Khutbah Jumaat: Bolasepak Malaysia Bersempena Maulud Nabi



Tak ada kena mengena sangat pun sebenarnya.

Tetapi semenjak bermulanya Liga Super, Sokernet telah cuba untuk membuat liputan dan menulis lebih banyak mengenai bolasepak tempatan. Untuk aku secara peribadi, tujuan yang utama ialah untuk menghidupkan kembali suasana bolasepak Malaysia era 1980-an dan awal 1990-an. Yakni era sebelum bolasepak Malaysia dibunuh oleh gejala rasuah dan penjajahan EPL yang dibawa masuk oleh Astro.

Penghujung tahun 2009 kita sudah memenangi pingat emas bolasepak Sukan SEA. Penghujung tahun 2010 pula kita melakukan kejutan sekali lagi dengan menjuarai Piala AFF Suzuki. Maka dengan dua kejayaan berturutan ini sepatutnya bolasepak Malaysia kembali bangkit dan mendapat tempat di hati para peminat bolasepak tempatan.

Apatah lagi, awal tahun ini kita dikejutkan pula dengan tajaan Astro kepada FAM. Tajaan yang bukan sedikit tapi RM220 juta banyaknya untuk 4 musim. Sebagai pulangan kepada tajaan itu Astro menjadi penyiar rasmi Liga M (Super dan Perdana), Piala FA dan Piala Malaysia serta perlawanan-perlawanan pasukan kebangsaan.

Dengan perkembangan ini kita menjangkakan akan ada satu perubahan positif tetapi selepas hampir sebulan ianya tidak lebih dari sekadar melepaskan batuk di tangga.

Rizal Hashim & Astro



Kelemahan Astro sebenarnya sudah jelas kelihatan sebelum terbangkitnya isu berikut. Tetapi selepas Rizal Hashim, yang digelarkan Malaysian Sports' Loose Cannon menulis artikel RTM - Rais Tak Minat?, ianya memang menjolok sarang tebuan.

Rizal Hashim khabarnya kecewa dengan RTM yang tidak lagi menayangkan siaran langsung perlawanan Liga M. Sememangnya RTM tidak lagi menayangkan siaran perlawanan kerana hak penyiaran sudah berpindah milik kepada Astro. Dan diceritakan lagi oleh Rizal Hashim bahawa RTM khabarnya enggan membayar RM6 juta kepada Astro sebagai caj yang dikenakan untuk mendapatkan hak penyiaran bersama.

Aku tahu Rizal Hashim rapat dengan Astro. Dia kerap keluar dalam rancangan Kafe Sukan di Astro Arena. Sama ada Si Malaysian Sports' Loose Cannon ini di bawah penyata gaji Astro itu aku tidak pasti.

Aku juga ada rasa hormat pada Rizal Hashim. Dia bekas wartawan sukan Berita Harian dan Malay Mail. Pengalaman beliau dalam bidang sukan bukan alang-alang. Bergesel bahu dengan atlit dah ahli politik dunia sukan dah jadi perkara biasa. Dia juga pakar bolasepak, katanya. Pasukan bolasepak yang beliau minati ialah pasukan yang bermain cara positif. Setakat Manchester United atau Liverpool dia tolak tepi.

Tapi bila Rizal Hashim meroyan RTM tidak lagi tayang perlawanan Liga M kerana tidak mahu bayar RM6 juta kepada Astro, ini sudah kronik. Sudah macam pondan di Lorong Haji Taib marahkan Mat Rempit kerana tidak mahu melanggan lubang juburnya.

Punca Rizal Hashim meroyan ialah kerana ramai yang memberikan komen di Facebook beliau tentang tiadanya siran perlawanan bolasepak Liga M di Astro Arena dan juga RTM.

Yang sebenarnya siaran itu ada ditayangkan oleh Astro pada kadar satu siaran langsung setiap minggu perlawanan. Dan rakaman satu perlawanan itu akan diulang-ulang di Astro Arena sehingga ke minggu berikutnya.

Jadi bila ada peminat bolasepak yang tegur, Rizal Hashim letak kesalahan ini di bahu RTM yang sudah berhenti menayangkan siaran perlawanan bolasepak Liga M. Tapi kenapa RTM pula yang disalahkan?

Penyiar rasmi yang berhak ialah Astro. Dan sebagai penyiar rasmi ianya adalah kerja Astro untuk menayangkan sebanyak mungkin perlawanan Liga M. RTM tidak ada hak penyiar seperti Astro, tidak ada saluran sukan khusus macam Arena milik Astro. Dan kalau Astro boleh buat saluran Supersport 1, 2 & 3 kenapa tidak buat Arena 1, 2 dan sebagainya?

Rizal Hashim juga memberi alasan bahawa dasar Astro Arena ialah menonjolkan Arena Bola Jumaat, yakni mereka mahu fokus pada siaran perlawanan hari Jumaat. Astro katanya mengharapkan RTM untuk menayangkan perlawanan Liga Super pada hari Sabtu.

Kenapa? Mungkin sebab Astro tahu perlawanan Liga Super hari Sabtu terpaksa bersaing dengan siaran perlawanan EPL. Dan adakah sebab itu Astro mahukan RTM, dan kerajaan, menayangkan perlawanan pada malam di mana majoriti rakyat Malaysia lazimnya menonton EPL?

Dan untuk mempertikaikan kenapa RTM tidak mahu membayar harga RM6 juta kepada Astro sedangkan dulu jumlah yang sama dibayar oleh RTM kepada FAM adalah sangat dangkal. Adat berjual beli, jangan salahkan pembeli kalau dia tidak bersetuju dengan harga jualan kita. Dan kalau RTM tidak mahu kenapa tidak kurangkan sedikit harga itu kalau betul Astro dan Rizal Hashim serius mahu majukan bolasepak Malaysia? Atau kenapa tidak cuba jual kepada Media Prima?

Rizal Hashim macam aku katakan tadi adalah bekas wartawan sukan yang berpengalaman, pakar bolasepak dan peminat pasukan bolasepak yang bermain secara positif. Tapi bila dah meroyan semacam ini memang nampak sangat yang Rizal Hashim cuba menegakkan benang yang basah semata-mata untuk kepentingan Astro.

Bak kata Pipistuta, bangang, bangang, bangang!

Safee Sali, Pelita Jaya & Hujan




Safee Sali dah selamat ke Pelita Jaya. Kita ucapkan semoga berjaya kepada anak bukan kelahiran Aceh ini.

Hal sama ada Pelita Jaya ini tercorot atau tidak, tak perlu kita pening-pening sangat. Tawaran datang dari kelab tercorot ini dan Safee Sali memang dah berazam sangat hendak cuba bermain di luar negara. Dan mungkin hanya tawaran oleh Pelita Jaya yang benar-benar memenuhi kehendak Selangor FA untuk melepaskan Safee Sali.

Soal pemain berhijrah ke liga negara lain ini merupakan lumrah biasa. Tapi di Malaysia jarang ada pemain kita yang memilih untuk bermain di liga negara lain. Kebanyakan pemain kita lebih selesa di Malaysia, senang nak pekena roti canai dan nasi lemak dengan teh, boleh tidur bawah ketiak mak selalu, dapat photoshoot tepi kolam untuk majalah Mangga dan untung-untung boleh kahwin artis.

Liga Super Indonesia memang bukan tahap liga di Korea atau Jepun. Tapi liga mereka masih juga bagus sedikit dari liga kita. Juara liga Indonesia boleh ke AFC Champions League tapi tidak untuk juara liga kita.

Kenapa tidak ke Jepun atau Korea saja? Tolonglah, kalau tidak ada tawaran masakan kita hendak terhegeh-hegeh ke sana? Dan kalau betul kita mahu pemain kita ke sana, pemain kita kena berhijrah ke liga pertengahan Asia macam Indonesia. Kerana kalau hanya jadi pemain terbaik untuk liga bawahan Asia macam Liga Super kita, memang tidak ada siapa yang pandang hatta sebelah mata pun.

Pasal hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, itu pepatah zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tengoklah yang bercakap pun siapa. Kalau nak ikut pepatah begitu, jawabnya semua pemain Afrik dalam EPL sekarang terpaksa bermain di negara Afrika masing-masing.

Zaman globalisasi ini, bukalah sikit minda tu.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews