Penulis Tamu - Memahami masalah hutang Manchester United


Hai semua terutamanya para ABU. Okey, aku tahu korang tengah fikir idea nak bahan Man Utd tapi tak jumpa jumpa lagi kan? Tak apa, hari ini aku murah hati. Jadi mari aku bagi satu idea malar segar iaitu masalah hutang Man Utd.

Untuk yang sentiasa mengikuti perkembangan Man Utd terutamanya para ABU, mesti korang sudah terkekeh kekeh ketawa apabila membaca berita Red Football Joint Venture Limited, syarikat induk setan merah merekodkan kerugian bersih sebanyak seratus empat perpuluhan tujuh juta Pound Sterling untuk musim lepas.

"Macam mana boleh rugi nih, musim lepas bukan untung enam perpuluhan tiga juta Pound ker?" tanya mereka iaitu para ABU. Jawapannya ialah tiada Cristiano Ronaldo kedua yang dijual pada musim ini untuk menambahkan pendapatan kelab dan syarikat induknya. Senangkan jawapannya.

Okey, antara sebab utama kerugian adalah kerana sebanyak empat puluh perpuluhan tujuh juta Pound dibelanjakan untuk menggantikan loan bank berfaedah tinggi kepada bon bernilai lima ratus dua puluh enam juta Pound manakala tiga puluh juta Pound lagi digunakan untuk pembayaran faedah loan.

"Banyak nak mampus hutang, macam setan!" para ABU pun berkata.

Ya, pemilik Man Utd memang lebih setan daripada setan merah. Untuk memiliki (baca:'hostile takeover') Man Utd dulu, mereka membuat loan bank. Selepas tak mampu faedah yang begitu tinggi, mereka beralih kepada menggunakan bon untuk menggantikan loan bank. Untuk info ringkas, bon atau sekuriti mirip kepada hutang yang perlu dibayar apabila matang pada masa yang ditetapkan. Namun, pemilik bon perlu membayar kupon kepada pembeli bon, biasanya dalam bentuk tahunan atau semitahunan. Bon yang diisu pemilik Man Utd ini akan matang pada tahun dua ribu tujuh belas dengan kupon lebih lapan peratus. Ketika ini, lagu gali lubang tutup lubang dendangan Salleh Yaakob mungkin akan bermain di minda.

Tapi itu belum cukup setan lagi. Yang lebih setan apabila terkandung di dalam prospektus bon menyatakan pemilik Man Utd boleh mengeluarkan duit kelab antaranya untuk membayar hutang dan membayar diri mereka sendiri sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih kumpulan (induk dan subsidiari) setiap tahun. Memang dasar kapitalis, lintah darat dan along. Betul-betul perah duit keluar dari kelab secukup rasa.

Kalau nak diceritakan lebih lanjut tentang hutang ini memang tak buat kerja lain aku hari ini. Bagi aku sebab utama hutang hutang ini menjadi semakin besar bila orang tak ada duit nak beli barang. Bila tak ada duit beli barang, buat hutang. Bila tak ada duit bayar hutang, buat hutang lagi besar dan seterusnya. Dari sini kita boleh nampak konsep kad kredit dari skala besar. Oleh itu berjaga jagalah wahai pemilik kad kredit dan penghutang semua. Anda semua adalah Glazer skala kecil.

"Apakah ada sinar harapan lagi untuk setan?" tanya para ABU.

Maafin saya para ABU, Man Utd bukanlah Leeds yang rebah kerana hutang. Pada tahun 1901 ketika masih lagi bergelar Newton Heath L&YR F.C (ada orang kata kalau tak tau fakta ini Man Utd fan poser namanya), kelab ini dibebani hutang sehingga diancam bankrupsi. Namun telah diselamatkan oleh John Henry dan ditukar nama kepada Man Utd pada 1902. Pada tahun 1927, sekali lagi kelab ini dibebani hutang namun diselamatkan James W Gibson. Jadi perkara hutang ini sebenarnya bukan masalah kerana pasti ada mereka yang berminat untuk menyelamatkan si setan merah.

Akhir kata, aku harap syarikat si Glazer tak mampu bayar hutang dan terpaksa melepaskan 'cashcow' kesayangan mereka. Namun apa ada hal, kecil tapak tangan kumpulan penyokong kaya Man Utd, "Red Knights", dulang petroleum tok arab tadahkan. Mungkin lumrah dunia, pasti ada manusia yang akan terjerumus ke lembah setan..huahuahua

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews