Demi Liverpool



Subuh tadi aku duduk depan TV tengok Blackpool lawan Liverpool. Liverpool kalah lagi tapi kali ini para Kopites tidak lagi boleh menyalahkan Roy Hodgson mahu pun Howard Webb.

Macam biasa, kepala otak aku pantas berfikir idea nak menganjing Liverpool di Sokernet. Tapi entah macam mana, mungkin kerana kesyahduan dan sejuknya cuaca tika Subuh membuatkan aku berubah fikiran. Ada semacam 'nur' meresapi diri ini. Satu rasa sesalan kerana dosa-dosa aku selama ini kepada geng Yenuwa. Aku rasakan macam dapat satu pencahayaan semula.

Ya, satu azam baru untuk tidak menganjing Liverpool lagi. Sebaliknya satu keinginan suci dan murni pula yang timbul. Keinginan untuk membantu Liverpool.

Salah dan silap Liverpool selama ini memang terletak pada bahu pengurus pasukan. Atas sebab itulah Cik Fara Benitez dipecat kerana 'berjaya' menduduki tangga ke-7 musim lepas. Ianya salah Cik Fara Benitez! Dan Uncle Woy Hodgson juga dipecat kerana kalah 9 dan seri 9 dari 31 perlawanan Liverpool di bawah beliau. Ianya silap Uncle Woy Hodgson!

Salah dan silap Liverpool selama ini semuanya berpunca dari pengurus yang tidak berguna. Bukan berpunca dari penyokong Liverpool yang suci, bersih lagi Yenuwa. Bukan juga berpunca dari pemain mereka yang juga suci, bersih dan tidak pernah mengucupi mana-mana perempuan yang bukan muhrim kecuali kamera.

Salah dan silap ini semua berpunca dari pengurus yang hanya mahukan duit tapi tidak faham erti sejarah Liverpool yang sebenar. Cik Fara telah dipecat kerana kegagalannya. Uncle Woy telah diusir kerana pengkhianatannya. Mana-mana pengurus Liverpool yang kalah dalam perlawanan mereka mesti dihalau dengan kadar segera! Kita tidak boleh biarkan mereka terus mencemari rekod sejarah Liverpool yang suci, bersih dan Yenuwa.

Maka dengan itu, atas nama semangat solidaritas dan niat yang tulus, suci lagi ikhlas untuk membantu kawan-kawan Yenuwa, aku bermula hari ini akan membantu menyelamatkan Liverpool dengan memulakan kempen:


Mr Hubcaps Stealer


Dan sebagai penanda aras kegagalan King Kenny aku akan membantu kawan-kawan Yenuwa dengan mengira statistik kebangangan King Kenny:

KING KENNY LEAGUE OF DOOM

Liverpool P2 W0 D0 L2 G1 A3 PTS0


Bersama-sama kita akan terus mengira statistik kebangangan ini dan berkempen sehingga John W Henry menukar pengurus yang lain pula atau sehingga teknologi sains berjaya dicipta untuk membangkitkan kembali Bill Shankly dari kubur!

UPDATE!

Sokernet telah bermurah hati untuk membuka talian bantuan derma khas untuk mengutip dana buat Liverpool mendapatkan pengurus baru:

Hubungi 1-800-YENUWA dan tekan butang 1 untuk menderma RM1, 2 untuk RM2 dan seterusnya!

(tertakluk pada caj telco semasa, individu berumur bawah 18 tahun sila dapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu)

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews