Anda mahu baju sokernet yang hebat dengan percuma?

Ada syaratnya.

Tapi syaratnya mudah. Iaitu menjadi sukarelawan Futsal Sokernet pada 5 hb Mac 2011 ini. Mula jadi sukarelawan jam 8 pagi sampai 4 petang. Kerjanya tolong pegawai sokernet. Kalau pegawai sedang duduk minum, tolonglah dia duduk minum juga. Faham ke tak? Oleh kerana kuota perempuan sudah penuh, ini kuota untuk sukarelawan lelaki pula kerana pertandingan ini semakin berprestij dan bertaraf FIFA. Tempat terhad.

Sapa nak, e-mel segera ke sokernetmail@gmail.com. Letak tajuk - SUKARELAWAN YANG BAGUS. Sertakan sekali nama penuh, no telefon, dan satu sebab mengapa kami hendak pilih anda.

Tarikh tutup pada hari Khamis. Selepas itu, lu menangis darah sekalipun merayu nak baju percuma, memang gua bagi elbow rooney je terus.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews