, seronok kat sini kali.

José Enrique Sánchez

Bukan José Enrique Sánchez

Selain itu, Liverpool turut membeli Stewart Downing dari Aston Villa dengan harga 20 juta pound. Pada permainan tadi beliau menunjukkan semangat yang menyegarkan. Saya harap beliau dapat bermain dengan lebih baik lagi di permainan-permainan akan datang.

Stewart Downing

Andy Carroll, unknown lady, Stewart Downing

Liverpool turut mendapat Doniéber Alexander Marangon aka Doni, penjaga gol dari AS Roma, merangkap penjaga gol Brazil, on a free transfer. Jadi backup Pepe Reina. Bagus juga ni, bagi Pepe gerun sikit, biar Pepe kerja keras lagi bersungguh untuk jadi keeper nombor satu. Reverse psikologi.

Doni

Liverpool turut membeli dari Sunderland, Jordon Henderson, berumur 21 tahun pada harga yang tidak dinyatakan (tapi katanya 16 juta pound) seorang pemain England yang dikatakan berpotensi untuk menyinar lagi. Beliau diberi jersey No 14, bekas nombor Xavi Alonso. Berat nombor tu dik, harap kau tak pressure sangatlah.

Jordan Henderson

Arsenal pula tadi menurunkan skuad jambu comels mereka. Ada sorang tu, nama dia Ignasi Miquel. Umur dia 19 tahun. Berasal dari Barcelona, Spain.


Ignasi Miquel - Besday: September 28, 1992

Aku tengok dia main tadi, rasa macam ada something special about him. One thing pasal Arsene Wenger ni, dia memang ada ilmu mencari anak-anak ikan dan membimbing mereka menjadi superstar. Lepas dah jadi superstar kena jual. Repeat cycle. Kau masih ingat pada Thierry Henry? Dan kini Fabregas.

Lepas tu kalau nampak gambar macam ni aku rasa sedih sikit. Mungkin sebab Arsene Wenger nampak fragile, sudah tua. Jangan macam gini bah kau. Harus tunjuk macho selalu, baru anak-anak muda Arsenal semangat.

Arsene Wenger sedih

Anyway, thanks Ramsey for the own goal. And thanks Arshavin sebab tak skor lawan Liverpool. Sebab selalu Arshavin ni rajin skor lawan Liverpool. Aku bila Arshavin kena tukar keluar aku rasa lega pun ada. Yes, mungkin ada chance nak menang ni. Elok pula sebelum itu Frimpong kena second yellow card, merah terus.

And then Liverpool bawa masuk Meireles dan Suarez. Lepas tu three. Eh two goals.

Ola Suarez! 

Overall permainan tadi Liverpool bermain dengan hati-hati. Mungkin sebab baru nak ngam antara pemain. Aku betul-betul harap lepas ni akan bertambah ngam lagi dan seperti minggu lepas aku katakan, harap season ni dapatlah kita merasa top 4 balik. Rindu Champions League weh!

#YNWA!

Barclays Premier League 2011-2012: The Liverpool Edition

Konek!

Carutan untuk Liverpool. Sebab seri perlawanan pertama menentang Sunderland sebentar tadi.

Potong stim betul. Dah sexited berangan menang besar 3-0 bagai. Pastu boleh kau seri je.


Khabarnya separuh masa pertama Liverpool bermula konfiden dan garang, Luiz Suarez membuka buku jaringan gol untuk BPL pada minit ke 5. Dan semua geng #YNWA saya di Twitter bersorak riang.

Oh dapat nasi ayam for moreh after terawikh. Hiks.


Gol Sunderland dijaringkan oleh Sebastian Larsson. I think I found someone to look out for during Sunderland matches. Daim cake yummilicious.

Jane! Kembali pada Liverpool. Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh leka dengan Sebastian Larsson ni.

Dari kerana mata.

Sebenarnya, jujur saya ingin menyatakan disini saya tidak bersedia dari segi mental untuk perlawanan menentang Sunderland. Tak sempat saya nak sediakan apa-apa kata semangat untuk di hantar ke @LFC di twitter. Ini kerna saya ingatkan perlawanan Liverpool menentang Sunderland adalah pada hari Ahad.

E P I C  F A I L ! ! !

Tengahari tadi di Twitter saya berkesempatan bertanya pada rakan-rakan #YNWA lain tentang apakah impian dan harapan mereka untuk Liverpool FC pada 2011/2012 ini. Berikut adalah diantara respons yang telah saya dapat.



Maaf jika ada terlepas pandang tweeps geng #YNWA lain.

Rata-rata menyatakan harapan untuk top 4 dan kelayakan ke Liga Juara Eropah. Dan mungkin Piala FA?

Harapan saya? Saya berharap Liverpool akan sentiasa maju ke hadapan dan tolong jangan biarkan keputusan seri pada malam ini menjadi petanda kayu aras untuk performasi Liverpool FC untuk game seterusnya pada masa akan datang.

Impian saya agar Liverpool terus mara, walk on through the rain, berjalan terus walaupun basah kuyup dek hujan.

Still, suck balls sungguh bila seri ni. Oh well. I take the one point over nothing at all kan?

To the best season yet! You'll Never Walk Alone!

Liverpool Relegation Party My Balls

Siapa lah orang keji yang buat FB event page Liverpool Relegation party?

Dari tangga ke 16 ke tangga ke 5.

Ayuh! Teruskan usaha memenangi semua baki perlawanan.

Kopites sekalian, nanti Liverpool FC datang Kuala Lumpur kita buat Sokernet gathering okay?

P/s I miss all of you. Been busy with work and life and haven't really had time to watch live matches for proper updates. Know that I have you in my thoughts and prayers. Hugs. XOXO.

Perihal Perpindahan Torres dan Kemasukan Suarez dan Andy Carroll

Torres : Suarez : Carroll
26 : 24 : 22

Liverpool + Torres = Suarez + Carroll

x + 50 = 22.8 + 35

x + 50 = 57.8

x = 57.8 - 50

x = 7.8

Buat kira-kira kanak-kanak riang sekalian alam. Kita jual Abe Torres dan hanya perlu top up 7.8 juta pound untuk mendapatkan 2 pemain muda bergetah, Luis Suárez dan Andy Carroll. I say that's a good deal innit?

Kehadapan saudara Torres yang pernah kusayangi suatu ketika dulu,

Saya doakan agar abang baik-baik sahaja di Chelsea FC. Moga abang mendapat tempat di kesebelasan utama. You will always be in our hearts for the lovely goals you scored for us baby. Take care. Hugs.

Now introducing / Sekarang memperkenalkan;

Luis Suárez. 24. Uruguay. Hottie. No. 7

Andy Carroll. 22. England. Sweetie. Behave. No. 9

Harapan saya agar kombinasi mereka berdua akan menghasilkan sesuatu partnership yang indah belaka. Andy Carroll, gunalah peluang ini untuk membesar dengan baik dan kejar bintang England national team.

Handsome juga anak ikan ni.

Pfffttt.

Well hello there.

Luis Suárez, semoga your hotness berjaya mengisi kekosongan di Anfield selepas perpindahan Fernando Torres ke Chelsea.

Cute juga. Gigi rabbit. Tahun ini tahun arnab kan?

Hai.

So girls, don't be sad Abe Torres left us.

We have two new boys to play with now ;p

Welcome home boys.

Followers

Pageviews