PERADUAN TEKA RESULT LIGA SUPER 2011 #1

TERKINI: Setelah mendapat khidmat nasihat dari yang pakar, rules NO.5 diubah. Rujuk law no.5

Untuk merancakkan lagi suasana Liga Super Malaysia 2011 ini, Sokernet dengan berbesar hati memulakan satu peraduan yang dinamakan (seperti tajuk entri) Peraduan Teka Result Liga Super 2011.

Mekanisme seperti berikut

1. Sokernet akan menyenaraikan perlawanan-perlawanan mingguan yang masuk secara rasmi dalam list peraduan. Maka mungkin ada game yang tak termasuk dalam senarai peraduan.

2. Teka keputusan setiap perlawanan.

3. Peserta yang berjaya meneka SEMUA perlawanan dengan betul akan memenangi hadiah RM10 setiap minggu perlawanan.

4. Jika tiada siapa yang berjaya teka SEMUA perlawanan dengan betul, hadiah RM10 akan di bawa ke minggu perlawanan berikutnya, dicampur dengan hadiah RM10 minggu itu.

contoh:

Minggu 1 - hadiah RM10 - tak ada pemenang,
bawak ke;
Minggu 2 - hadiah RM10 campur hadiah RM10 minggu pertama = RM20 hadiah minggu kedua.
Tup tup Kardio menang, so dia dapat RM20.
Minggu ketiga - hadiah RM10 (sebab hadiah terkumpul dah dimenangi oleh Kardio sebelum ini).

Dan begitulah seterusnya.

Faham ke tak?

5. Jadi untuk peraduan no.1, kita akan listkan game-game yang berlangsung pada 12 Februari 2011

Sabah vs Kedah
Kelantan vs Johor FC
Selangor vs Kuala Lumpur
PBDKT T-Team vs Harimau Muda
Perak vs Negeri Sembilan
Felda United vs Pahang

Deadline untuk peraduan no.1 ini pada jam 845 malam 12 Februari 2011.

Hantarkan penyertaan di emel: sokernetmail@gmail.com. SATU EMEL SATU PENYERTAAN.

6. Jika lebih dari SEORANG pemenang, standard la, sharing is caring. Pemenang sila hubungi sokernetmail@gmail.com untuk claim hadiah. PENTING GILA - Sila hubungi sokernetmail@gmail.com untuk claim hadiah. Jika tiada emel klaim, kami anggap tiada pemenang yang berminat dengan hadiah itu dan hadiah itu akan di bawa ke minggu seterusnya.

7. Kenapa RM10? sebab peraduan ini lebih nak kasi nampak meriah Liga Bola kita, bukan nak cari nak suruh korang cari sumber pendapatan.

8. Jom! Jom!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews