EPL Master 2011; Master and Servant



Bekas pemain Liverpool yang akan bermain :- McManaman, Wright, Thomas, Fowler, Rob jones, Babb

Ahad ini mari kita ramai-ramai ke Bukit Jalil untuk menyaksikan Karnival EPL Master 2011 yang akan berlangsung dari jam 12.00 tengahari hingga lewat petang. Perlawanan dijangka bermula jam 4.30 petang dan kepada semua pemenang tiket EPL Master 2011 di kejohanan Mizi Sports Sokernet Futsal yang lalu, anda dinasihatkan untuk memasuki stadium lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dipintu masuk.

Siapa pemain yang akan kita jumpa nanti?

Lagenda Manchester United akan bertemu 'bekas pemain' Liverpool FC (jika tidak pernah menang sebarang piala, tak layak dipanggil lagenda) Juga beberapa lagenda EPL seperti Zola dan David Seaman akan bermain untuk EPL All Star sementara lagenda bolasepak tanahair juga akan bermain seperti Zainal Abidin Hassan dan Khan Hung Meng. S
iapa tak datang, dia tak true Liverpool supporter!

Sokernet difahamkan bahawa bintang-bintang lagenda ini serta bekas pemain Liverpool akan berada disekitar kawasan karnival dan stadium, jadi anda dinasihatkan untuk datang awal dan bawa kamera!

Sokernet juga difahamkan yang kemungkinan pemain pertahanan lagenda, Jaap Stam mungkin tidak akan bermain kerana terdapat kesilapan teknikal. Tidak berpuashati, Sokernet terus menghubungi Stam tetapi sehingga kini Stam masih belum menjawap email kami. Desas desus kencang mengatakan bahawa beberapa bekas pemain Liverpool tidak mahu bermain jika Jaap Stam ada. Benarkah? Takkan sampai ke tua masih takut dengan Stam? kui3.

Sokernet berharap Jaap Stam akan membalas email kami.

Sementara itu, oleh kerana terdapat lebihan tiket, Sokernet ingin memberi peluang kepada 3 pembaca untuk memenangi 6 tiket percuma ke EPL Master 2011 ini.

Syaratnya mudah;

1. Terbuka kepada semua penyokong Liverpool FC yang TRUE SAHAJA. Tak true tak boleh join.
2. Berminat sila email ke sokernetmail@gmail.com dan nyatakan dalam email tersebut;-

"Saya adalah penyokong tegar Liverpool FC dan ingin melihat Fowler beraksi di EPL Master kerana.....?

3. Penyertaan ditutup sebelum jam 12 tengah malam esok.
4. Sila nyatakan nama, no. telefon dan cara tiket ini anda mahu terima
5. Penyertaan terbaik akan memenangi 2 tiket.
6. Tak pernah lihat Fowler beraksi sekitar tahun 90an,
7. Jika ada pemenang, mereka akan dihubungi melalui emel atau talipon. Tapi jika tiada pemenang, anggaplah anda semua adalah penyokong Liverpool yang tak true sebenarnya.
dan syarat terakhir;
8. Tahan bergurau cara Sokernet.

Oklah..selamat mencuba!

Kredit kepada FootballFocusAsia kerana berjaya menganjurkan EPL Master 2011 untuk edisi ke 3 ini.


No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews