Arsene Wankers! #2

Alamak! mana gua nak letak muka ni?

Jika berbelanja roti canai setiap hari, selepas 6 tahun, roti canai itu jika dikait perlahan-lahan, boleh juga dibuat kain gebar untuk diberi kepada 6000 warga miskin yang kesejukan di Rusia.


Jika air menitik ke atas batu..tap! tap! tap! tanpa henti selama 6 tahun, batu boleh berlubang, air diempang boleh menjanakan tenaga elektrik cukup untuk menerangi satu bandar berkepadatan penduduk 6000 orang.


Jika mengaji selama 6 tahun, dah boleh jadi doktor dan mampu berkhidmat kepada masyarakat, menyelamatkan nyawa manusia.


Jika beranak, tahun depan dah boleh masuk darjah 1 dan jadi pandai.


Jika menyangkul dan dilambuk tanah belakang rumah selama 6 tahun, mungkin dah jumpa minyak atau gas asli,lalu menjadi kaya raya.


TETAPI,


Jika jadi penyokong Arsenal dan Arsene Wenger, selepas 6 tahun, seposen pun tiada gunanya! Menghabihkan boreh yo! Tak dapek den nak nolong eh tu do!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews