Terry - Kapten Kental Singa England

Kembalinya Lagenda

John "Tiger" Terry kembali merampas kugiran lengan (armband - salahkan Google Translate) kapten England dari Rio "Merked" Ferdinand untuk perlawanan menentang Wales yang akan datang ini. Perlantikan semula The 'Ard Man of Stamford Bridge membawa banyak reaksi negatif dari peminat tegar England khususnya dari peminat kelab Freemason Merah dari bandar Manchester.

Banyak yang mengatakan Terry sudah tidak lagi layak menerajui pasukan negaranya. Seperti tak layaknya Rosli Talib menyarungkan jersi Harimau Malaya. Seperti tak layaknya Steve Bruce membebel pasal penjaga garisan gagal menjalankan tugas dengan baik (haha.. you liked it when you get the right decisions don't you Bruce?). Oh dan seperti tak layaknya pasukan Happy Woryah mengatakan mereka the best team in the East selepas diratah Gajah naik minyak kota malam (fortnight - sekali lagi Google Translate) yang lalu.

Mereka mengatakan Tiger Terry sudah tidak dihormati teman sepasukan. Selepas kes menzinai Vanesse Perroncel , bekas teman wanita Waybe "Subs Bench" Bridge tahun lalu, Terry dibenci semua pemain bukan dari Chelsea "Aslan" Football Club. Ramai yang mengatakan beri sahaja kugiran lengan itu kepada Steven Gerrard. Tapi honest to god, siapa lagi yang lebih layak jika bukan Terry? Beliau ialah captain Marvel, DC, Jonesky, Valiant, Dark Horse ,Shonen Jump dan Kreko England. Tiada yang lebih layak.

Wayne Rooney? Kalau mahukan kapten kaki kad merah silakan. Memang tiada yang lebih layak dari Judas Scouseriot ini. Frank Lampard? Anda berlelucon kah dengan aku? Fat Frank mana boleh jadi kapten. Takde karisma. Takde semangat "get in there and get stuck in my son" yang menjadi tangisan perang (battle cry - Google Translate) setiap pemain England sejak tertubuhnya The FA pada tahun 1863. Siapa lagi?



Cant do it with Manchester, certainly cant do it with England!

Siapa lagi kalu bukan Terry. Nak bukti yang memang dia paling layak? Lihat gambar dibawah. Tengok baju yang dia pakai dan bandingkan dengan baju pemain lain seperti Gaz Baz dibelakang. Nampak?



Terry dengan machonya pakai hanya sehelai lapisan baju sedangkan player lain pakai one added layer of jumper. Ini baru kapten. Tak gentar dek sejuk. Kalau elemen alam pun beliau boleh ketawakan apakan pula Zee German, Le French and those dancing ponce from South America

Bring it! Captain of England Captain Of Chelsea and most definitely Captain of Adultery! Hidup John "Tiger" Terry!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews