You'll Never Rot Alone - Kisah Ultras Dari Columbia


YNRA - You'll Never Rot Alone!


Pengurus pasukan sandarkan pada kenangan Bill Shankly pernah menyebut;

"Some people believe football is a matter of life and death. ... I can assure you it is much, much more important than that"

Hari ini apa yang dikatakan oleh mendiang Shankly menjadi kenyataan. Cristofer Alexander Jacome (17) ditembak mati dua pembunuh upahan ketika sedang bermain bolasepak. Beliau ialah ahli ultras Cucuta Deportivo yang menggelar diri mereka sebagai "Barra del Indio". Ketika mayatnya dipamerkan untuk kali terakhir sebelum pengkebumian, beberapa ahli Barra del Indio "menculik" Cristofer dan membawanya ke Stadium General Santander bagi "menonton" perlawanan terakhir diantara Cucuta Deportivo menentang Envigado. Keranda beliau diusung masuk pada minit ke-76 perlawanan. Pada ketika iti Cucuta Deprotivo ketingalan 1-0. 7 minit kemudian Cucuta berjaya menyamakan kedudukan dan perlawanan berakhir seri. Well at least perlawanan terakhir Cristofer tidak berkahir dengan kekalahan!



Pihak pengurusan Cucuta Deportivo kini sedang melakukan siasatan dan mencari orang yang bertanggung jawab membenarkan keranda berisi mayat dibawa masuk kedalam stadium.Setakat ini ahli ultras Barra Del Indio yang menculik keranda Cristofer sudahpun ditahan polis.

Ini memang hardcore fans. Aku tak boleh bayangkan kalau perkara yang sama berlaku di Malaysia. First time dalam stadium ada real pocong. LOL!





Laporan asal Yahoo Sports

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews