Rebiu Liga Super Perlawanan 5 & Prebiu Liga Super Perlawanan 6

Rebiu Perlawanan 5

Kuala Lumpur 1 - Terengganu 2

Selepas tunduk kepada Red Giants dalam perlawanan 4, Terengganu kembali menemui rentak kemenangan mereka apabila mudah membenam Kuala Lumpur. The Hawks sepatutnya bermain sebagai tuan rumah tetapi oleh kerana Stadium KLFA sedang dibaik pulih padangnya maka perlawanan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Dan peluang ini tidak disia-siakan oleh anak buah Irfan Bakti, Hadi Yahya merobek gawang pada minit ke-38 dan Ashaari Samsuddin pula pada minit ke-52. Kuala Lumpur yang bermain dengan hanya 10 orang pada minit ke-65 bagaimana pun memperolehi gol saguhati melalui Yong Kuong Yong pada minit ke-83.

Kemenangan kedua musim ini meletakkan Terengganu di posisi 5 Liga Super sementara Kuala Lumpur jatuh ke posisi 10 dengan kekalahan kedua berturut-turut.

Kedah 1 - Kelantan 1

Stadium Darul Aman terus kekal sebagai kubu kuat Hijau Kuning tetapi dengan 3 dari 4 perlawanan di sana berakhir dengan keputusan seri ia bukanlah keputusan yang memenuhi jangkaan para penyokong.

Azlan Ismail meletakkan Kedah di depan pada minit ke-57 melalui tap in menarik dari hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.Dan pada minit ke-67 Azmi Muslim hampir menggandakan gol skuad Kenari tetapi Khairul Fahmi cemerlang di gawang Red Warriors.

Ketika Kelantan dilihat bakal menerima kekalahan pertama musim ini, Norshahrul Idlan Talaha membuktikan kenapa beliau antara penyerang terbaik Malaysia ketika ini apabila merembat kencang gol penyamaan melalui satu turning yang menarik pada minit ke-79. Keputusan seri sudah memadai untuk Kelantan sementara Kedah terus tertekan dengan penyokong mengibar kain rentang menuntut perletakan jawatan jurulatih, Ahmad Yusoff.

Johor FC 0 - Selangor 0

Kebangkitan barisan serangan Red Giants mungkin sekadar hangat-hangat tahi ayam jika dilihat kepada keputusan perlawanan ini. Bertandang ke Pasir Gudang menentang pasukan kelab yang sinonim dengan ayam goreng hingga menjilat jari, K Devan dan barisan bintang beliau digoreng masak-masak oleh Johor FC.

Untuk Johor FC, kegagalan menemui jaring gol memang sudah dijangka dari barisan serangan mereka yang agak tumpul tetapi tidak buat Selangor yang dibarisi majoriti pemain kebangsaan. Keputusan seri terus meletakkan Selangor di pertengahan liga ala-ala Liverpool dan semakin tertekan dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super mereka.

Sementara Safee Sali di Indonesia khabarnya rilek-rilek mencetak gol buat Pelita Jaya dalam perlawanan persahabatan.

Negeri Sembilan 1 - Sabah 0

Sabahawks diiringi Sumandak bertandang ke Paroi untuk bertemu Jang yang sebelum ini kalah 2 perlawanan berturut-turut.

Sabah setakat ini dikenali sebagai antara pasukan paling konservatif dari segi permainan, hanya menyumbat 1 gol dan bolos 2 dari 4 perlawanan sebelumnya. Dan untuk 82 minit pertama Jang dilihat bakal lemas dalam pelukan Sumandak apabila terus buntu mencari gol.

Nasib ada Zaquan Adha yang berkahwin dengan Ayu Raudhah dan tidak mudah tergoda dengan pesona Ultra Sumandak. Gol tunggal beliau memastikan Jang beroleh 3 mata dan melompat ke posisi 3 Liga Super di bawah Abe dan Yob. (Pembetulan: Hai-O yang skor, Stuart Ramalingam tipu aku lagi!)

Pahang 0 - Perak 2

Talk to the hand kata orang Pahang. Yob bertandang ke Stadium Darul Makmur demi menjadi pasukan pertama yang bakal menumbangkan Tok Gajah di sarangya sendiri. Ater?

Ater Yob dengan mudah mengotekan janji untuk pulang dengan 3 mata penuh berserta gading Tok Gajah. SJ9 yang pertama merobek gawang Pahang melalui gol jarak dekat minit ke-23. Dan kemudian ianya disusuli oleh kuda tua AR14 tepat pada minit ke-45. Untuk separuh masa kedua para pemain Yob lebih santai dengan banyak berguling-guling di atas rumput negeri Pahang yang makmur. Ajenye ye!

Sekali lagi, dua pemain Kedah menjadi penyumbang gol buat Yob dengan El Tornado khabarnya direhatkan oleh Cikgu Jan. Dengan Yob telah meledak 6 gol musim ini, Kedah pula hanya baru menghasilkan 2 gol dan mengundang persoalan dari Changlun ke Sungai Petani, kenapa SJ9 dijual pada Perak dan AR14 tidak dipujuk pulang ke Kedah dari Kelantan?

Harimau Muda A 1 - Felda United 1

Harimau muda peliharan Ong Kim Swee gagal meraih peluang untuk merapatkan jurang dengan pasukan klasemen Kelantan apabila hanya mampu seri dengan Felda United di Shah Alam. Tetapi ianya tidak mengapa kerana misi yang paling utama buat Harimau Muda A ialah layak ke Olimpik 2012 dengan persaingan Liga Super lebih kepada latihan buat para pemain.

Wan Zaharulnizam yang menjaringkan gol ketika bertemu Pakistan sebelumnya meneruskan kecemerlangan apabila menymbang gol tunggal buat Harimau Muda A. Felda United bernasib baik diberikan penalti yang disempurnakan oleh Liew Kit Kong pada minit ke-68.

Keputusan seri bermakna Harimau Muda A jatuh ke posisi 4 di bawah Negeri Sembilan sementara Felda United selesa di posisi ke-7 Liga Super.

T-Team 3 - Perlis 0

Pertembungan dasar Liga Super menemukan dua pasukan yang masih belum beroleh kemenangan musim ini. Tetapi Yunus Alif dan pemain T-Team beliau membuktikan untuk musim 2011 ini gelaran pasukan paling hina menjadi milik mutlak Singa Utara buat masa ini.

Seawal 3 minit diperlukan oleh T-Team untuk berada di depan melalui Khairul Izwan. Tujuh minit kemudian Badrul Hisani menambah jaringan kedua buat T-team dengan Khairul Izwan menemui gol peribadi ke-2 pada minit ke-59 selepas menanduk tendangan percuma Rosdi Talib.

Kemenangan ini membantu mengeluarkan T-Team dari zon penyingkiran buat masa ini sementara Perlis terus terperosok di dasar liga.

Prebiu Perlawanan 6

Malam ini bakal berlangsung semua 7 perlawanan dengan Astro Arena bakal menyiarkan secara langsung pertemuan Perak dan Harimau Muda A (selepas kita semua hampir termuntah disajikan dengan perlawanan melibatkan Red Warriors). Lebih menarik lagi semua 4 pasukan teratas Liga Super bakal bertemu sesama sendiri dan perubahan besar kedudukan liga dijangkakan bakal berlaku malam ini.

Kelantan (1) - Negeri Sembilan (3)

Dua pasukan yang kebelakangan ini kerap bermusuhan antara satu sama lain bakal bertemu dalam perlawanan yang menjanjikan botol, mercun dan potensi pembakaran kereta secara berjemaah. Hairuddin Omar (Hai-O) yang menjaringkan gol buat Kelantan dalam Piala Malaysia 2010 kini telah menyarung jersi Jang dan kepulangannya ke Kota Bharu pastinya bakal menghangatkan lagi suasana. Jang juga bakal dikuatkan dengan kembalinya Aidil Zafuan selepas sekian lama dikepit oleh Rita Rudaini sementara Zaquan Adha berharap dapat meneruskan sentuhan jaringan beliau malam ini. Jurulatih legend milik Red Warriors, M Karathu juga turut yakin bahawa Red Warriors mampu mengatasi Jang di tempat sendiri sekalipun agak gusar dengan kegagalan Kelantan menjaringkan lebih banyak gol (sekalipun setakat ini sebenarnya Red Warrios sudah pun beroleh 10 jaringan).
Tilikan: Kelantan 1 - Negeri Sembilan 1

Selangor (6) - Kedah (8)

Dua pasukan heavyweight bolasepak Malaysia (selain Yob pastinya) bertemu di Shah Alam selepas masing-masing mencatat seri dalam perlawanan sebelumnya. Jurulatih kedua pasukan juga khabarnya sedang panas bontot dengan Ahmad Yusoff lebih tertekan selepas munculnya suara-suara protes dari penyokong Hijau Kuning ketika seri bertemu Kelantan minggu lalu. K Devan agak optimis bermain di tempat sendiri bakal memberi kelebihan buat Red Giants dengan harapan gandingan Fadzli Shaari dan Amri Yahyah mampu menghasilkan kembali gol buat Selangor.
Tilikan: Selangor 2 - Kedah 0

Terengganu (5) - Johor FC (11)

Irfan Bakti pastinya mahukan 3 mata penuh malam ini dari pemain skuad Penyu beliau dan ia tidak mustahil dengan Hadi Yahya dan Manaf Mamat berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan malam ini sementara gandingan tengah antara Ashaari Shamsuddin dan Joseph Kalang Tie dijangka bakal menguasai bola dari dimiliki oleh Johor FC. Kehilangan Nurul Azwan Roya serta ramai lagi pemain dari musim lepas mengubah skuad Lebah kepada satu pasukan yang sangat berbeza musim ini dan berkemungkinan besar Lebah bakal dihempap Penyu di Kuala Terengganu.
Tilikan: Terengganu 3 - Johor FC 0

Felda United (7) - T-Team (12)

Kemenangan minggu lalu memberikan nafas lega buat Yunus Alif dan T-Team. Tetapi Felda United bukan sama seperti Perlis dan malam ini di Stadium MBPJ keupayaan sebenar T-Team bakal diuji. Khairul Izwan sekali lagi ditagih dapat menghasilkan jaringan buat T-Team sementara trio Indra Putra, Nor Farhan dan Azizi Mat Rose yang diharap dapat memberikan sumbangan seperti yang mereka lakukan di Kelantan musim lepas. Tetapi Felda United terkenal sebagai pasukan kental yang tetap sukar ditundukkan sekali pun bermain dengan 10 pemain dan perhatian perlu diberikan kepada seorang Yob berumur yang cukup berpengalaman iaitu Liew Kit Kong.
Tilikan: Felda United 2 - T-Team 1

Perak (2) - Harimau Muda A (4)

Berita baik buat Yob, Perak belum pernah tewas musim ini di Stadium Perak, gelanggang perlawanan malam nanti. Dan satu lagi berita baik buat Yob, Ong Kim Swee dijangka bakal merehatkan beberapa pemain utama Harimau Muda A untuk memberi lebih fokus pada perlawanan pra-Olimpik menentang Pakistan. Menteri Belia dan Sukan juga sudah memberikan amaran bahawa pra-Olimpik lebih utama dari Liga Super dan ketiadaan Fadhli Shas serta Irfan Fazail ke Ipoh bakal memudahkan anak buah Cikgu Jan melaksanakan tugas mengutip 3 mata penuh. SJ9 dan AR14 dijangka bermain seperti biasa sementara El Tornado masih perlu mendapatkan lampu hijau dari Nasi Vanggey sebelum dapat bermain.
Tilikan: Perak 2 - Harimau Muda A 0

Pahang (9) - Sabah (13)

Tok Gajah yang klasemen di awal musim kini semakin pincang selepas kubu keramat mereka dinodai Yob dan Hantu Kak Limah. Kali ini kawan-kawan Haris Adam dan Pipiyapong bakal berdepan pula dengan Sabahawks dan Ultra Sumandak. Oleh kerana Pahang sudah kalah minggu lepas, kita kembali kepada tilikan kejam tanpa perasaan belas kasihan.
Tilikan: Pahang 0 - Sabah 5

Perlis (14) - Kuala Lumpur (10)

Nafas lega buat Razip Ismail selepas City Boys terus ketandusan 3 mata selepas 3 perlawanan apabila mereka bertandang ke Kangar malam ini bertemu Perlis pasukan tercorot. Tetapi di Stadium Utama skuad Singa Utara bukan lawan yang mudah walaupun mereka dilihat sebagai pasukan paling lemah musim ini. Tidak mustahil malam ini Singa Utara bakal beroleh kemenangan sulung mereka.
Tilikan: Kuala Lumpur 0 - Perlis 1

PERADUAN TEKA RESULT LIGA SUPER 2011 #4

Perlawanan rasmi untuk peraduan teka bola minggu ini:

Kelantan vs Negeri Sembilan
Selangor vs Kedah
Perak vs Harimau Muda A
Pahang vs Sabah
Felda United FC vs PBDKT T-Team
Perlis vs Kuala Lumpur


Hadiah Terkumpul: RM70

Memandangkan sudah empat minggu tak ada pemenang, kita kasi kelonggaran la sikit.

DEADLINE UNTUK Teka Result adalah sekitar jam 9:30 malam ke 9:45 malam 1 Mac 2011 waktu time stamp emel Sokernet.

Pendek kata sekitar waktu half time perlawanan hari ini.

Penyertaan hanya sah jika dihantar ke emel sokernetmail@gmail.com

Arsene Wankers! #2

Alamak! mana gua nak letak muka ni?

Jika berbelanja roti canai setiap hari, selepas 6 tahun, roti canai itu jika dikait perlahan-lahan, boleh juga dibuat kain gebar untuk diberi kepada 6000 warga miskin yang kesejukan di Rusia.


Jika air menitik ke atas batu..tap! tap! tap! tanpa henti selama 6 tahun, batu boleh berlubang, air diempang boleh menjanakan tenaga elektrik cukup untuk menerangi satu bandar berkepadatan penduduk 6000 orang.


Jika mengaji selama 6 tahun, dah boleh jadi doktor dan mampu berkhidmat kepada masyarakat, menyelamatkan nyawa manusia.


Jika beranak, tahun depan dah boleh masuk darjah 1 dan jadi pandai.


Jika menyangkul dan dilambuk tanah belakang rumah selama 6 tahun, mungkin dah jumpa minyak atau gas asli,lalu menjadi kaya raya.


TETAPI,


Jika jadi penyokong Arsenal dan Arsene Wenger, selepas 6 tahun, seposen pun tiada gunanya! Menghabihkan boreh yo! Tak dapek den nak nolong eh tu do!

Masih ada yang sayang




Abang merayu kepada seluruh warga Sokernet untuk memberi kata-kata semangat pada adik abang seorang ni, Pipiyapong.

Murung kemain abang tengok dia ni. Mana taknya, hari Sabru tim kesayangannya di Malaysia, yakni Pahang, tewas. Semalam, dia menerima satu lagi tamparan yang maha dahsyat, team kesayangannya di England, Arsenal juga tewas, di final Carling Cup pulak tu.

Ayuh kita kirimkan kata-kata perangsang padanya, hiburkan hatinya, ingatkan padanya bahawa "Masih ada yang sayang."

Pipi, we all love u.

P/s: Warga Sokernet bolehlah meninggalkan kata-kata perangsang di ruangan komen. Kata-kata nista akan dipadam tanpa belas kasihan kerna belas kasih kita pada Pipi melebihi segalanya.

Birmingham City 2 - 1 Arsenal



3 brader paling ART main bola dunia. Muka-muka dah biasa keluar masuk The Emirates.

3 sekawan ni memang ART. Gua selalu dengar Pipiyapong cerita. Semua team diorang dah ratah. Barcelona pun diorang tibai sampai 2. Manchester United tu biasa-biasa je bagi diorang. Chelsea pun mainan je bagi diorang. Liverpool tak payah cerita. Cuma Pahang je diorang belum uji.

Tapi sebenarnya ramai tak tahu. Ada lagi yang lebih ART. ART yang melebihi peringkat dunia. Dengan ini dipersilakan,





Abang Obafemi Akinwunmi Martins!!!



Nama: Obafemi Akinwunmi Martins
Umur: 27 tahun
Hobi: Black Money dan berniaga jam Rolex dari rumah ke rumah
PMR: Batal (gagal melangsaikan yuran peperiksaan)
Makanan kegemaran: Tapir Salai
Minuman kegemaran: Kopi Janda
Pemain diminati: Olubunmi Adigun (Nigeria dan Kedah FA 1992 - 1994)
Impian: Melangsaikan yuran peperiksaan dan menggantikan Goodluck Jonathan sebagai Presiden Nigeria

Sokkermik #11 - Peraduan Mustahil Lagi



EDISI PIALA CARLING 2011


Solidariti Liverpool, Arsenal dan Pahang



Lagu ini adalah lagu paling banyak di mainkan di Sokernet.

Untuk hari ini, untuk semua penyokong Liverpool, Arsenal dan Pahang, ayuh kita berganding bahu, berpimpin tangan, sama-sama menyanyikan lagu ini.


Sa-ekor Arnab



Jang ratah Sumandak

Jang memang dah lamo peratikan Sumandak ni. Jang pulak dah 2 game tak 'score' kan. Bak kata orang, memang tongah goram bona la. Datang pulak Sumandak menyerah diri kek THIS IS PAROI, apo lagi...

Jang kekah la!

Jang peratikan semakin ramai penonton mengisi stadium This is Paroi ni untuk memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Jang dan bilangan Jang Ultra Jang juga semakin memberangsangkan. Mengikut risikan SB yang Jang terimo, Jang Ultra Jang mempunyai stok smoke bomb dan flare tak kurang 300 batang! Mano dapek agak eh budak ni? Jang jugo peratikan mereka semuo ni 'gentar tiado'. Apo makan eh?

Suko Jang nak sobut kerjasama Polis terhadap Ultra Jang juga amat baik. Mereka memahami semangat Ultra Jang yang datang memberi sokongan kepada pasukan bolasepak kesayangan mereka. Jang Ultra Jang tidak membuat onar atau perkara yang diluar batasan sebagai Jang beradat, justeru Sumandak dikekah dengan penuh bersopan.

Sonang cito Jang Ultra Jang ni semangat eh samo macam Ultras Besiktas FC kek Turki sanun.

Esok Jang nak makan budu!

Pahang Juara

Haris Adam,

Aok nih buat malu ke keh je. keh palih geraa oraa ginih. Keh tampor jugek karaa berdamor mulet te. Cube buat perangei molek sikit. Dah team kite memaa tak terer nok buat goner? Buat stail senyak je dah laa.

FEAR THE YOBS




Semalam Yob menumbangkan Tok Gajah di Kuantan.

Dan bikin hati seorang peminat Tok Gajah panas.

Bagus! Bagus! Lagi panas lagi bagus.

"Ater kome ingat kome gajoh kome udah beso? Gajoh pun tumpo dengan teman" - ujar peminat No.1 The Yobs, Kak Limah Kampung Pisang
Gambo teman jumpa kat sini: http://ultrasperak.blogspot.com/


+++


Tiada pemenang untuk peraduan Teka Bola #3.

sila cuba lagi.

+++

Mari meraikan kemaraan The Yobs dengan sing a long ala karaoke lagu berikut



Kepada semua pasukan yang bertanding, FEAR THE YOBS!

Teka teki teka tekuk - No. 4

Dalam entry Lucius di SINI, Adik Haris Adam ada mengatakan:

"Bontot ko la predict HMA menang smpai 5-0..bajet seladang ko tu dah power sangat??menda seri je bebb..sepak penalti pon tak gol..ape ingat beckham ke sepak penalti tak gol??hahahahha!!!angan laaa..amik pon player2 kuda tua je mennn..xpee..kita tengok atas padang..jangan syok sgt predict team laen..takot seladang kena sembelih je malam nii..hahaha..Sultan bola??cerita lamaaaa..kelantan pon penah diselamatkan..so what??TALK TO DA HAND LAAA.."

Teka teki teka tekuk,

Haris Adam ni sokong team mana, dan team dia menang ke kalah semalam?

KAH KAH KAH KAH!

p/s: Untuk lebih funny, jenguk juga di SINI. Abang bagi promosi free la untuk dia.

KAH KAH KAH KAH!

Highbury Kini Sebuah Apartment




Kubu Kuat Arsenal Kini


Highbury yangd dulunya sebuah kubu kental kini sudah menjadi kawasan perumahan. Antara yang mempunyai apartment di bekas stadium Arsenal ini ialah Thierry Henry dan Robert Pires. Aku pernah terbaca sebuah artikel di FourFourTwo beberapa bulan yang lepas dan Pires dipetik berkata

"bila saya melihar Highbury sekarang saya rasa macam nak menangis.Sukar sebenarnya melihat stadium yang megah kini menjadi kawasan perumahan"

I dunno about you guys tapi aku rasa pengubahsuaian Highbury menjadi apartment agak menarik. Sila klik link BACA LAGI untuk melihat semua gambar the former
Fortress Highbury















Lagu Minggu Ini



Seperti biasa, tiap kali ada game Perak yang sengit, abang akan letak lagu semangat khas untuk pasukan kesayangan Yeop dan Yong, Perak Darul Ridzuan.

Ah, lawan Pahang je pun. Lagu Pahang Juara tu sebelum ni selamba je kena tapau dengan lagu M. Shariff. Kali ini abang bagi lagu yang semangat sikit. Maklumlah, main kat tempat orang.



P/s: Tahukah anda lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak adalah sepesen?

PERADUAN TEKA RESULT LIGA SUPER 2011 #3

5 perlawanan rasmi peraduan untuk kamu teka.

Tiada pemenang untuk peraduan #2 menjadikan hadiah kini bernilai RM30.

Apa? Hari ini hari Jumaat?

Kita genapkan hadiah menjadi RM50.

Pemenang minggu ini dapat RM50

Perlawanan Rasmi Peraduan Teka Result #3

Johor FC Vs Selangor
N. Sembilan vs Sabah
Pahang vs Perak
Harimau Muda A vs Felda United
T-Team vs Perlis

Macam biasa, hanya penyertaan di emel sahaja layak memenangi hadiah, teka di ruangan komen, walaupun betul semua, tidak layak sama sekali.

Selamat mencuba

Harimau Malaya 2 The Greenshirts 0 & Prebiu Liga Super Perlawanan 5





Kelayakan Olimpik

Tahniah pada Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan The Greenshirts atau Pakistan 2-0. Wan Zaharulnizam Zakaria dan Irfan Fazail meneruskan kecemerlangan Harimau Muda A dalam Liga Super berterusan ke kelayakan Olimpik.

Tapi menang 2-0 ke atas Pakistan dalam bolasepak tidak sama dengan menang 2-0 dalam hoki sebagai contoh. Pakistan bukan negara gila bolasepak macam kita.Di sana hoki dan kriket jauh lebih besar dan lebih penting bagi negara yang banyak melahirkan pemain hoki, pemain kriket dan penjual karpet. Dan dalam kita di sini sibuk bercakap tentang kemenangan 2-0 itu, dari Karachi hingga Gujrat di Pakistan sana mereka lebih berminat untuk bersembang tentang Piala Dunia Kriket yang sedang berlangsung pada masa ini (Pakistan berada di ranking ke-3 dunia dalam sukan kriket dan menang ke atas Kenya dengan 205 larian dalam perlawanan pertama).



Makanya, untuk Malaysia menang ke atas Pakistan di Bukit Jalil dan di Lahore adalah wajib. Ujian sebenar kita nanti ialah pada Pusingan 2 apabila kita bakal berdepanm dengan 13 pasukan top seed Asia untuk kelayakan Olimpik ini. Ada baiknya kita berdoa untuk ditemukan dengan Vietnam paling kurang.

Kalau dinilai dari permainan Malaysia menentang Pakistan, boleh dikatakan ia agak hambar dan prestasi yang ditunjukkan belum cukup untuk menjamin kita mampu ke Olimpik 2012. Ong Kims Swee bagaimanapun masih ada masa dan peluang untuk memperbaiki mutu permainan Malaysia.

Kita kali terakhir layak ke Olimpik pada tahun 1980 di Moscow (itu pun Malaysia tarik diri kerana memprotes penaklukan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan). Sudah 30 tahun berlalu semenjak kita kali terkahir layak ke Olimpik, lebih lama dari kemarau kejuaraan liga yang dialami Liverpool sekarang.

Liga Super Perlawanan 5

Selesai dengan saingan kelayakan Olimpik, saingan liga bolasepak tempatan kembali lagi. Dua perlawanan bakal berlangsung malam ini sementara selebihnya esok. Astro macam biasa bakal menayangkan satu perlawanan secara langsung malam ini iaiatu Kedah lawan Kelantan. Rasanya untuk malam esok tidak ada siaran langsung. Arena Bola Jumaat kata Rizal Hashim.

Kuala Lumpur (10) - Terengganu (8)

Kedua pasukan berkongsi mata tetapi dipisahkan melalui perbezaan jaringan setakat ini. Kuala Lumpur walaupun tanpa kelibat bintang telah menunjukkan permainan yang agak baik di bawah kendalian Razip Ismail. Namun begitu juga buat skuad Penyu, Irfan Bakti memilik dalam kesebelasan beliau gabungan mantap Hadi Yahya dan Manaf Mamat di barisan serangan sambil dibantu oleh Ashaari Shamsuddin dan Joseph Kalang Tie. Kuala Lumpur mungkin bermain di tempat sendiri, tetapi Terengganu mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan kemahiran serta dijangka bakal membawa pulang 3 mata penuh.
Tilikan: Kuala Lumpur 1 - Terengganu 2

Kedah (9) - Kelantan (1)

Kelantan kini selesa sebagai pasukan klasemen tetapi kali ini mereka bakal berdepan ujian getir menghadap skuad Kenari di Stadium Darul Aman. Harus diingat Kedah setakat ini masih belum pernah tewas di tempat sendiri dan dijangka bakal memberi saingan sengit apabila jurulatih Ahmad Yusoff mengumumkan bahawa trio Amar Rohidan, Khyril Muhymeen dan Azlan Ismail bakal beraksi malam ini. M Karathu pula menjangkakan Norshahrul Idlan Talaha bakal dirantai oleh pertahanan Hijau Kuning lalu mengharapkan penyerang muda Ramzul Zahini untuk memburu gol buat Red Warriors sambil Nurul Azwan Roya memainkan peranan sebagai pembekal umpan buat barisan serangan. Di gawang pula ialah persaingan peribadi antara bekas penjaga gol Harimau Malaya iaitu Helmi Eliza untuk Kedah dan penjaga gol popular masa kini, Khairul Fahmi untuk Kelantan. Kedah juga turut mempunyai reputasi sebagai pasukan tunggal yang pernah menewaskan Kelantan dalam Liga Super musim lepas.
Tilikan: Kedah 1 - Kelantan 1

Johor FC (12) - Selangor (4)

Pasukan kelab, Johor FC kini tidak berada dalam keadaan terbaik dan lebih getir lagi mereka terpaksa berdepan dengan Selangor yang jelas sudah pulih dari krisis awal musim mereka (dan ini berlaku sebaik saja Safee Sali berpindah ke Pelita Jaya). K Devan dijangka bakal menurunkan barisan yang serupa ketika menang ke atas Terengganu sebelum ini dengan sentuhan Amri Yahyah, Amirul Hadi dan Hardi Jaafar ditagih untuk menghasilkan gol buat Red Giants. Cuma barisan pertahanan Selangor yang agak menggusarkan K Devan (bolos 5 gol setakat ini) tetapi mengambil kira barisan serangan Johor FC yang agak tumpul (hanya 2 gol), Red Giants berpeluang cerah untuk membawa pulang 3 mata penuh.
Tilikan: Johor FC 0 - Selangor 3

Jawa tetapi tidak minat bermain untuk kelab-kelab Jawa di Indonesia macam Pelita Jaya


Negeri Sembilan (7) - Sabah (11)

Pendatang baru Liga Super, Sabah yang dijangka bakal memberi cabaran hebat musim ini nampaknya hanya gah pada sumandak dan nama Sabahawks. Sudah pun terkeluar dari saingan Piala FA selepas tunduk kepada pasukan kesayangan Pipiyapong dan Sultan Bola minggu lepas, kini harapan Sabah ialah untuk memberikan persembahan terbaik dalam Liga Super. Tetapi dengan keupayaan menjaringkan hanya 1 gol dalam saingan liga setakat ini petanda jelas kepincangan anak buah Gary Phillips (satu-satunya jurulatih asing dalam Liga Super). Dan ini adalah berita baik buat Wan Jamak dan juga Shukor Adan yang mengepalai barisan pertahanan Jang. Fakhri Saarani diharap dapat memburu gol buat Jang sementara Idris Karim, jika turun malam esok adalah otai yang diharap dapat membimbing Jang ke jalan yang lurus. Nak harap pemain kahwin artis memang tak dapek den nak nolong!
Tilikan: Negeri Sembilan 2 - Sabah 0

Otai dan tetap rock star tanpa perlu berkahwin dengan artis


Pahang (6) - Perak (2)

Yob seluruh dunia khabarnya kini menyerongeng sambil makan deghoyan dengan berkata, "Ini tahun keme!". Tetapi Cikgu Jan pantas memberi ingatan awal bahawa "Yob masih belum konsisten, teman masih nunggu bile mendenye nak berlaku". Yob semua pasrah. Pahang musim ini juga tidak konsisten tetapi harus diingat mereka masih belum tunduk lagi di Stadium Darul Makmur, daulat Sultan Bola dan jampi Pipiyapong sangat kuat di situ. Pun begitu gandingan mantap AR14 dan SJ9, dua anak Kedah yang berbakti untuk Yob bakal menjadi sandaran Cikgu Jan. Tidak lupa juga pastinya duta Nasi Vanggey, Razali Umar Kandasamy atau nama timangannya El Tornado yang boleh saja diturunkan sebagai supersub jika AR14 dan SJ9 gagal mencetak gol. Untuk Tok Gajah pula, Dollah Salleh dijangka meletakkan gajah di pintu gol Pahang.
Tilikan: Perak 1 - Pahang 0 (steady Yob!)

El Tornado - Kini bebas dari cengkaman Nasi Vanggey


Harimau Muda A (3) - Felda United (5)

Felda United ini memang lain macam. Entah apa yang E Elavarasan buat agaknya, sekalipun bermain 10 orang mereka masih mampu menang (ke atas Jang dan Singa Utara sebelum ini). Tetapi kali ini dengan Harimau Muda A sebagai lawan, Felda United mungkin perlukan 12 pemain di atas padang. Segar dari kemenangan 2-0 ke atas Pakistan anak buah Ong Kim Swee dijangka tidak menghadapi masalah menundukkan Felda Boys.
Tilikan: Harimau Muda A 3 - Felda United 0

T-Team (13) - Perlis (14)

Pertembungan dasar Liga Super. Kedua-dua pasukan telah menunjukkan potensi sebagai calon penyingkiran tetapi Singa Utara dilihat jauh lebih bermasalah. Dengan disiplin pemain atas padang serta salah seorang darinya didakwa di mahkamah kerana menyonyot nenen budak sekolah, Mustakeen Omar berdepan dengan cabaran besar untuk mengubah nasib Singa Utara. Gerombolan besar pemain-pemain Kedah yang dibawa masuk ke Perlis juga nampaknya kurang berhasil dengan penyerang Samransak Kram paling mengecewakan. Manakal untuk T-Team, masih ada sinar buat anak buah Yunus Alif jika persembahan mereka menentang Kelantan dalam Piala FA dijadikan kayu pengukur. Gandingan Indra Putra dan Nor Farhan di jentera tengah sudah menunjukkan perubahan positif. Manakala di barisan pertahanan Azizi Matt Rose dan Rosdi Talib dijangka tidak mempunyai masalah mengekang barisan serangan Singa Utara.
Tilikan: T-Team 2 - Perlis 1

Liga Super Setakat Kini

1) Kelantan 3 1 0 9-2 10
2) Perak 2 2 0 4-1 8
3) Harimau Muda A 2 1 1 7-4 7

Gol - 57 (2.04 setiap perlawanan)

Paling Tajam - Kelantan (9 gol)

Paling Kebal - Perak & Kedah (1 bolos)

Notis: Gambar diambil tanpa izin. Untuk perlawanan-perlawanan Liga Super akan datang, kerana laman FAM macam haram dan media tempatan tidak boleh diharap, Sokernet mengalu-alukan sumbangan foto dari mereka yang hadir ke stadium (sama ada foto pasukan, pemain atau penyokong sendiri). Hantarkan foto klasemen anda ke sokernetmail@gmail.com dengan tajuk 'Foto Klasemen Liga Super' dan disertai penerangan foto tersebut. Sila hantar sebelum 12.00 tengahari 28 Februari 2011.

Snack of the Week: Chunkee

Chunkee

If Rachael Ray has her snack of the day in her self titled show, then this blog should have its own version too! I don't eat snacks everyday so I'll just better call it "Snack of the Week", shall we? To kick start the new segment err category of this blog, I give you Chunkee Chewy Soft Cookies!

Adını Feriha Koydum 7.Bölüm Resimleri !

Hande’nin evinde gördükleri ile büyük bir şok yaşayan Ferihanın annesi Zehra hanım, Ferihaya hesap soran annesi büyük bir suçlamada bulunur. Kızına olan güvenini yitiren Zehra, Feriha’nın hayatını takip etme şansını kaybetmek istemez ve Hande’lerin evinde çalıştığını gizler.
Feriha, bir yandan annesine kendisini affettirmeye çalışırken bir yandan da ilk aşkın büyüsüne kapılmıştır. Bu durum Hande için yıkıcı olur. Otel, ev ve okul arasında mekik dokuyan Feriha ile Emir arasındaki dünya farkı da kendini belli etmeye başlar. İlk şokun ardından kendini toparlayan Hande ise, gönüllerine engel olamayan emir ve ferihayı rahat bırakmaz.
Pencereden gördüklerinin şaşkınlığını yaşayan Cansu, Ferihayı yakından takip etmeye başlar. Üzerinde Emir’in adının yazdığı kağıt yüzünden çıkan gerilim ise devam eder. Zehra ve Sanem, karşı karşıya gelir.
Evde ise, Zehra’nın reçellerinin pazarda satılmaya başlaması Rıza ile aralarında sorun yaratır. Karısının ek iş yapmasını gurur meselesi yapan Rıza, Veysel’in taksisinde çalışmaya başlar. Mehmet, vargücüyle iş aramakta ve her geçen gün umudunu biraz daha kaybetmektedir. Mehmet’in, geçmişten gelen bir dostla karşılaşması ise onun için şaşırtıcı olur.
Feriha, otelde büyük bir sürprizle karşı karşıya kalırken, Rıza ise gecenin karanlığında büyük tehlike altındadır. Kapıcı dairesine ulaşan kara haber ortalığı yangın yerine çevirir.




Recipe: Pancit Canton

Pancit Canton
Ingredients:
1 pack pancit canton
1 carrots
half sliced cabbage
cauliflower
baguio beans
1/2 red bell pepper
salt and pepper
1/2 chicken breast
liver sliced and other grind
garlic
onion


Procedure:
1. Saute the chicken and sliced liver in garlic and onion. Season with salt and pepper.
2. Add 1 cup water. Add carrots then the liver grind.
3. Put in cauliflower, baguio beans and bell pepper.
4. Add the pancit, stir and let it sit till it sucks all the liquid.
5. Add the cabbage last.

EPL Masters 2011


EPL Masters kembali lagi!

Kepada yang tak tahu apa itu EPL Masters, sah korang ni penyokong Chelsea! takda 'history' yang boleh diceritakan dan takda 'legends' yang boleh dibanggakan.

EPL Masters 6-a-side ini akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13hb Mac 2011. Ianya adalah satu karnival bolasepak. Macam-macam aktiviti ada dan bermula seawal jam 12 tengahari. Jadi stamina kene kuat untuk bertahan sampai petang.

Pasukan yang terlibat adalah Manchester United Masters, Liverpool Sisters, EPL All Stars Masters dan Malaysian Masters (hell yeah!) Mereka akan berentap untuk menentukan kejuaraan EPL Masters edisi kali ke 3 ini.

Untuk rekod, Manchester United Masters adalah juara bertahan (juara edisi lepas). Hmmm...makan apa pemain Manchester United ni? Tua muda tak boleh dikalahkan.

53 gol musim 98-99. United Treble!

Siapa pemain lagenda Manchester United yang akan turun? Aku berkesempatan menghadiri press conference EPL Master 2011 ini di DoubleTree Hilton minggu lepas atas undangan Footballfocus.com dan secara rahsia Captain Marvel Bryan Robson menghulurkan kepada aku antara senarai barisan kemungkinan yang akan beraksi untuk Manchester United nanti;

Dwight Yorke, Andy Cole, Jaap Stam, Ronnie Jonhsen dan Jesper Blomqvist

Pergh! Jaap Stam bergabung dengan Ronny Johnsen di pertahanan, Blomqvist kiri dan double lethal striker Yorke dan Cole? SAH JUARA!!

Line up ni masa zaman kegemilangannya, Manchester United tiap tahun ambik Cup. Fikir balik... Manchester United memang tiap tahun pun ambik cup kan?

Siapa lahir lambat dan tak tengok aksi ini boleh datang EPL Masters

Malaysian Masters diwakili oleh Mazlan Wahid, Yap Kam Choon, K. Gunalan, Ahmad Shahrul Azhar, Shahrin Majid, Azrin Shah Zainal, See Kin Seng, P. Somasundram, Anuar Abu Bakar, Ghani Malek, Khan Hung Meng dan Zainal Abidin Hassan.

Ultra Malaya turun tak? Baik korang turun la. Majoriti Ultras sekarang ini tak berkesempatan melihat Khan Hung Meng melarikan bola dulu-dulu. Selisih dengan Yap Kam Choon pun belum tentu korang kenal, Yob yang tak kenal Ahmad Shahrul boleh lihat ketenangan beliau mengawal permainan.

Ater? nganga sakan Yob? Ajernye iye.

Sementara EPL All Stars pula dibarisi oleh Gianfranco Zola, Paolo Di Canio, David Seaman, Mendieta dan Faustino Asprilla. Jadi geng Chelsea pun boleh la datang melihat bekas bintang mereka yang sebenarnya dah legends di Itali.

Siapa Liverpool Sisters? Fowler, Rush, Mcmanaman, Berger dan Rafa Benitez..hehehe.

Kalau benar Liverpool itu sandarkan pada kenangan dan kalau korang rasa Fowler lebih baik dari mana-mana pemain Liverpool sekarang ini, baik korang turun Bukit Jalil nanti. Sekurang-kurangnya hati korang tak la sakit sangat melihat mereka bermain.

Mungkin EPL Masters inilah satu-satunya peluang untuk Liverpool angkat piala.

Get past him if you fucking can
Try a little trick and he'll make you look a dick
Yip Yap Jaap Stam

--------------------------------------------------------------------------

Tickets for the matches are available at RM33 and can be purchased via Fatdeal's Online Ticketing at www.fatdeal.com.my and football fans are advised to visit www.footballfocusasia.com or contact Sabrina at Football Focus at 03-79549094 or e-mail sabrina@footballfocusasia.com.

p/s : Senarai terakhir pemain masih belum pasti sepenuhnya.

7.Bölüm Özeti

Merakla beklenen 7.bölüm fragmanı yayınlandı..Hergeçen gün merak dolu ve heyecan yaratan dizi,bu hafta büyük süprizlerle karşımıza çıkacağa benziyor.Emir ve Feriha gönüllerine engel olamaz iken,Hande yeni tuzaklar planlar içerisindedir.Emir ve Ferihanın sevgili olması ile okula damgasını vururlar.Cansunun, Emir ve ferihanın öpüşmesini görür.Cansunun bu durumu görmesi ile üvey annesine anlatır.Ferihanın anneside bu durumu öğrenince feriha annesinden dayak yer ve büyük bir şüphe duyar ferihadan.Bu durum ferihayı çok üzer.Babası yankesiciler tarafından bıçaklanır.Emir,Feriha ve Koray Handegilin evine giderler ve o sırada ferihanın anneside temizlik yapmaktadır..Bu durum karşısında neler olacak kafamızdaki soru işaretlerinin cuma günü yeni bölümde hep beraber göreceğimizi umuyoruz...



Sepakbolanet: Revolusi PSSI





Selepas Tunisia dan Mesir, gelombang revolusi rakyat telah bangkit di kebanyakan negara Arab yang lain. Tidak mustahil akan ada lagi despot-despot negara Arab yang bakal tumbang selepas ini.

Lain pula ceritanya di Indonesia. Satu gelombang revolusi dilaporkan sedang bangkit di sana, diberi nama Revolusi PSSI.



Revolusi PSSI adalah gerakan dari peminat sepakbola Indonesia yang menuntut agar Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid meletak jawatan dan berundur dari pucuk pimpinan PSSI. Nurdin Halid adalah seorang pengusaha dan politikus serta telah memegang jawatan Ketua Umum PSSI sejak tahun 2003.

Pernah disabitkan dengan kes jenayah, korupsi dan dipenjara; Nurdin Halid dituduh telah melingkupkan PSSI dan sepakbola Indonesia. Menjalankan pemerintahan kuku besi dari balik tirai besi penjara sebelum ini, beliau dikatakan pernah terlibat dalam mengubah statuta (perlembagaan) PSSI supaya kekal berkuasa sebagai Ketua Umum PSSI sekalipun pernah terlibat dalam kes jenayah.

Suara-suara revolusi khabarnya sudah mula kedengaran dari pertubuhan klub-klub sepakbola Indonesia. Ketua Umum Persema Malang, Peni Suparto berkata, "Tak ada kata lain untuk memajukan sepak bola di Indonesia, kecuali revolusi kepengurusan PSSI dan revolusi untuk menurunkan Nurdin Halid dari ketua Umum PSSI, karena selama PSSI dinakhodai Nurdin Halid tak ada prestasi yang bisa dibanggakan."

"Kalau masyarakat pecinta bola sudah mendesak dilakukannya revolusi, tidak ada aturan hukum yang mengalahkannya. Contohnya seperti Mesir, kalau sudah revolusi tidak ada aturan hukumnya," jelas Peni Suparto lagi kepada Sokernet.

Awal sebelum ini Nurdin Halid dan konco-konconya dalam PSSI telah memblok Jeneral George Toisutta dan Arifin Panigoro, dua calon yang mahu mencabar Nurdin Halid sebagai Ketua Umum PSSI.



Menjelang laga Timnas Garuda Indonesia menentang Turkmenistan hari ini para penyokong sepakbola dari klub yang lain juga akan turut berdemo. Perlawanan yang bakal diadakan di Palembang bakal disaingi demo yang dipimpin oleh suporter Sriwijaya FC.

"Kami akan melakukan demo saat Timnas bertanding lawan Turkmenistan. Bukannya kami tidak ingin memberikan dukungan, tetapi ini luapan kekecewaan kami akan tindakan pengurus di bawah kepemimpinan Nurdin Halid," kata Ketua Singa Mania Sriwijaya FC, Dedi Pranata ketika disapa Sokernet.



Lain pula ceritanya di Palangkaraya, foto Nurdin Halid dibakar oleh suporter Persepa Palangkaraya. Koordinator aksi, Sigit Wido berkata "Rejim Nurdin Halid adalah penghisap darah karena menyuburkan mafia-mafia yang bisanya hanya memeras dan merekayasa hasil pertandingan".

Sementara itu di Aceh, para pendukung Aceh United turut membakar foto Nurdin Halid sambil melakukan aksi tidur di jalan. "Tuntutan kami atas perubahan di tubuh PSSI adalah harga mati, dan kami akan terus berjuang demi kemajuan sepakbola Indonesia,” kata kordinator aksi, Oki Tiba.

"Harus Revolusi PSSI. PSSI merupakan sarang mafia. Kami menuntut Nurdin mundur. Pasalnya, selama tujuh tahun memimpin PSSI sepak bola nasional tidak pernah memiliki prestasi". Begitu pula ujar dari Arif Bondet, mewakili Persibo Bojonegoro dimana suporternya yang digelar Boromania mengusung sepanduk dan bernyanyi di hadapan kantor PSSI.



Dalam kebangkitan revolusi dan demo ini apa yang dikhuatiri oleh pencinta sepakbola ialah bentrokan atau rusuhan. Tapi Panglima Viking, Ayi Suparman yang mewakili organisasi pendukung Persib Bandung berharap ianya tidak akan berlaku. "Kita menghindari bentrokan saja. Tapi ini dilakukan atas nama pecinta sepakbola nasional, jadi tidak mungkin ada bentrokan," terangnya.



Demo juga dilaporkan telah dianjurkan oleh suporter Semen Padang, PSM Makassar, Persija Jakarta dan Arema Malang. Sarasehan suporter juga telah diadakan, mengumpulkan 30 kelompok suporter klub-klub sepakbola Indonesia dengan kugiran Slank juga turut vokal dalam menuntut Nurdin Halid berundur. Manakala jurnalis Erwiantoro pula telah menerbitkan buku setebal 276 mukasurat bertajuk 'Dosa-Dosa Nurdin Halid' yang mendedahkan segala perbuatan jenayah dan korupsi Ketua Umum PSSI itu.





Demo besar-besaran dijangka berlangsung hari ini ketika perlawanan Indonesia menentang Turkmenistan sebagai usaha untuk memaksa Nurdin Halid mengundurkan diri sebelum pemilihan Ketua Umum PSSI yang baru di Bali pada Mac depan.

Sementara itu di Malaysia, Sultan Bola masih lagi Presiden FAM yang berdaulat.

Recipe: Pinoy Beef Caldereta

Beef Caldereta is one gigantic favorite Filipino dish that promises to satisfy any meat lovers out there! I like it more when the beef is cook just right, soft enough to get all the rich flavors coming from the thick sauce. Yum yum!  So check out our version below:
Beef Caldereta

Ingredients:
1 k beef, sliced into cubes
caldereta sauce
spaghetti sauce
liver spread
green peas
2 pcs carrots, (shred the half, cube the other half)
2 pcs potatoes, (shred the half and cube the other half)
2 pcs green and red bell pepper, sliced into cubes
ginger
cheese
1 tsp salt

Procedure:
1.Saute beef in ginger,   add salt, simmer over low fire.Water and oil will be extracted from the meat. Stir once in a while, add water if necessary, continue to simmer until meat is tender, usually it takes 2  hours.

2. Remove beef from stock, set aside. Allow stock to cool, then place in a container and put in a freezer for 30 minutes. Remove fats from broth.

3. Saute  garlic and onions, add shredded potatoes and carrots, beef, salt, beef broth and water enough to cover  meat.(The shredded carrots and potatoes will be dissolved as water reduces). Once boiling, add spaghetti sauce, caldereta sauce, liver spread, mix thoroughly. Add salt and pepper to taste. Allow to boil for few minutes then add remaining carrots, potatoes, stir constantly. When done, add bell peppers and green peas. Add shredded cheese.

Pencarian sukarelawan futsal sokernet 2011

Apa itu sukarelawan futsal sokernet?

  • Ini bukan kerja pengadilan futsal.
  • Ini bukan kerja tetap dan bergaji lumayan tetapi ia menjamin kemahsyuran. Ingat, money is temporary glory last forever.
  • Ini adalah tugas sokongan bagi membantu pegawai-pegawai sokernet dalam melicinkan urusan pertandingan bertaraf FIFA ini.
  • Ini kerja amal jariah. Ingat, amal makruf nahi mungkar.

Ciri-ciri sukarelawan futsal sokernet.
  • Wanita adalah makhluk tuhan yang sabar dan sekiranya mereka tarik muka sekalipun, mereka tetap comel dan menyejukan hati. Jadi ciri utamanya adalah wanita. Ingat, wanita itu diciptakan daripada rusuk lelaki, dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung bukan juga di kaki untuk dikasari.
  • Baik hati dan taat kepada ibu bapa.
  • Bagi yang sudah bersuami, walaupun sudah mendapat keizinan suami anda tetap tidak layak. Ingat, tempat isteri adalah di sisi suami.
  • Bagi yang ada BF dan tunang, tidak minta izin pun tidak mengapa.
  • Pembaca wanita di sokernet akan diberi keutamaan. Ingat, you know who you are.

Tugas sukarelawan futsal sokernet.
  • Menjadi pegawai gelanggang. Iaitu menjaga masa, menjaga keputusan pertandingan dan mengingatkan pegawai-pegawai sokernet yang mereka sudah lama berdiri dan perlu berehat.
  • Menyabarkan pegawai-pegawai sokernet yang mungkin stres kerana asyik disorak oleh gadis-gadis seksi.

Faedah yang akan diperolehi.
  • Baju t-shirt sokernet yang cool. Ia adalah air tangan brader Pipiyapong yang mahsyur. Dikhabarkan ia sangat laris jualannya sehingga brader PP terpaksa mencetak lagi sehingga dia jadi kurus.
  • Kos rawatan percuma sepanjang perkhidmatan.
  • Makanan dan minuman ditanggung.
  • Kemahsyuran yang berpanjangan dan boleh diletakkan dalam resume. Majikan mana yang sanggup menolak apabila melihat resume yang tertulis nama 'Sokernet'? Ingat, an offer you can't refuse.
  • Diambil berat masalahnya oleh pegawai-pegawai Sokernet yang kacak dan fit. Ingat, I'll take care of you.


Cara memohon.
  • Hantarkan e-mel ke sokernetmail@gmail.com dengan tajuk : SAYA MAHU MENJADI SUKARELAWAN SOKERNET. Berikan satu sebab sahaja mengapa kami perlu memilih anda.
  • Dalam e-mel letakan no HP dan FB bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.


Semua maklumat adalah rahsia. Pihak Sokernet akan membuat tapisan yang ketat ke atas setiap pemohon. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya. Ingat, man jadda wa jada.

Adını Feriha Koydum 7. Bölüm Fragmanı İzlemek İçin Tıklayınız !!


Adiniferihakoydumizle.blogspot.com
Yükleyen 61mekan61vatan. - Tüm sezonlar ve tüm bölümler
AdiniFerihaKoydumizle.Blogspot.Com Olarak Sizinle İlkleri Paylaşmaya Devam ediyoruz.Adını Feriha Koydum Dizisinin 7. Bölüm Fragmanı İnternette İlk Olarak Burada yayınlıyoruz.Fragmandanda anlıyacağınız gibi Muhteşem Bir Bölüm Bizleri Bekliyor.Fragman ile İlgili Yorumlarınızı Ve 7. Bölüm Senaryolarınızı Alt kIsımdan YapabilirSiniz...

Hazal Kaya Resimleri

 Adını Feriha Koydum baş rol oyuncusu "Feriha" Karaterinin resimleri buyrun :)




Layan Pelacur Tua? Itu Standard Rudeboy Rooney, Low Class!



Dari suratkhabar kegemaran orang-orang Melayu

SUNGAI PETANI: Seorang pemain bola sepak Perlis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan mencederakan seorang gadis berusia 17 tahun pada 13 Februari lalu.

Bagaimanapun, pemain pertahanan Singa Utara itu, Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di sebuah rumah kosong bernombor 533, Jalan Taman Batik di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang pada 13 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Munawwar dituduh mencabul kehormatan gadis berkenaan dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Munawwar didakwa menyuruh mangsa melakukan seks oral pada tarikh, masa dan tempat sama.

Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun.

Sebelum itu, Raja Shahril Anuar mengarahkan tertuduh mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi kes pertama manakala RM7,000 kes kedua dengan seorang penjamin.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sin manakala tertuduh diwakili peguambela, T Jayaraj. Sebutan semula kes berkenaan pada 21 Mac depan.


Muhammad Munawwar Shavukath Ali ada dalam gambar di atas. Pernah terpilih antara 13 pemain muda yang disenarai pendek untuk pemilihan Nike The Chance, di mana Nike memilih seorang pemain untuk menjalani latihan di London, England. Nasib baik juga dia tidak terpilih ke England, kalau tak habis pula awek Mat Saleh (dan pelacur tua) di sana. Dalam perlawanan Liga Super baru-baru ini, beliau antara pemain Perlis yang dibuang padang dalam perlawanan menentang Harimau Muda A.

Recipe: Oat Crusted Pan Fried Tilapia

This Oat Crusted Pan Fried Tilapia recipe is very fast and easy to make. Simply prepare your tilapia fillet, seasoned with salt and pepper. The above picture still has it's skin on one side. In a bowl mix together egg, oats and chosen herb (I prefer to use McCormick's dried basil) until it forms into a rich thick consistency. Immerse the skinless side of tilapia into the batter and place it directly into a hot frying pan.

Want to cook the more healthier way? Bake it! Here's a video of Almond Crusted Tilapia

Followers

Pageviews