Liga Super Malaysia 2011: Bolasepak Kita, Wajah Kita





Hari yang dinantikan akhirnya telah tiba. Liga Super Malaysia musim 2011 akan bersepak mula malam ini di saat Piala Asia 2011 bakal melabuhkan tirai dan saingan FA Cup di England menjadi semakin rancak. Kesetiaan setiap dari kita yang mengaku Harimau Malaya sejurus selepas kejayaan Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini bakal teruji.

Tujuh perlawanan melibatkan 14 pasukan berlangsung hari ini. Tumpuan utama pastinya perlawanan antara Selangor dan Kelantan yang turut melibatkan perebutan Piala Sumbangsih. Seawal jam 4.45 petang pula Terengganu menyambut kunjungan Sabah atas faktor ketiadaan lampu limpah yang mengikut piawaian.

Sokernet sempat menghubungi Ayah Pin untuk mendapatkan tilikan tak berapa boleh pakai untuk pusingan pertama Liga Super Malaysia.

Selangor 2
Kelantan 1

Terengganu 1
Sabah 1

Kuala Lumpur 0
Perak 2

Johor FC 2
Felda United 0

Kedah 3
T-Team 1

Negeri Sembilan 1
Harimau Muda A 1

Pahang 0
Perlis 5

Sementara itu, Australia pula bertemu Jepun dalam saingan akhir Piala Asia 2011.

Australia 1
Jepun 2

Ayah Pin juga sempat memberi tilikan untuk pertemuan Everton dan Chelsea dalam FA Cup.

Everton 1
Chelsea 4

Lain-lain perlawanan, Ayah Pin bilang tak penting.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews