Brazilian & Benfica Blues: Hola Arsenal! Hello Manchester United
Berebut tempat ke-4 dan slot terakhir ke Champions League? Itu kerja Liverpool. Itu pun kalau 2 atau 3 tahun dulu. Sekarang Liverpool lebih suka merebut slot ke Europa League. Kerja merebut tempat ke-4 dan slot terakhir ke Champions League sekarang ialah kerja Tottenham Hotspur dan Manchester City.
Chelsea, macam biasa kerjanya ialah merebut takhta EPL. Beberapa minggu dulu ramai yang mengatakan 'game over' untuk The Blues. Pagi ini, Chelsea masih 9 mata di belakang Manchester United dengan kelebihan satu perlawanan serta 4 mata di belakang tadika Arsenal. Two way race? Make it three.
Manchester City dan Roberto Mancini datang ke Stamford Bridge dengan permainan 'ultrae defensive'? The Blues tenang seperti biasa, apa ada hal? Ini baru dinamakan musuhnya habis binasa.
Nando Torres si Dubuk Albino masih tidak menjaringkan gol seperti biasa. Tapi macam kata King Carlo (dan dia memang layak digelar King kerana berketurunan raja-raja Rom dulu kala) tugas seorang 'striker' tidak semestinya menjaringkan gol semata-mata. Niat Chelsea membeli Dubuk Albino dari Liverpool bukan kerana dia banyak menjaringkan gol di This Is A Field (Baichung Bhutia juga banyak menjaringkan gol untuk Mohun Bagan tapi itu tidak bermakna dia setaraf dengan The Drog) tetapi lebih bertujuan untuk menjual jersi dan sebagai hiasan menarik di tengah padang. Apa ada hal?
Apabila Nando Torres, Salomon Kalou, Florent Malouda, Nicolas Anelka dan juga The Drog tidak mampu menjaringkan gol akan sentiasa ada pemain The Blues lain yang boleh menjalankan tugas tersebut tanpa was-was. Dan antaranya ialah dari seorang 'centre back' yang kehebatannya boleh membuatkan Rio Ferdinand juga akan tersipu-sipu tunduk malu merenung tanah.
Memperkenalkan, David Luiz the Lion.
Semalam mungkin hari jadi buat Nando Torres tapi seperti biasa David Luiz membuktikan kenapa beliau adalah antara pemain pertahanan EPL terbaik musim ini. David Silva dan Edin Dzeko langsung tidak dapat cari makan dengan adanya mamat rambut meggi ini di benteng pertahanan Chelsea. Dan seperti biasa David Luiz bukan saja boleh menghalang pihak musuh dari menjaringkan gol, tapi turut mencetak gol buat Chelsea di saat pemain penyerang yang lain mati pucuk.
Untuk GBP21 juta dari Benfica, apa ada hal?
Tidak cukup dengan gol pertama, gol kedua Chelsea juga datang dari pemain senegara dengan David Luiz, Ramires Santos do Nascimento. Dengan susuk tubuh seorang pelari marathon Ethiopia, Ramires tenang menggelecek 2 perthanan lawan untuk menyumbat gol kedua The Blues dan menamatkan sisa-sisa perjuangan Manchester City.
Untuk GBP18 juta juga dari Benfica, apa ada hal?
Apa yang pasti, Top 3 dalam tangan tetapi lumrah sang singa yang buas tidak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka ada, tak percaya tanya John Terry dan Ashley Cole. Siapa-siapa yang minat Manchester United dan Arsenal, sudah boleh buat kiraan matematik berapa mata yang boleh dipungut untuk baki perlawanan EPL. Untuk selamat pastikan ianya lebih dari 80.
CHAMPIONS LEAGUE
Dengan status sebagai penyelamat terakhir umat manusia, The Blues seperti biasa memikul tugas berat menghalang hegemoni Setan Merah dalam dunia bolasepak. Kau ingat Gary Lineker suka-suka ke undi Chelsea jumpa Manchester United dalam suku akhir Champions League?
Undian yang dibuat Gary Lineker perlu kerana tidak ada pasukan lain yang mampu menghalang Manchester United. Nak harap kat Arsenal? Dah bungkus. Spurs? Sebagai bekas pemain Spurs pastinya Lineker tidak mahu ayam Spurs diratah mentah oleh Setan Merah bukan?
Maka Lineker atas nasihat UEFA tidak mempunyai pilihan lain. Nak undi Liverpool lawan Manchester United masalahnya Liverpool main dalam Europa League, sejenis kejohanan eksklusif untuk kelab-kelab bersejarah.
Lantas Chelsea dengan redha dan penuh tanggungjawab kembali memikul tugas berat ini. Para petugas keselamatan di Stamford Bridge khabarnya bakal mengharamkan kulit pisang dari dibawa masuk ke stadium oleh para penonton. Takut John Terry tergelincir lagi.
CAPTAIN MARVEL
Hanya ada satu kapten untuk England dan pastinya individu itu bukanlah Rio Ferdinand yang hanya pandai bermain Twitter. Jauh sekali Stevie G yang banyak bermaksiat dengan kamera.
John Terry adalah Captain Marvel. Born is the king.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment