Nemanja United



Van Der Vart

Tottenham Hotspurs bermain baik, pemain-pemain mereka sangat laju, gaya serangan yang kemas serta mencemaskan tetapi itu sahaja yang mampu mereka lakukan semenjak 10 tahun yang lalu.

Mereka tidak pernah menang dengan Manchester United semenjak 2001, kenapa malam tadi ada yang fikir akan kekalahan Manchester United?

Bagi peminat Spurs, mereka merasakan perlawanan malam tadi sangat mendebarkan atau mengujakan tetapi tidak kepada Van Der Sar, Vidic, Beckham dan semua makhluk Manchester United. Mereka bermain seperti biasa saja. Ianya adalah perlawanan biasa. Seri tapi klasemen.

Apa makan Nemanja Vidic ni? Kejam macam Serbia! Kental dan seorang pemimpin contoh yang berdisplin tinggi. Bergabung pula dengan Ferdinand, Evra dan Rafael, habis bila nak bolos dan bila nak kalah macam ni? Inilah barisan back four yang paling mantap di EPL selepas barisan pertahanan Liverpool.

Apa makan Van Der Sar ni? Dah 40 tahun, sehelai rambut pun tak kusut malam tadi sebab tiada aksi terbang yang cukup bahaya untuknya. Van Der Varrrttt? Van Damme lagi hebat dalam filem Bloodsport!

Gareth Bale? Chit poodah Interlok!

Aku rasa, tiba masa Manchester United kalah pulak. Aku dah habis modal nak angkuh, bongkak, sombong dan memuji-muji. Dah penat!

Baik tumpukan aje pada ulasan Piala Asia.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews