Blackpool lebih baik dari Liverpool - Patrice Evra simulut Perancis.

Mereka tak perlu perempuan jadi penjaga garisan untuk menjaringkan gol


Sudah terlalu lama rasanya penyokong pasukan bolasepak terunggul dunia, Manchester United TIDAK diberikan rasa cemas dan ketinggalan gol. Tapi aku yakin 100 peratus dari mereka semua sangat yakin dengan percaturan Pak Alex dan memenangi perlawanan tadi.

"cumming from behind memberikan inzal yang tak terhingga kepada saya" ujar Vovinski.

Ya, hanya beberapa kerat manusia sahaja yang tahu akan kelebihan datang dari belakang ini. Ketinggalan 0-2 kepada Blackpool memang telah dijangkakan dari awal oleh Manchester United. Mereka berhadapan dengan pasukan yang begitu yakin dalam menyerang. Satu keyakinan dan taktik serangan yang tiada pada pool2 lain, hatta Kacang Haji Pool.

Justeru, barisan pertahanan Manchester United tewas 2 kali hasil tandukan dari 2 tendangan sudut. Ketiadaan Rio Ferdinand jelas disitu.

Kemasukan Ryan Giggs menggantikan Gibson dimasa kedua cukup untuk membuktikan yang hanya ada 1Ryan Giggs sahaja dalam dunia bolasepak dan ianya bermain untuk pasukan Manchester United. Ryan Giggs main gaya abang-abang lalu pemain Blackpool jadi segan. Penyokong Blackpool yang dari awal tadi bernyanyi sambil membuka baju, keriangan, terus senyap bila Berba men'tap' cantik lorongan Fletcher. Mereka dah tau dah..mereka bakal ditapau!

2 minit kemudian Cheekedees menambah luka dihati Blackpool bila menjaringkan cantik gol hasil hantaran berbisa Giggs. Penyokong Blackpool mula terasa sejuk dan memakai baju semula.
15 minit kemudian Berba menutup mulut penyokong Arsenal yang fikir hanya mereka saja pasukan invincible didunia ini dengan menyumbat gawang Blackpool sampai koyak jaring. Itu peringatan ilmiah kepada penyokong Arsenal katernyerrr...

Peminat Arsenal yang tak ingat larian Giggs ni dia tak berilmiah


Ahhh..dah lama tak buat ulasan berilmiah separa bongkak macam ni.. tenang rasanya dalam kedinginan angin subuh.. ahhhhh..

Glory Glory Manchester United uolls!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews