Saya terpaksa mengutamakan deadline menyiapkan skrip drama untuk Astro menyebabkan entri ini lambat di up.
Salah satu sebab kerana saya terpaksa mencari balik gambar-gambar di bawah yang diambil sekitar awal tahun 2010.
Perlawanan berkesudahan pasukan pimpinan King Kenny Rogers ditumbangkan oleh pasukan Blackpool sekaligus menjadikan Blackpool mencatat kemenangan double ke atas Liverpool, pertama kali sejak 47 tahun.
Dah terang lagi bersuluhlah Liverpool bukan true champion dalam nama Pool ni.
Tapi sebenarnya bukanlah Blackpool juga.
Ini kerana the true Champion yang layak memegang nama Pool ini adalah;
KACANG POOL HAJI
Ini adalah true Champion. Terletak di food court bandar Larkin, bersebelahan balai bomba, Kacang Pool Haji merupakan satu landmark must go untuk sesiapa yang ke Johor Bahru.
Kacang Pool Haji ini diadun dengan daging kisar dan rempah ratus yang ummphhh campur sebiji telur mata kerbau. Cara makan seperti brader yang jerit YENUWA (YNWA) di atas. Makan dengan roti bakar tebal. Masuk je mulut, memang Yenuwa!
Di sini dapur akak steady bakar roti tebal. Roti sudahberlonggok dibakar sebab pengunjung yang datang tak putus-putus. Gerai ni boleh kata meriah dengan sorakan Yenuwa! setiap kali kacang pool ni masuk mulut mereka.
Ada buka cawangan di Damansara, tapi dah tutup. Tak champion di gelanggang luar nampaknya. Lihat wajah kemesraan dan kejaguhan tauke gerai yang champion berbanding rupa wajah King kenny.
Wajah-wajah kepuasan dan kepenatan menikmati the true Pool Champion - Kacang Pool Haji!
Kecuali Pak Kordi sebab masa berbalas twitter semalam, dia kata dia tak minat kacang. Bersabarlah.
YENUWA!
No comments:
Post a Comment