Showing posts with label klasemen. Show all posts
Showing posts with label klasemen. Show all posts

Bolton Wanderers vs Manchester City

Mesti ada yang tertanya, kenapa header blog Bolton Wanderers dengan Manchester City?



Top of the table clash.



Setakat Arsenal lawan Liverpool, benda ni kelab bawahan punya. Tak penting pun.

Apabila ada International Break...

Aku ada beberapa kali menulis hal international break ini. Perihal kelebihan dan kekurangan kepada Manchester United. Kepada pasukan lain sama saja. Mereka tetap tidak klasemen.

Berbeza dengan selalu, international break kali ini amat dialukan oleh Pak Alex. Beliau beranggapan break kali ini amat bersesuaian dengan prestasi pasukan serta kecederaan pemain utama. Manchester United yang kalah beberapa game penting serta tak penting (Liverpool) justeru amat memerlukan rehat ini. Pertama, untuk mengembalikan semula kecergasan dan mutu bolasepak sebenar Manchester United, kedua ialah untuk mendapatkan rehat secukupnya kepada pemain yang cedera supaya mereka boleh kembali semula cergas dan boleh beraksi dan ketiga, untuk memunahkan momentum pasukan lain yang kononnya sedang naik mendadak.

Dijangkakan seperti biasa, Manchester United selepas ini akan beraksi kemas dan memenangi kesemua perlawanan mereka seterusnya menjadi juara bolasepak inggeris untuk kali ke 19.


Menariknya, Pak Alex ingin mencipta sejarah bolasepak inggeris tersebut hanya melalui panggilan talipon sahaja! Kelas! Sikap hebat macam ni yang kita harus jadikan teladan. Tiada apa halangan pun yang cukup besar selagi semangat juang bolasepak sebenar menjadi jati diri. Jelas, sikap begini tiada pada jurulatih kelab lain.

Kepada pencinta bolasepak luar sana, contohi dan ikutilah semangat serta dedikasi yang ditunjukkan oleh Pak Alex dan Manchester United.

Nemanja United



Van Der Vart

Tottenham Hotspurs bermain baik, pemain-pemain mereka sangat laju, gaya serangan yang kemas serta mencemaskan tetapi itu sahaja yang mampu mereka lakukan semenjak 10 tahun yang lalu.

Mereka tidak pernah menang dengan Manchester United semenjak 2001, kenapa malam tadi ada yang fikir akan kekalahan Manchester United?

Bagi peminat Spurs, mereka merasakan perlawanan malam tadi sangat mendebarkan atau mengujakan tetapi tidak kepada Van Der Sar, Vidic, Beckham dan semua makhluk Manchester United. Mereka bermain seperti biasa saja. Ianya adalah perlawanan biasa. Seri tapi klasemen.

Apa makan Nemanja Vidic ni? Kejam macam Serbia! Kental dan seorang pemimpin contoh yang berdisplin tinggi. Bergabung pula dengan Ferdinand, Evra dan Rafael, habis bila nak bolos dan bila nak kalah macam ni? Inilah barisan back four yang paling mantap di EPL selepas barisan pertahanan Liverpool.

Apa makan Van Der Sar ni? Dah 40 tahun, sehelai rambut pun tak kusut malam tadi sebab tiada aksi terbang yang cukup bahaya untuknya. Van Der Varrrttt? Van Damme lagi hebat dalam filem Bloodsport!

Gareth Bale? Chit poodah Interlok!

Aku rasa, tiba masa Manchester United kalah pulak. Aku dah habis modal nak angkuh, bongkak, sombong dan memuji-muji. Dah penat!

Baik tumpukan aje pada ulasan Piala Asia.

Respek





Guard Of Honour dalam bolasepak dilakukan oleh satu pasukan kepada pasukan lain yang menjuarai liga musim tersebut. Dalam EPL tradisi ini telah dilakukan oleh Manchester United kepada Chelsea pada musim 2004/05 dan oleh Chelsea kepada Manchester United pada musim 2006/2007. Ini tradisi antara dua kelab paling power dalam England dan hanya dilakukan antara mereka berdua. Hilang akal apa nak buat benda macam ini kepada Arsenal atau Liverpool?

Aku tidak mahu cakap panjang. Tapi rasanya EPL sudah tamat musim. Manchester United adalah juara EPL kali ke-19. Bagi Chelsea apa ada hal? Kami salut tabik hormat saja. Respek kepada pasukan yang memang layak untuk merampas mahkota EPL dari Chelsea.

Pasal pasukan-pasukan lain yang bercita-cita nak merampas mahkota EPL, tak perlu aku cerita panjang. Itu semua bangang. Manchester City bangang kerana ada 11 penyerang dan masih tak boleh jaringkan gol. Arsenal pun bangang kerana main ART bukan main bolasepak. Tottenham pun sama bangang juga.

Pasal kelab yang satu lagi tu, lagi malas aku nak cerita sebab yang itu standard relegation battle.

Followers

Pageviews