EPL Masters 2011


EPL Masters kembali lagi!

Kepada yang tak tahu apa itu EPL Masters, sah korang ni penyokong Chelsea! takda 'history' yang boleh diceritakan dan takda 'legends' yang boleh dibanggakan.

EPL Masters 6-a-side ini akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13hb Mac 2011. Ianya adalah satu karnival bolasepak. Macam-macam aktiviti ada dan bermula seawal jam 12 tengahari. Jadi stamina kene kuat untuk bertahan sampai petang.

Pasukan yang terlibat adalah Manchester United Masters, Liverpool Sisters, EPL All Stars Masters dan Malaysian Masters (hell yeah!) Mereka akan berentap untuk menentukan kejuaraan EPL Masters edisi kali ke 3 ini.

Untuk rekod, Manchester United Masters adalah juara bertahan (juara edisi lepas). Hmmm...makan apa pemain Manchester United ni? Tua muda tak boleh dikalahkan.

53 gol musim 98-99. United Treble!

Siapa pemain lagenda Manchester United yang akan turun? Aku berkesempatan menghadiri press conference EPL Master 2011 ini di DoubleTree Hilton minggu lepas atas undangan Footballfocus.com dan secara rahsia Captain Marvel Bryan Robson menghulurkan kepada aku antara senarai barisan kemungkinan yang akan beraksi untuk Manchester United nanti;

Dwight Yorke, Andy Cole, Jaap Stam, Ronnie Jonhsen dan Jesper Blomqvist

Pergh! Jaap Stam bergabung dengan Ronny Johnsen di pertahanan, Blomqvist kiri dan double lethal striker Yorke dan Cole? SAH JUARA!!

Line up ni masa zaman kegemilangannya, Manchester United tiap tahun ambik Cup. Fikir balik... Manchester United memang tiap tahun pun ambik cup kan?

Siapa lahir lambat dan tak tengok aksi ini boleh datang EPL Masters

Malaysian Masters diwakili oleh Mazlan Wahid, Yap Kam Choon, K. Gunalan, Ahmad Shahrul Azhar, Shahrin Majid, Azrin Shah Zainal, See Kin Seng, P. Somasundram, Anuar Abu Bakar, Ghani Malek, Khan Hung Meng dan Zainal Abidin Hassan.

Ultra Malaya turun tak? Baik korang turun la. Majoriti Ultras sekarang ini tak berkesempatan melihat Khan Hung Meng melarikan bola dulu-dulu. Selisih dengan Yap Kam Choon pun belum tentu korang kenal, Yob yang tak kenal Ahmad Shahrul boleh lihat ketenangan beliau mengawal permainan.

Ater? nganga sakan Yob? Ajernye iye.

Sementara EPL All Stars pula dibarisi oleh Gianfranco Zola, Paolo Di Canio, David Seaman, Mendieta dan Faustino Asprilla. Jadi geng Chelsea pun boleh la datang melihat bekas bintang mereka yang sebenarnya dah legends di Itali.

Siapa Liverpool Sisters? Fowler, Rush, Mcmanaman, Berger dan Rafa Benitez..hehehe.

Kalau benar Liverpool itu sandarkan pada kenangan dan kalau korang rasa Fowler lebih baik dari mana-mana pemain Liverpool sekarang ini, baik korang turun Bukit Jalil nanti. Sekurang-kurangnya hati korang tak la sakit sangat melihat mereka bermain.

Mungkin EPL Masters inilah satu-satunya peluang untuk Liverpool angkat piala.

Get past him if you fucking can
Try a little trick and he'll make you look a dick
Yip Yap Jaap Stam

--------------------------------------------------------------------------

Tickets for the matches are available at RM33 and can be purchased via Fatdeal's Online Ticketing at www.fatdeal.com.my and football fans are advised to visit www.footballfocusasia.com or contact Sabrina at Football Focus at 03-79549094 or e-mail sabrina@footballfocusasia.com.

p/s : Senarai terakhir pemain masih belum pasti sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews