Apabila ada International Break...

Aku ada beberapa kali menulis hal international break ini. Perihal kelebihan dan kekurangan kepada Manchester United. Kepada pasukan lain sama saja. Mereka tetap tidak klasemen.

Berbeza dengan selalu, international break kali ini amat dialukan oleh Pak Alex. Beliau beranggapan break kali ini amat bersesuaian dengan prestasi pasukan serta kecederaan pemain utama. Manchester United yang kalah beberapa game penting serta tak penting (Liverpool) justeru amat memerlukan rehat ini. Pertama, untuk mengembalikan semula kecergasan dan mutu bolasepak sebenar Manchester United, kedua ialah untuk mendapatkan rehat secukupnya kepada pemain yang cedera supaya mereka boleh kembali semula cergas dan boleh beraksi dan ketiga, untuk memunahkan momentum pasukan lain yang kononnya sedang naik mendadak.

Dijangkakan seperti biasa, Manchester United selepas ini akan beraksi kemas dan memenangi kesemua perlawanan mereka seterusnya menjadi juara bolasepak inggeris untuk kali ke 19.


Menariknya, Pak Alex ingin mencipta sejarah bolasepak inggeris tersebut hanya melalui panggilan talipon sahaja! Kelas! Sikap hebat macam ni yang kita harus jadikan teladan. Tiada apa halangan pun yang cukup besar selagi semangat juang bolasepak sebenar menjadi jati diri. Jelas, sikap begini tiada pada jurulatih kelab lain.

Kepada pencinta bolasepak luar sana, contohi dan ikutilah semangat serta dedikasi yang ditunjukkan oleh Pak Alex dan Manchester United.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews