Merlimau - Kerdau - Manchester ; Konspirasi Iluminati FreeWilly

Manchester United tidak kalah, hanya Liverpool yang bersungguh mahu 3 mata.

Aku cuba ingin memberi ulasan yang adil tanpa prejudis dalam entry kali ini, tetapi saudara AyobKelubi, bagaimana aku yang jauhnya beribu kilometer dari Anfield mahu bersikap adil sedangkan pengadil yang hanya beberapa meter dari Nani pun tidak mampu mengadili permainan tersebut dengan sempurna? Justeru, Sir Alex Ferguson adalah benar dalam kritikan kerasnya terhadap mutu pengadilan.

Kaki Nani koyak

Sebenarnya dalam bolasepak EPL, 3 mata bukan lagi sesuatu yang utama, terutama kepada seorang pengurus yang bijaksana lagi berpengalaman seperti Sir Alex. Bolasepak yang sangat berkait rapat dengan perjudian boleh ditentukan kalah menang satu-satu perlawanan dan Sir Alex sangat bijak dalam hal-hal ini. Contohnya, dimana Sir Alex dan Manchester United ketika Liverpool dan Chelsea berbelanja lebih GBP80 juta membeli pemain di bulan Januari? Ya! Manchester United kalah di Wolves dan membawa pulang GBP100 juta hasil 'betting' meletakkan kekalahan pertama Manchester United. 3 mata tidak penting dimasa itu sebab Manchester United TETAP KLASEMEN!

Pengalaman dalam mengendalikan sebuah pasukan di EPL lebih 20 tahun, Sir Alex sudah cukup masak dengan semua itu. Bila mahu membeli pemain, bila mahu menang dan membawa pulang 3 mata dan bila mahu kalah dan membawa pulang 100 juta pound. Ancelloti, Arsene dan Kenny hanyalah 3 pengurus tua kutuk yang hanya mahu 3 mata dan hanya itu yang mereka tahu. Tapi, tidak salah pun sebab pasukan mereka memang sangat memerlukan 3 mata tersebut...untuk kekal Top 6!

Sementara penyokong The Kop terus bergembira dan bersorak bagaikan rakyat Malaysia yang kuat mengkritik kerajan Barisan Nasional kerana menaikkan harga minyak. Mereka memprotes dan bersatu menentang BN tetapi dalam masa yang terpaksa menerima hakikat bahawa Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan sah yang berkuasa di Putrajaya sementara mereka hanyalah rakyat jelata yang terus membebel sambil terus-terusan mengisi minyak kenderaan mereka dengan taat selama lebih 2 dekad.

Terimalah hakikat Manchester United masih berada di puncak klasemen dan bakal memenangi kejuaraan ke 19 mereka.

Memang dari segi permainan, Liverpool bermain baik dan Manchester United langsung tidak menjadi, justeru semua The Kop dan King Kenny layak untuk terus bergembira dan berparti di bilik trofi mereka yang luas dan kosong itu.

Ketika artikel ini ditulis, Sir Alex Ferguson dan Manchester United Football Club ada agenda yang lebih penting untuk diteruskan kerana mereka adalah pasukan kuat, klasemen dan banyak piala yang boleh mereka menangi lagi. Tapi sebelum itu, satu lagi cek bernilai GBP100 juta akan sampai ke Old Trafford dari syarikat perjudian.

Inilah EPL. Ada menang dan kalah. Ada Manchester United dan Liverpool. Ada Sir Alex Ferguson yang berkaliber dan pengurus tua nyanyuk yang fikir ini adalah bolasepak Liga Division 1 ditahun 80an.

There is only one King. Eric The King Cantona!

p/s : Sementara pengadil pula kira macam SPR la. Mereka telus dan adil, tapi selalu kene protes dan dituduh bebal makan taik.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews