Malam ni kelab papa akan menentang kelab setan Freemason yang kini menggugat kedudukan kelab papa sebagai kelab terpaling terklasemen di England. Papa mesti berusaha lebih sikit malam ini untuk menjaga maruah semua peminat kelab Papa. Papa tahukah di website diluar sana kelab papa dimaki dan menjadi bahan lelucon? Kalimah YNWA yang menjadi zikir peminat kelab ini dimain-mainkan sebagai YENUWA YENUWA. Saya sakit hati papa. Sakit hati sangat yang kelab papa yang suatu ketika dulu gah kini hendak main di Champions League pun tak layak.
Papa,
Malam ini mainkan sahaja di Andy Carrol papa. Kelab Freemason dari Manchester tak ada pemain pertahanan utama mereka. Yang ada cuma di Ginger Bastard dan John Ohshit. Dengarlah kata-kata saya ini papa. Mainkan Carrol dan lambungkan bola tinggi. Saya dah buat simulasi dalam FIFA 10, PES 11 dan Football Manager 2011 sebentar tadi dan dalam semua simulasi ini, kelab papa menang dua berbalas kosong dengan Steven Gerrard menjaringkan gol di Kop End
Percayalah taktik saya papa. Sejak dilahirkan saya dah membaca lebih 2504 buah buku tentang taktik bola. Semua buku taktikal bola dari Totaal Voetbal nukilan Rinus Michels hinggalah ke Cerita Piala Dunia nukilan Lucius Maximus sudah saya baca papa. Kalau ada test untuk IQ bolasepak, saya yakin saya adap IQ setinggi 254! Saya memang bijak bola.
Akhir sekali semalam saya ke blog bolasepak milik peminat setan merah. Mereka menghina papa dengan kata-kata nista. Ada yang katakan papa dah tua dan tak layak jadi pemerintah Kindom of Anfield. Ada juga yang mahukan pendatang dari Sepamyol kembali semula ke Anfield dan mengambil alih tempat papa. Ini semua adalah hasutan papa! Jatuh didalam akta hasutan! Saya harap hukuman ISA dapat dijatuhkan kepada pembelot negara ini papa. Kerana itu saya sudah memfailkan laporan polis di balai polis Anfield pagi tadi.
UPDATE - 4:36PM 6th March 2010
Latest police report that I lodged is:
JANFIELD/001895/n0_t1tl3
Lodged the above police report today, against Manchester United for embarrassing Liverpool and its fans.
Latest police report that I lodged is:
JANFIELD/001895/n0_t1tl3
Lodged the above police report today, against Manchester United for embarrassing Liverpool and its fans.
You Will Never Walk Alone Papa King Kenny!
Yang Benar,
Puteri Abdul Sokernet Dalglish
No comments:
Post a Comment